Tanggal 29 Nov, lebih kurang jam 6 petang, kami mendapat panggilan dari kampung memaklumkan keadaan ayah yang tiba-tiba tenat dan tidak berdaya lagi.... masyaAllah...macamana ni, kami dah lah jauh...
Setelah cuba mengambil penerbangan malam ke Bangkok dan terus ke Hadyai tidak berjaya, maka kami mengambil keputusan untuk balik sekeluarga ke Kedah dengan penerbangan Malaysia esok pagi. Alhamdulillah, lima tiket berjaya diperolehi.
30 Nov, pagi2 lagi kami sekeluarga dah ke Incheon International Airport untuk mengambil penerbangan ke KL dan ke Kedah. Lamanya menanti waktu penerbangan dan perjalanan memang menyeksakan....
Alhamdulillah kami semua sampai ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star pada jam 2 pagi, 1 Disember 2009 terus ke Wad 7B, katil 6 untuk melawat ayah. Alhamdulillah ayah sedang tidur, mak pun turut berehat beserta bang chik yang menunggu ayah.
Setelah beberapa lama, kami pun balik ke rumah. Esok pagi nak datang lagi ke hospital.
Bila tiba di hospital pagi tu, ayah dha boleh keluar wad dah dan hanya perlu buat rawatan susulan di Hospital Jitra ajer. Alhamdulillah.. memang kami semua amat bersyukur atas nikmat kesihatan yang diberikan kepada ayah ini.
Kami juga turut bersyukur kerana ada Tronge yang sanggup mengambil risiko menghantar ayah ke hospital malam tu dengan keretanya sendiri walaupun ayah memang tak mahu ke hospital.
Kini kami berharap agar kesihatan ayah sentiasa baik, insyaAllah.
2 comments:
alhamdulillah...
tak per habis duit asalkan hati senang
btl2..didoakan agar tok wan sihat utk menjalani kehidupannya..tingi
Post a Comment