August 26, 2013

Raya Kali Ini (1) : 1 Syawal 1434H / 8 Ogos 2013 (Khamis)

...... hmmmmm. kalau ni bukan takat sawang yang penuh, kalau ada air dah lama berlumut.

Ok...puasa Ramadhan dah berlalu... alhamdulillah...rasanya Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah

Sama2lah kita mendoakan agar amalan kita di bulan Ramadhan diterima Allah.

Al-Imam Al-Hafidz Ibnu Hajar Al-Asqalani رحمه الله berkata: ” Saya meriwayatkan hadis ini dengan sanad yang hasan dari Jubair bin Nafir, dia berkata: 

كَانَ أَصْحَابُ رَسُولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم إِذَا الْتَقُوْا يَوْمَ الْعِيْدِ يَقُوْلُ بَعْضَهُمْ لِبَعْضٍ:تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَ

“Para  sahabat Rasulullah صلي الله عليه وسلم  apabila bertemu pada hari raya, mereka mengatakan kepada yang lain: TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKA (Moga ALLAH terima amalan kami dan amalan kamu)". (Fathul Bari, 2: 446)

Aidil Fitri tahun ini disambut pada Khamis, 8.8.13... cantik tarikhnya. Semoga amalan kita pun bertambah cantik...insyaAllah.

Raya kali ini kami di Kedah dulu... Isnin pagi bertolak ke Kedah dan sampai dalam pukul 2 ptg. Selepas berbuka, kemeriahan Tarawikh dan Qiamullail tetap terasa di Masjid al-Muttaqin di Tanah Merah...alhamdulillah.... kalau di Shah Alam, Masjid Negeri menjadi medan pesta di malam2 Ramadhan..... Surau atTaqwa di Bkt Bandaraya turut mengadakan majlis serupa tapi kemeriahan Masjid Negeri lebih menjadi tarikan utama.

Selasa pula, kami berziarah ke rumah2 saudara mara di Kedah....hmmm maklum nanti masa raya mesti tak sempat kan. Ditemani Pak Chak, kami sekeluarga berziarah bersama....buah tangan yang dibawa hanyalah sedikit, tapi yang diberi untuk dibawa pulang pulak, amatlah banyak...segala hasil kampung dikongsi bersama...mungkin tanda berbesar hati kerana kami sudi berziarah.....alhamdulillah. Rezeki di bulan mulia.


Pak Chak tunjuk skil mengambil buah dgn cara "tengalung"...
*tengalung: membaling sepotong kayu utk menjatuhkan buah 

Berbuka puasa di Kelab Tasik Putrajaya...ambil kesempatan sebab nak hantar Along balik KMB



Juadah masa berbuka puasa di Kg Gajah...untuk berempat ajer, sebab anak2 ada program, balik berdua ajer...

Membeli buah "kanto" - juadah menarik untuk berbuka puasa...

berapa gelas semuanya....macam tower cranes kat construction site!!
buka puasa di restoran sblm hantar Along ke KMB


Rabu pula, kami ke kubur arwah Mak...tahlil dibacakan dan kubur dibersihkan....alhamdulillah... cuaca cantik untuk aktiviti luar ini.... berpeluh jugaklah.

Di rumah, seperti biasa, sibuk menyediakan juadah untuk beraya dan berbuka.... rendang daging, kari ayam, rebus perut dan ketupat antara juadah yang dimasak....

Khamis, selepas bersarapan, kami bersembahyang sunat raya di Masjid al-Aqsa, Jitra, meriahnya masjid, penuh dengan jemaah....termasuk perantau yang pulang beraya....

Selepas itu, beraya dengan ayah dan keluarga.... keluarga Pak Chak datang sejurus kemudian....meriahnya...ceria ajer muka Tok Wan bila ramai2 dengan anak cucu ni.













petangnya ziarah rumah Tok Chik Man...hmm dia semakin uzur dengan penyakit asma yang semakin teruk, baru seminggu keluar hospital....

Malam, Pak Ngah sampai dari Rawang, dia beraya di Rawang dulu kali ini... petang raya baru balik ke Kedah.

Raya kedua, Jumaat, selepas sarapan, kami bertolak ke Perak......
















No comments: