October 12, 2009

Apple.... sesuatu yang baru.....!!!!


Epal, buah yang memang digemari kita.... bagaimana agaknya pokok epal ini dan apakah perasaan berada di kebun epal???

Persoalan ini telah lama berada di kepala. Semenjak datang ke sini setahun lepas, memang telah berhasrat untuk melawat ke ladang epal, maklumlah di Korea ini epal memang merupakan salah satu tanaman yang mendatangkan hasil yang lumayan. Kawasan yang banyak ditanam adalah di Chungju, yang turut dikenali sebagai APPLE TOWN. Telah beberapa kali kami ke Chungju, tapi masih belum berkesempatan ke kebun epal kerana salah musim.

Chungju is famous for its production of apples. The principal reasons being because of the large amount of daylight received and high difference of temperatures. The growing of apples started 300 years ago from China and it was 1912 when the city officially began to plant trees. The scale is the greatest in Chungcheongbuk-do.

Apple Festival

The Chungju Apple Festival has been held every October since 1997. It aims to advertise Chungju apples and promote the local economy under the theme “Chungju: A City of Apples.” Various fun and exciting events are held during the festival, such as the Apple Beauty Contest, the Apple Eating Competition, the Mrs. Apple Soccer Championships, the Farm Stay, and the Apple Harvest. Furthermore, visitors can buy high-quality apples at low prices at the apple exhibition, apple fair, or apple market.


Alhamdulillah... pada 10/10/09, kami sekeluarga telah berpeluang ke Chungju sekali lagi dan kali ini memang dengan tujuan untuk melawat ke ladang epal. Bertemankan Mr Kim dan dua keluarga Malaysia yang lain, kami berkonvoi ke Chungju.

Perjalanan bermula dari Embassy pada pukul 10 pagi. Tiba di Chungju Rest Area untuk brunch beramai-ramai. Menu utama nasi lemak dan roti canai dengan kuah dhal ditambah dengan cuaca yang nyaman menjadikan perkelahan singkat ini amat bermakna.



Selepas makan, kami meneruskan perjalanan ke Chungju. Tapi ada diversion untuk aktiviti wanita... shopping at Factory Outlet.... nampaknya yang banyak membeli adalah anak2 lelaki, kasut dan baju menjadi habuan singgah. Di Factory Outlet ini, barangan branded dijual dengan harga diskaun kerana bukan trend terkini namun tidak menjadi hal sebab yang penting berkenan di hati dengan kualiti dan harga.

Sebelum tiba di destinasi kami sempat berhenti di jalan utama bandar Chungju yang dihiasi pokok epal sebagai pokok hiasan bahu jalan dengan sawah padi yang menguning dikiri kanan jalan. Indahnya pemandangan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Satu fakta menarik berhubung dengan pokok epal di bahu jalan ini ialah ianya ditanam oleh Chunju City Council, majlis bandaran lah... dan apabila berbuah, barang siapa memetik buah epal ini, maka akan dijatuhkan hukuman. Hukumannya ialah pemetik tersebut perlu berdiri di tepi pohon epal tersebut hingga ada pesalah lain. Bayangkan berapa lama perlu berdiri di tepi jalan bersebelahan pokok epal itu sehingga ada pesalah lain.... so jangan gatal tangan nak memetik buah epal ini. Mungkin sebab itu, buah2 epal di sini tidak dipetik orang dan ianya menjadi hiasan yang amat menarik di kiri kanan jalan.

Bolehkan kita melaksanakan perkara yang sama di bumi Malaysia...??


epal di bahu jalan dengan padi menguning menunggu untuk dituai




pokok epal memang direndahkan untuk memudahkan proses memetik buah




epal Chungju ditanda, bila dibuka sticker akan jadi macam epal di atas tadi...


sawah padi di sepanjang perjalanan menambahkan keindahan pemandangan di sini. Kawasan penanaman yang luas terbentang memberi gambaran betapa bersungguhnya rakyat di sini menghargai tanah dan berbakti kepada bumi.


Selepas bergambar kami meneruskan perjalanan menuju ke Chungju Lake untuk menaiki feri menikmati pemandangan yang indah.

FAKTA CHUNGJU LAKE
Chungju Lake, which was built by blocking the valley between Jongmin-dong and Dongnyang-myeon, is the largest and cleanest multi-purpose reservoir in Korea. The many surrounding tourist attractions (inclding Worak-san National Park, Chongpung Cultural Assets Complex, the Eight Scenic Wonders of Danyang, and Gosu and Nodong Caves. Pleasure ferries run between Chungju Lake and Sindanyang, attracting many tourists. Chungju-ho

Located downstream of Dongnyang-myeon, Chungju Lake Resort (considered by many to be Korea's best lake resort) lies against the backdrop of 700-meter high Oknyeo-bong with many different sports and amusement facilities, including shooting ranges, tennis courts, soccer field, golf course, indoor ping pong rooms, swimming pools, and water sports facilities. Chungju Lake is an all-weather tourist attraction. Chungju-ho
Chungju Multi-purpose Dam extends from Jongmin-dong to Dongnayng-myeon in Chungju City and was completed in 1985 after 7 years construction. The dam is 447 meters long and 97.5 meters high. The resulting lake is 6,648 square kilometers in area and contains 2.75 billion tons of water. The dam generates 844 million kilowatts of electricity each year. Pleasure boats cruise across the lake to nearby Danyang. Tourists can enjoy sightseeing at Worak-san National Park, Kudam-bong, Oksun-bong, and Geumsu-san.


bergambar di atas feri berlatarbelakangkan matahari terbenam









Selepas menaiki feri kami bergerak ke rumah penginapan a.k.a pension. Tiba di sini dah malam tapi baru pukul enam petang... selepas masuk bilik dan membersihkan badan kami memulakan aktiviti barbecue.... apalagi ayam dan lamb lah, siap dengan black pepper sauce. Tuan punya pension siap buat campfire lagi.... nasib baik ada unggun api tu, kalau tidak mau kami naik awal sebab sejuk yang amat, maklum berada di kaki gunung Woraksan dan ditepi sungai. Hampir tengahmalam baru kami semua naik ke bilik....

ini lah pension tempat penginapan kami malam tu...


tengok Farhan memanggang kambing dan ayam dengan baiknya....





Pagi esoknya, men went to Par Three.... sempat lagi selitkan aktiviti golf, tapi tak per sebab semalam dan ada aktiviti wanita.. he he. Selepas breakfast, kami bertolak ke apple farm.... hmmmm mesti wonder kan bagaimana pemandangan di apple farm.

kebun epal di lereng bukit, walau tak setinggi mana, namun letih gak ler nak sampai.... nasib baik tak pancit.


kebun kacang di kaki bukit, kat atas tu ladang epal....

Rupanya apple farm ni memang best.. dan masyaAllah, buahnya "merenduh" bak kata orang Kedah... lebatnya hingga dahan perlu ditongkat untuk mengelakkan dari sekah. Kami diberi taklimat cara-cara untuk memetik buah. Peralatan yang perlu adalah gunting kecil, kampit yang digalas, sarung tangan dan juga galah untuk buah yang tinggi.

Selepas taklimat, kami memulakan kerja memetik buah epal... tapi lebih banyak bergambar dan bersukaria di kebun epal orang tu.... jadi hasilnya tak lah banyak mana pun.



aluminium foil dipasang untuk memantulkan cahaya supaya epal menjadi merah. Epal sebenarnya dibalut semasa muda dan akan dibuka apabila hampir masak untuk mendapatkan warna merah. Jika tidak akan jadi macam epal albino... seperti dibawah...warnanya kuning....



taklimat oleh tuan punya ladang tentang cara-cara memetik buah.


buah tinggi menggunakan galah untuk mengait...


gaya mesti ada beb...
















proses penggredan buah mengikut timbangan berat dan perlu dimasukkan ke dalam kotak kuning untuk dipek


bil sticker dibuka, ada trademark semulajadi di buah epal ini, tak payah kalut nak letak brand


Farhan dan Mr Kim lawan pecahkan epal menggunakan bare hand.. kuat gak dua2 orang ni...





sawah padi dan ladang ginseng di hadapan tempat grading epal


pokok anggur di ladang sebelah... buah dah dipetik, tak lama lagi togel lah pokok ni bila daun semua dah luruh...

buah pisang kaki di kebun bersebelahan... belum masak lagi.





Rupanya kami macam buruh memetik buah lak, tak dibayar lak tu... tapi tak per pengalaman yang penting. Bila ditanya, semua tak kisah walau tak dibayar sebab mendapat pengalaman yang amat menarik. Selepas memetik dan membeli epal, kami memulakan perjalanan pulang dan singgah di sebuah tempat perkelahan di kaki bukit Woraksan, air sungainya amat jernih dan bersih.








Hajar terjatuh dan basah... nasib baik ada baju lagi, kalau tidak kesejukan lah...


Selepas berehat, kami meneruskan perjalanan pulang, dan tiba di Embassy pukul 9.00 malam.


tanaman ginseng di lereng bukit dan padi di lembah.... sungguh intensif penggunaan tanah di sini

Penat tu memang penat, tapi menarik... cuaca yang nyaman dan pemandangan menarik awal musim luruh menghilangkan segala penat dan letih.

5 comments:

Ummu Fahmie said...

bestnya, epal hijau x da ke?

mamaammar said...

ayunya a'an kat sungai tu

Anonymous said...

Farhan beraksi Ikan Duyung baru bersalin sisik

Unknown said...

Assalamualaikum sis..klo x keberatan blh kongsikan mcm mn caranya nk pergi melawat kebun buah epal..berminat nk pergi..InshaAllah klo ada rzki..

Unknown said...

😀