November 25, 2009

Hasil tangan sendiri

berada di perantauan ni membuat selalu sangat teringin nak makan makanan Malaysia... alahai kalau kat tanahair kan senang, leh order ajer atau pun beli.

untuk mengubat rasa teringin nak makan, maka kenalah buat sendiri... nasib baik ada internet, at least senang nak cari resepi. Tapi yang ini tak pakai resepi internet....

Mi kuning... memang jarang makan pun, tapi kat sini teringin sangat nak makan. Maka dibelilah mesin mee dan aktiviti buat mee ini bermula masa musim bunga yang baru lalu... bila tukang buat mee dulu dah balik Malaysia, maka kenalah buat sendiri....

alhamdulillah...kini kami dah pandai buat mee kuning sendiri... cubalah layan gambar2 ni......


adunan tepung digelek hingga nipis sebelum dimesin menjadi mee. Sekarang ni memang Farhan yang menguli dan memesin mee setelah tepung diadun


proses menggelek perlu dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan ketebalan yang diperlukan




kemudian digelek dgn mata kecik untuk dicarik2 menjadi mee




inilah hasilnya mee yang telah siap dimesin. Selepas ini direbus dan ditos dengan air sejuk


inilah mee yang sedia untuk dimakan


kuah mee rebus


bahan2 lain untuk dimakan bersama mee rebus....

November 23, 2009

Winter Lagi di sini

Tarikh 21 November 2009, merupakan hari pertama ski resort di Korea dibuka untuk orang ramai. Ini juga merupakan tarikh rasmi bermulanya musim sejuk di Korea ni.....

Kami sekeluarga ke Nami Island, pulau yang merupakan lokasi penggambaran drama Winter Sonata dengan kawan sekerja dari KL yang datang ke sini.

Dalam perjalanan, kami bernasib baik sebab ada sesetengah tempat bersalji. Apalagi aktiviti biasalah, berhenti dan ambil gambar untuk kenangan.

Cuaca amat sejuk, tak lama kami di sana meninjau semua tempat di pulau tu...dan ambik gambar lagi dan lagi...



tree lines yang menjadi tarikan utama di sini.... tiap kali datang di sini jugalah diambil gambarnya... mungkin cuma angle yang berbeza....




baca note di bawah gambar ni....














di sini air disembur supaya menjadi beku untuk membentuk satu sculpture yang menarik.....


lorong yang ditanam pokok gingko dan juga pine yang indah... taburan daun gingko masih ada lagi



lokasi ini kalau peminat Winter Sonata mesti tahu apa adegan di sini.....



kesan salji jelas kelihatan di sini....







"alahai, mak abah bagi ker beli benda ni... menarik ni..."



tasik dah beku, daun kering bertaburan di atasnya



















ini pula gambar semasa perjalanan ke Nami Island...


rumah di belakang tu tempat berkelah semasa musim panas, bunga dan luruh....




taburan salji atas pokok