berada di perantauan ni membuat selalu sangat teringin nak makan makanan Malaysia... alahai kalau kat tanahair kan senang, leh order ajer atau pun beli.
untuk mengubat rasa teringin nak makan, maka kenalah buat sendiri... nasib baik ada internet, at least senang nak cari resepi. Tapi yang ini tak pakai resepi internet....
Mi kuning... memang jarang makan pun, tapi kat sini teringin sangat nak makan. Maka dibelilah mesin mee dan aktiviti buat mee ini bermula masa musim bunga yang baru lalu... bila tukang buat mee dulu dah balik Malaysia, maka kenalah buat sendiri....
alhamdulillah...kini kami dah pandai buat mee kuning sendiri... cubalah layan gambar2 ni......
adunan tepung digelek hingga nipis sebelum dimesin menjadi mee. Sekarang ni memang Farhan yang menguli dan memesin mee setelah tepung diadun
proses menggelek perlu dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan ketebalan yang diperlukan
kemudian digelek dgn mata kecik untuk dicarik2 menjadi mee
inilah hasilnya mee yang telah siap dimesin. Selepas ini direbus dan ditos dengan air sejuk
inilah mee yang sedia untuk dimakan
kuah mee rebus
bahan2 lain untuk dimakan bersama mee rebus....
2 comments:
nnti blk m'sia blh niaga ni..hehe..
wow..ingatkan mesin jahit!
wah kat mesia tak pernah buat..tahun depan dah tau la nak cari mee sedap dan free..hhaa..haa
Post a Comment