Salam semua... sudah lebih tiga bulan melangkah ke tahun 2012....ini post kedua untuk tahun ini....hmmmm kenapa yer.....??? Blog ini dibuat oleh Hajar untuk mencatat waktu dan aktiviti semasa di Seoul...bila balik sini diupdate jugak... sayang sebab dah ada tapaknya...tapi selalu terbiar....hissshh banyaknya sawang!!!
Banyak aktiviti dalam tahun ni...tp tak diupdate. Tengoklah tajuk entry ni...so jgnlah marah kalau ada cerita yang dah lama....
Antaranya...
oh ya tahun ni Hajar dan Fauzan nak masuk sekolah bantuan penuh kerajaan...tak nak sambung kat Real International School lagi.... alahai anak2. Kena buat permohonan pulaklah....dan alhamdulillah kedua2nya dapat sekolah di Sek Men Keb Seksyen 9 Shah Alam, sekali dengan Farhan.... maka kami pun sibuklah dengan persiapan ke sekolah baru ni...rupanya macam2 berda nak kena sediakan....
dalam sibuk2 tu sempat jugak ke Bandung berdua....huhu first time bercuti tanpa anak2.... pergi berdua bersama dengan mak abah, keluarga Ujie, Ana dan juga Yati. Habis semua pekan Bandung tu kami ronda...termasuklah kawah gunung berapi Kawah Putih...siap petik strawberi lagi....tapi yang lebih best adalah shopping...hehehehe tiap kali berhenti mesti kami yang lambat masuk ke van....sori semua...maklum kalau boleh nak angkut semua..... terima kasih Mak G sebab arrange trip ni...bila nak pi lagi?
kenduri kahwin Arif Fitri Madzlan, anak buah yang pertama menjejak jinjang pelamin pada 10 mac 2012. Tarikh kenduri di Kangar juga pada 17 Mac 2012, puas kami sekeluarga berkampung di Kangar dua hari dua malam...tapi malam tidur di Jitra lah, rumah Tok Wan... selepas ni giliran sapa pulak....?!
Farhan pun dah mula ambik kelas memandu tapi kesiannya dia terpaksa ambik masa yang lama sebab masa selalu clash dengan sekolah dan aktiviti sekolah....tak per insyaAllah semuanya akan ok.
Lagi satu projek renovate dapur dah siap....alhamdulillah....lega sikit rasanay dapur dah luas. Selesalah kalau ramai2 nak masuk dapur lepas ni...tapi macam under utilise lah plak...huhuhu
No comments:
Post a Comment