Kali ini beraya dalam hujan lebat. Suasana mendung dan hujan yang meliputi hari membawa syahdu ke jiwa....insyaAllah tahun depan dapat beraya di kampung bersama sanak saudara kaum keluarga.
Selepas bergambar lebih kurang kami bergerak ke rumah Amirul, pengarah Tourism Malaysia. Selesai sembahyang Jumaat dan menjamu selera dengan lontong dan nasi impit, kami bergerak pula ke rumah En Shukri, pegawai JPM. Penuh dengan student yang datang beraya, kami merasa nasi dagang hasil tangan Aine. Petangnya kami beramai2 menziarah rumah terbuka Dato' Ramlan, Duta Besar di sini untuk bersama-sama HBS, LRS, penuntut dan rakyat Malaysia di sini.
Kalau ingin dicatat semua aktiviti raya memang tak terdaya semuanya. Tapi apa yang terjadi dalam merencana aktiviti sambutan raya menyembunyi seribu cerita yang tersurat dan tersirat. Hanya Allah yang maha mengetahui. Kita cuma merancang tapi perancangan Allah lebih baik buat semua, mungkin kita belum nampak pada masa itu.....
No comments:
Post a Comment