Cuti raya kat Seoul ni sampai Selasa lepas... Rabu baru masuk kerja, budak2 sekolah hari Selasa.
So on Selasa, kami pergi ke Yangjae Flower City, satu kawasan yang dikhususkan untuk menjual pelbagai bunga secara borong dan juga runcit.... kawasan seluas dua kali ganda Dataran Merdeka dibina khemah berupa rumah hijau yang dilengkapi dengan sistem pemanas dan juga pendingin hawa untuk menjaga kesegaran bunga-bunga yang dijual di situ.
Layan gambar ni untuk tengok antara bunga2 yang dijual di situ, memang tak banyak gambar, sebab tak sempat nak ambik gambar, sibuk tengok bunga.... beli bunga kat sini macam beli barang lain kat Korea ni, tak payah nak sibuk mengusung balik, sebab dia akan hantar terus ke rumah, cuma pilih, bayar dan bagi alamat, nanti sampailah bendanya kat rumah kita... senang kan.
ni lah tiga pasangan yang join lawatan tu...
antara bunga yang menarik perhatian adalah orkid, satu lorong menjual orkid.... macam2 jenis dan warna... indahnya ciptaan Illahi.
ini yang telah digubah... harga dalam Won150,000 ajer (termasuk delivery)
Hasil dari lawatan tu, inilah dia koleksi pokok bunga di rumah, tak banyak pun sebab takut tak der tempat nak letak.. kalau yang berbunga nanti akan layu jugak.... so beli yang tak berbunga ajer kecuali bunga kekwa tu... sekarang ni musim kekwa, alahai macam2 jenis kekwa dijual...
money tree....
ni digubah sendiri
No comments:
Post a Comment