October 17, 2009

Jalan2 lagi....

haiii.. kalau kerja kat negara orang ni, kenalah tahu apa ada kat tempat diaorang kan, nanti senang kalau ada guest dari Malaysia datang leh ler tolong tunjukkan... tourist guide sambilan. Tapi yang bestnya kita leh jalan2 menikmati negara orang, nasib baik ROK, negara yang maju...

Jom layan gambar kami jalan2.... tapi kali ni anak2 tak ikut....



ni dekat satu new township kat Incheon Airport. Masa ni baru lepas minum kopi....

ni pulak dekat Ulwangi Beach, satu pantai di Yeongjong Island (pulau yg ada airport tu lah) dan pantai ni tak lah jauh dari airport, menarik gak pantainya.



bergaya di tepi pantai dengan kot lagi.... ahaks ahaks





macam dah decide nak beli kapal ni ajer, dekat marina di Ulwangi Beach gak ler ni....


ni pulak di observation tower di Jayu Park a.k.a Freedom Park. D belakang Park ini adalah Incheon Seaport, sebuah pelabuhan yang sibuk. Dari sini boleh dilihat kerja-kerja dilakukan di pelabuhan.





ni dekat Jayu Park di Songdo, patung di belakang tu patung Jeneral McArthur, jeneral Amerika yang mendarat di Songdo dan membantu ROK semasa perang Korea dahulu.


dekat park tu jugaklah... bunga2 ni memang bunga masa autumn ni, cuaca nyaman sebab atas bukit....


ini pulak tiga ekor patung di park ini:

MARU - the hope and lights of Incheon's sky (kuning)
ARA- the blue dreams of Incheon's sea (biru)
Uri - the passion of Incheon's state-of-the-art city (merah)


ni pulak kat Chinatown, Incheon - the only one Chinatown in Korea. Began in 1884, bandar ini menjadi tarikan pelancung sebagai satu2nya Chinatown di Korea ini.

ini pulak satu tembok yang panjang yang menyelitkan cerita di setiap panel dinding tembok. Ada 77 para cerita tentang sejarah dan penglibatan China di Korea. Tapi semuanya dalam bahasa Korea, so kami tak faham pun. tapi cantik untuk bergambar.


berhampiran pintu masuk ke Chinatown, ini plan Chinatown lah ni...


ini pulak di Wolmido, satu pulau kecil berhampiran Incheon. Juga satu tempat sejarah pendaratan tentera Amerika semasa membantu Korea dalam Perang Korea dahulu.


satu track tren yang masih belum beroperasi lagi, tapi dah ditest-run untuk digunakan bagi mengelilingi pekan ini, sebuah bandar pelabuhan yang sibuk di Korea selain dari Busan.


Menarik kan...?? Di sini juga ada feri cruise menyusur ke kemuncak Incheondaegyo (Jambatan Incehon), sebuah jambatan baru yang dibuka kepada public pada 19 Oktober 2009. Jambatan ini merupakan jambatan ketujuh terpanjang di dunia.

Sedikit fakta berubung jambatan ini:

Some say that it is one of the world's 10 construction wonders. Others point out that a round-trip over it is almost the same length as a marathon.

The 21.38-kilometer Incheon Bridge, by all accounts, is a man-made structure that exacts wow from onlookers. The completion of the cable-stayed bridge, the world's seventh longest, was celebrated Friday, 16 October 2009 with President Lee Myung-bak on hand.

It will open to traffic Monday, 19 October 2009 at 12:00 a.m., marking the completion of the $1.4-billion mega project that has taken more than four years. A fine example of Korea's engineering expertise, the bridge will serve as one of the nation's new symbols to the world.

2 comments:

Anonymous said...

idak ke paneh pakai kot tu huhu

ena said...

sini idak paneh le sebab udah masuk musim luruh weeh... tu seronok bergaya tu.... kalau kat Malaysia entah leee