Woooooo..... semalam sekolah dah start cuti sampai hari Isnin ni sebab sambutan Chuseouk, thanksgiving day kat Korea ni, sebagai tanda musim menuai yang telah berakhir. Sekarang ni dah masuk musim luruh, dan cuaca tak lama lagi akan jadi semakin nyaman dan sejuk...
Apa program cuti kali ni, belum tahu lagi sebab sudah tentu akan jam giler punya. Mengikut ramalan seramai 25 juta rakyat Korea akan bergerak semasa perayaan ini. Bayangkan berapa pulak jumlah kereta yang akan berada di semua jalanraya di Korea ini. Orang ramai balik kampung untuk melawat kubur dan juga saudara mara.
Tempat yang boleh sampai dalam masa dua jam mungkin akan mengambil masa selama tujuh jam atau lebih... hu hu balik kampung masa raya kat Malaysia tak macam tu... kat sini lagi teruk jamnya.... sampai macam parking kat jalan tu....
Apapun, mungkin posting lepas ni akan diceritakan apa program semasa cuti ni.
No comments:
Post a Comment