January 19, 2010

kenangan 2010 Korea Super Series di Seoul, Korea

2010 Korea Super Series sudah berlalu pada 17 Januari 2010 di Olympic Fencing Stadium, Seoul dan kini ianya menjadi kenangan yang indah dan manis kepada kami sekeluarga...

Memang kemenangan Datuk LCW amat diharapkan dan menjadi kenyataan..... alhamdulillah, sekali lagi Malaysia diletakkan di peta dunia dalam arena badminton.


LCW sejurus selepas menang di final....


keratan akhbar Harian METRO, berita kemenangan LCW... lihatlah siapa penyokongnya.....!!!

Bermula dari peringkat suku akhir pada 15 Januari 2010 yang disaksikan oleh hanya empat penyokong Malaysia ~ Jufri, Mustafa, Siti Hajar dan Fauzan~ kemenangan LCW menjadikan kami sekeluarga excited untuk menyaksikan separuh akhir di stadium.. hari Sabtu, 16/1/2010 kami dan keluarga Amirul mengambil keputusan untuk menyaksikan perlawanan ini secara langsung di stadium. Dengan beberapa pass masuk yang ditinggalkan pemain dan tiket masuk ke stadium, kami beramai2 menyertai penuntut Malaysia yang telah sediada untuk menyokong LCW. Sorakan dan teriakan penyokong menjadikan perlawanan lebih bermakna dan kemenangan untuk ke final amat dinantikan.....


bergambar selepas semi-final....


Malamnya majlis sambutan hari jadi untuk Farhan (25 Dec), Niyaz (26 Dec), Mustafa (13 Jan), Nonie (16 Jan) dan Reen (17 Jan) serta Jufri (~ tak perasan tarikh besdaynya pada 6 Jan) menjadi lebih meriah.... dengan tema western, kami menjamu selera dengan lamb chop & beef steak lengkap dengan black pepper sauce, whipped potato, coleslaw & salad, fried chicken and spaghetti .... tiga biji kek turut menjadi hidangan.....




tiga biji kek utk besday's boys and gals....


besday boys and gals....


antara yang hadir


kekenyangan.....


gambar makanan tak der, pinggan kosong ada.....

Petang 17 Jan 2010, jam 1, kami sekeluarga, keluarga Amirul, Zul dan Said beramai2 ke Stadium... dua buah kereta disediakan untuk membawa Datuk Misbun dan rakan2 (mungkin Datuk LCW sekali) ke rumah untuk makan malam. (Pilihan rumah kami turut dipersetujui oleh Amirul dan Nonie). Di stadium, dapat panggilan mengesahkan kedatangan Datuk Misbun ke rumah bersama rakan2 lain kecuali Datuk LCW kerana ada appointment dengan Yonex.... alhamdulillah, menu utama dah disediakan awal lagi, sebelum ke stadium.





perlawanan akhir bermula.. LCW vs Peter Gade

Perlawanan bermula lebih kurang 5.20 petang... semua penyokong Malaysia dari sekecil Ain Amirul (setahun setengah) telah dikerahkan untuk memberi sokongan padu kepada LCW. Bendera Malaysia berkibar megah setiap mata dikumpulkan....sorakan Malaysia Boleh dan LCW bergema memenuhi stadium... termasuk teriakan "Lee Chong Wei, sarang hae yo....!!!!!" oleh Fauzan menggamatkan suasana stadium.

Dan hampir jam 5.55 petang, match point kemenangan kepada LCW yang hanya mengambil masa 34 minit untuk menundukkan Peter Gade 21-12, 21-11.... sorakan dan laungan bergema menggamatkan stadium. Kemenangan untuk LCW dan juga seluruh rakyat Malaysia... satu kebanggaan kerana dapat menonton acara ini secara langsung dari stadium dan merakamkan detik ini di sini


cheer leader penyokong Malaysia....

suasana di stadium semasa semi final dan final....







Farhan sempat bergambar dgn LCW selepas final....


penyokong bersedia menanti LCW semasa penyampaian hadiah......


Setelah majlis penyampaian hadiah, kami bergegas ke rumah untuk menyediakan makan malam bagi tetamu yang diundang, Datuk Misbun Sidek, jurulatih dan lagenda badminton dunia serta rakan2. Memang tak pernah bermimpi untuk mendapat peluang ini... apatah lagi sebaik sahaja kemenangan dikecapi oleh anak didik beliau... dan dalam kepenatan memimpin LCW, beliau masih sudi menerima pelawaan kami semua.... alhamdulillah...terlaksana jua harapan kami semua.

Dengan menu nasi putih, kurma ayam, udang goreng kunyit, daging merah, sayur campur, sambal belacan & ulam, bihun sup dan bubur kacang serta air bandung, kami menerima kunjungan Datuk Misbun bersama tiga rakan lain... walau tanpa Datuk LCW. Kunjungan beliau disambut oleh keluargaku, keluarga Amirul, keluarga Zul dan keluarga Said dengan berbesar hati sekali. Terima kasih kepada Jufri, HOC Embassy Malaysia di Seoul kerana turut membuka laluan perhubungan dengan pegawai dan pemain Malaysia.


menu makan malam



Hilang penat lelah kami meyediakan makanan bila tetamu makan dengan berselera sekali. Sambil minum kopi pelbagai topik dibincangkan dengan Datuk Misbun, pelbagai pengalaman turut dikongsi bersama, pelbagai tips boleh dijadikan panduan untuk menghadapi perjuangan hidup kerana kehidupan boleh diumpamakan bagai sebuah perlawanan di gelanggang badminton.







Sebelum bertolak ke hotel penginapan, kami mengambil kesempatan bergambar kenangan bersama-sama.







Aku turut gembira kerana anak2 turut kenal siapa Misbun Sidek walau lebih melalui siri Anak2 Sidek, sebagai seorang lagenda badminton dunia yang telah mengharumkan nama Malaysia dan meletakkan Malaysia di peta badminton dunia.

1 comment:

Nur Hana Humaira said...

Seronoknya org terkenal mai rumah. Kalau kat M'sia ni nak jumpa pun lum tentu dapat, apa lagi dtg ke rumah kan