Hari ini dah 2 Januari 2010, beberapa minit lagi akan bermula hari baru di tahun 2010... permulaan tahun ini kami sekeluarga bersama dengan keluarga Pengarah Tourism di Seoul dan TC dari Taipei diketuai oleh Mr Kim, kenalan dari Korea, kami membuat lawatan ke utara Korea, bukan Korea Utara....
Bermula dengan Baegun Valley, kami meneruskan perjalanan hingga ke satu kawasan bernama Cheolwon di sekitar Hantangang (River). Pelbagai pemandangan musim sejuk menghiasi kiri kanan perjalanan... indahnya ciptaan Tuhan yang Maha Esa...
Suhu amat sejuk sehingga mencecah -16°C...
Memandangkan perjalanan semasa salji turun, maka kami mengambil keputusan untuk menginap di salah sebuah resort. Kami bernasib baik kerana mendapat bilik di resort yang cantik .... sepanjang malam salji turun dan apabila pagi semakin lebat hingga ke tengahari...
Pemandangan memang cantik sekali....
gambar masih belum diupload lagi... insyaAllah akan diupload kemudian....
tengok kat sini pun boleh dan sini
No comments:
Post a Comment