December 30, 2008

Jalan Jalan Cari Salji


Pada hari Selasa hingga Sabtu kami pergi jalan2 cari snow kat Korea. Starting dgn………Vivaldi Ski Resort. Tempat tu best tapi tak dapat main sebab banyak org dan slope dia tak sesuai untuk kami ada yang terlampau senang dan ada yg terlampau susah…Jadi sampai saja kat situ kami decide untuk pergi ke salah satu tempat lain bernama Yongpyong All Season Reasort (Ski Resort) yg mengambil lbh kurang 2 jam... Dalam perjalanan tu kami nampak snow yg berbundle-bundle lah kata org... Sampai kami sanggup berhenti tepi jalan untuk ain snow je…Kami sampai disana pada pukul 8 mlm lebih.Sampai saja di sana kami mahu menginap untuk 2 malam tetapi malang nyer malam yang esok nyer tu dah fully booked sebab Christmas Eve. Jadi kami menginap satu malam sahaja di sebuah condo yang menghadap ke ski slope. Malang nyer kami tak boleh main sebab kejap sangat... Masa nak masak, nasi kami ada masalah camna nak on rice cooker Korea yg pelik tu.... Jadi kami meminta tolong orang sebelah untuk tolong.. Hahahahaha



Snow malam semalam tak cair langsung dan stay there... Dari situ kami bertolak ke Gangneung untuk isi minyak, yg best part nye adalah kami nampak banyak snow yg belum di touch di Gangneung Service Area, jadi kami kena lah kaco dan kat situ lah kami buat snowman ….Setelah sampai ke destinasi yg di tuju kami terus isi minyak dan teruskan perjalanan ke Taebaeksan (Mount.)

Taebaeksan’s infos: The Taebaek Mountains are a mountain range in both North and South Korea They form the main ridge of the Korean Peninsula. The Taebaek mountains are located to the east of the peninsula and run along the Sea of Japan (East Sea). Hwangnyong Mountain in North Korea with 1268 metres forms the northern end of the range. Busan lies at the southern end of the mountain range. This makes the mountain range a total length of over 500 kilometres, averaging about 1000 metres in height. Prominent peaks of the range include Mt. KÅ­mgang (1,638 m), Mt. Seorak (1,708 m), and Mt. Odae (1,563 m). To the east, the mountain range falls steeply into the sea, but to the west, there are more gentle slopes. Many spurs stretch southwest. The most important rivers of South Korea Han River and Nakdong River both originate in the Taebaek Mountains. Economically the Taebaek mountains are important for the mining of iron, coal, tungsten, and limestone. Many of the slopes are extensively covered in forests.


Kat situ kami ternampak banner ke sebuah ski resort bernama O2 jadi kami pergi tengok tetapi masalah nyer adalah kami tak letak no.phone untuk cari guna GPS.
Jadi kami terpaksa mencari jalan dengan guide lampu jalan yg ada gambar Ski
Jadi kami ikut je lah... Sampai je kat situ kami terus nak check in tetapi bilik yg ada mahal sangat. Jadi kami pergi saja cari tempat lain untuk tido..Pagi esok kami plan untuk ke Soraeksan tetapi ikut jalan Gangneung.. Masa dtg kat Gangneung SA kami cari snowman yang kami buat tapi malang nyer ianya hancur ... Walau apa pun kami jalan je ..Sampai je kat Soraeksan kami pergi ke hotel yg pernah kami tinggal dulu - Kensington Seorak Beach. Yg ni xkan berdetail sikit sebab akan ada kat next post .. Kami dapat 2 malam! Stay kat hotel tu ..

Masa nak balik kami singgah ke Phoenix Ski Resort dan kami main ski! Kami main hingga malam pukul 8.15 dan sambung trip ke Seoul... Sampai sahaja, kami terus masuk rumah dan tido hahahaha selepas trip yg best tapi masih memenatkan… Akhir nya kami pulang ke rumah Yay!

December 29, 2008

AJAN dan Snow



at gangneung rest area........
hajat tercapai untuk pandu ATV....

Seoraksan - dalam gua snow atas bukit snow

Seoraksan - bukit salji setinggi abah



walking in the snow with mak


lying in the snow




at rest house at Yongpyong Ski Resort



on the way to Yongpyong


skiing...

Ini gambar Ajan dan snow...it explain everything.. need to say anymore???

SNOWMAN

Bahan-bahan:

satu kawasan padat dengan snow - sebaiknya yang masih baru dan bersih - biasanya snow yang baru adalah soft and fluffy...
geng untuk membina snowman... perlukan tenaga untuk mengangkat bahagian2 snowman
bahan-bahan hiasan ikut suka..... muffler, topi etc

Cara-caranya...

gumpalkan snow menjadi dua bebola snow yang berlainan saiznya - sebagai base

letakkan bebola snow saiz kecil di atas bebola besar, dan pastikan ianya terletak dengan baik dan kemas.

kemaskan dengan meletakkan snow sebagai pelekat di antara kedua bebola tersebut.


hiaskan snowman dengan topi, muffler, mata dan mulut... sesedap rasa

walllaaaa... SNOWMAN.....






inilah SNOWMAN yang kami hasilkan semasa dalam perjalanan ke Gangneung, pada 24 Dec 2008 di Hentian Rehat Gangneung.

apabila hasil usaha dikongsi oleh orangramai, rasa lebih gembira dan amat dihargai... korean ambik kesempatan ambil gambar dengan snowman kami....