March 11, 2010

alahai kakiku...

Khamis, 11 Mac 2010, pagi lagi aku ke hospital setelah kaki aku tak dapat berdiri akibat terseliuh semalam. Selepas dix-ray, didapati ligamen kaki mengalami kecederaan.... oohh patutlah tak leh nak pijak, sakit yang amat sangat...

apapun semua dugaan ini aku terima dengan tabah dan sabar......

rawatan pertama, aku dipasang splint dan dibalut hingga ke lutut untuk pastikan kaki tak bergerak supaya ligamen bercantum semula. Untuk berjalan aku perlukan crutches. Susah yang amat sebab aku memang tak tahu macamana nak guna crutches ni. Terpaksalah doktor ajar cara-cara nak guna.
doktor tengah pasang splint...

dah siap berkasut besar lagi

mana satu nak bagi dia ni pakai yer?

adjustment utk keselesaan


18 Mac 2010, aku membuat lawatan susulan ke Soon Chun Hyang University Hospital. Selepas seminggu dipasang splint, doktor tukarkan splint ke braces. Nasib baik tak kena cast, at least braces boleh dibuka dan dipasang, senang la nak mandi dan ambik air sembahyang. Tapi berjalan masih pakat crutches.

24 Mac 2010, mak abah datang ke Korea. Terkejut bila lihat aku bertongkat menyambut mereka. Banyak jugak program yang aku ikuti termasuk ke Jeju Island.

sambut ketibaan mak abah dan keluarga G di Incheon Airport

masih sempat ke Hi-One Ski Resort

5 April 2010, rawatan susulan ke SCH Hospital. Kaki aku masih bengkak dan sakit..... kena pakai braces dan crutches lagi.

Bila nak gerak memang sakit. Cuma bila pakai crutches tu senang sikit lah.

19 April, aku ke hospital lagi. Sambung lagi ... tapi doktor kata cuba berjalan sikit2... setakat yang larat dan berdaya lah.....

5 Mei, aku ke hospital lagi, kali ni ditemani Nonie sebab drebar aku cuti dan hubby kat Malaysia. Doktor bekalkan tongkat dan ankle guard yang boleh dipakai bila rasa ikut tolerable pain... kata doktor.

Aku cuba bertongkat satu, memang susah dan payah, tapi apa nak buat, memang aku kena biasakan lah... kenalah belajar. Tapi kini rasa sakit balik, mungkin sebab terbeban kaki ku itu....

ya Allah, sembuhkanlah kakiku sebaiknya....


No comments: