January 6, 2011

2010 ........ 2011

Tanggal 21 Disember 2010, kami sekeluarga pindah masuk ke hotel sebelum bertolak ke Malaysia selepas tiga tahun berhijrah ke Seoul, Korea Selatan kerana bertugas di MATRADE Seoul. The Fraser's Suite, berhampiran Insadong menjadi pilihan kerana menawarkan service apartment yang selesa dan berhampiran dengan kawasan bandar.


Malam acara makan malam di atas keretapi tajaan Amirul dan Nonie (Tourism Malaysia).



22 Disember 2010, kami ke rumah lama (802, Hyougwoo Best Ville III, 27-2 Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul) untuk kerja-kerja mengemas barang untuk dibawa pulang ke Malaysia. Dari pagi hingga ke petang baru selesai semuanya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.



Malamnya kami ke rumah Amirul dan Nonie untuk majlis makan malam perpisahan dan welcoming bersama HBS Embassy yang lain. Alhamdulillah boleh bertemu semua orang yang dikenali di Seoul ini.



Sebelum itu, malam 17 Disember yang lepas, Teh dan Madyani turut membuat jamuan di rumahnya.



23 Disember, rumah dibersihkan dan petangnya menyerahkan rumah kepada pengganti bersama agent yang menguruskan sewaan rumah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan baik. Malamnya, ke rumah Shukri (JPM) dan Aine untuk majlis makan malam.



24 Disember 2010, serah tugas secara rasmi dan tamatlah tugas sebagai Pesuruhjaya Perdagangan di Seoul. Malamnya ke rumah Zukepli dan Leha (MIDA) untuk majlis makan malam. Selepas makan malam, kembali ke apartment untuk mengemas barang untuk kembali ke Malaysia. Aine dan Nonie datang kemudiannya.



25 Disember 2010, kami bertolak ke Incheon International Airport (ICN) jam 7.30 pagi. Jam 8.30 pagi tiba di airport dan terus check-in penerbangan MH067 ke Kuala Lumpur. Suhu di pagi itu amat sejuk, minus 14 degree celcius mengiringi kepulangan kami ke Kuala Lumpur. 17 beg sebagai bagasi seberat 210 kg dibawa bersama.



Kepulangan diiringi sahabat handai, Amirul & Nonie sekeluarga, Shukri & Aine serta Nadhirah, Ted Kim, Kolonel Aziz & Aishah serta Aimy, Zukepli & Leha sekeluarga. Staff pejabat turut serta Lee Mi Sook dan Lee Sun Jin turut menghantar pulang kami sekeluarga selain dari David dan David (Tourism)



Sesampai di KLIA, kami disambut oleh Nyah, Zila, Ana, Tiqah, Husna dan Fareez serta Mas. Alhamdulillah kami selamat sampai ke Kuala Lumpur dan tiba di Concorde Shah Alam sebelum ke rumah Uji bertemu dengan mak dan ahli keluarga yang lain. Seronoknya bertemu sanak sedara dan kaum keluarga.



26 Disember, bertolak ke Kedah untuk menziarah Tok yang dimaklumkan uzur kerana serangan angin ahmar dengan Firefly. Keadaan Tok amat lemah, memang tidak sedarkan diri dan tidak boleh bergerak langsung, makan pun melalui tiub ajer. Malamnya kami kembali ke KL kerana esok perlu lapor diri di pejabat. Penerbangan AirAsia yang tertangguh membolehkan kami menonton perlawanan akhir bola Piala AFF di antara Malaysia Indonesia dengan kemenangan Malaysia 3-0.



27 Disember, melapor diri di HQ dan mengambil cuti seminggu. Aktiviti utama masa cuti adalah mengemas rumah, banyaknya barang yang tidak diperlukan dan perlu dibuang. Kini rumah dah kemas dan kosong.



28 Disember 2010, abah balik dari Surabaya dan kami berjumpa di rumah Uji.



29 Disember 2010, kami berpindah ke rumah walau masih boleh tinggal di hotel lagi, rasa lebih selesa di rumah walau serba kekurangan. Malamnya kami menonton perlawanan akhir Piala AFF second leg dengan kemenangan Malaysia.



30 Disember 2010, jam 1140 malam, kami terima telefon mengatakan Tok telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.30 malam. Innalillah.... Al-Fatihah. Terus berkemas untuk ke Kedah. Sampai di Kedah jam 6 pagi, 31 Disember 2010 (hari cuti umum kerana menang bola). Jenazah Tok dimandikan pada jam 10 pagi dan disembahyangkan pada jam 11 pagi sebelum terus dikebumikan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan cuaca yang agak mendung.



1 Januari 2011, selepas makan tengahari kami bertolak balik ke KL.



Layar 2010 ditutup dengan pelbagai peristiwa menarik dan sedih. Semoga tahun baru memberi lebih ruang serta diberi lebih banyak peluang dan rahmat serta restu Ilahi. InsyaAllah......







No comments: