October 17, 2013

Rumah (1)

Rasanya belum pernah update status pembinaan rumah di kampung lagi. Untuk tatapan di masa akan datang, maka dimuaturunkan gambar-gambar berkaitan.

Rumah ini mula dibina pada pertengahan bulan September 2013. Kerja-kerja mengukur dilakukan pada 15 September 2013 dan seterusnya bermulalah pembinaan rumah yang dicadangkan ini. Diharap agar kerja-kerja ini berjalan lancar dan dipermudahkan ALLAH SWT.

Kerja-kerja konkrit lantai rumah dibuat pada 12 Oktober 2013. Lima lori semen dibantu dengan sebuah kren memudahkan kerja-kerja ini dilakukan. 










Enam batang tiang turut dinaikkan pada petang hari yang sama. 

Rumah ini memiliki lima bilik tidur dengan enam bilik air serta tiga berendah didirikan atas tiang setinggi empat kaki. 

Aidil Adha kali ini. 10 Zulhijjah 1434 (15 Oktober 2013)

Alhamdulillah....Hari Raya Aidil Adha telah berlalu dan ibadah korban yang dilakukan telah dilaksanakan dengan sebaiknya. Diharap semoga ibadah ini diterima Allah swt dan kami dikurniakan lagi peluang untuk terus beribadah kepadaMU.

 Ini antara gambar peristiwa korban di Pasir Jenderis, Kg Gajah. Tarikh 10 Zulhijjah 1434 bersamaan 15 Oktober 2013, Selasa.



 Daging yang telah dilapah sedia untuk dipotong.

 Daging digantung untuk memudahkan proses memotong dan membersihkan dari tulang.



 Gergaji elektrik digunakan untuk memotong tulang.



 Gotong royong memotong, menimbang dan membungkus daging korban.



 Daging dipotong untuk digulaikan.


Menu hari raya adalah sup tulang dan kari daging. 

Alhamdulillah, hidangan pagi itu pun cukup banyak. Gambar tak diambil. Tapi antara makanannya adalah nasi lemak daun pisang, apam (feveret semua ahli keluarga Hj Yunos), karipap, goreng keledek, cekodok pisang, tepung pelita, lemang, serunding dan tepung talam. Semuanya sumbangan dari penduduk setempat. Sepakat membawa berkat. Sembelihan dua ekor lembu yang bermula jam 9 pagi telah siap dalam pukul 12.30 tengahari. 

September 19, 2013

Senjata paling canggih di dunia dimiliki oleh orang Islam

Entry kali ini di copy paste dari blog detikIslam. 
Untuk renungan semua semoga kita tak lupa akan kekuatan yang telah Allah kurniakan dan diajar oleh junjungan kita Nabi Muhammad SAW.



Sheikh Dr. Abdullah Azzam pernah menceritakan sebuah kisah menarik yang beliau kumpulkan dalam buku karya beliau berjudul Ayaturrahman fii jihadil Afghan. Buku yang disebut oleh Ustaz Imam Samudra sebagai buku ajaib, kerana mengisahkan banyak keajaiban di medan jihad Afghan mengusir pencerobohan tentera Soviet .


Suatu ketika, sekumpulan mujahid Afghanistan sedang berhadapan dengan tentera Kesatuan Soviet dengan kekuatan yang besar. Dengan hanya berbekal satu bom tangan dan satu senjata anti kereta kebal, mereka perlu berdepan dengan kira-kira 200 buah kereta kebal dan kenderaan berat yang lain.
Melihat keadaan yang sangat getir itu, mujahidin mendirikan solat dan bermunajat pada Allah. Mereka memohon agar peluru yang ada itu boleh menghancurkan konvoi pasukan musuh.

Mungkin bagi kebanyakan orang akan berkata bahawa harapan mereka hanyalah mimpi. Secara mata kasar sudah dapat dilihak pihak manakah yang akan menang dan siapa yang kalah. 

Tanpa disangka, dengan lemparan satu-satunya bom tangan yang ada itu tepat mengenai sebuah kereta milik musuh yang mengangkut bahan letupan. Letupan itu mengakibatkan 86 kereta kebal dan kereta perisai musuh musnah.

Akhirnya, kemenangan berpihak pada Mujahidin. Selain memperoleh kemenangan besar, mereka juga membawa pulang hasil rampasan perang yang sangat banyak.

Inilah kekuatan doa, di mata kaum muslimin kehebatannya tidak boleh dinafikan. Doa adalah senjata yang amat canggih. Di tengah pesatnya perkembangan teknologi ketika ini, doa tetap berada di peringkat paling atas bagi orang yang beriman. Doa tidak boleh dikalahkan oleh armada tempur mana pun. Hal ini disebabkan selain daripda usaha yang bersungguh -sungguh, orang yang beriman tidak lupa untuk menggantungkan segalanya pada Sang Khalik melalui doa.

Sejarah telah membuktikan, doa tidak pernah lepas dari kejayaan para Nabi dan Rasul. Ketika Nabi Nuh 'alaihissalam bersama dengan umatnya yang terselamat dari banjir dahsyat. Ketika Nabi Musa 'alaihissalam mengalahkan Fir'aun. Ketika Nabi Ibrahim 'alaihissalam dilindungi dari jilatan api dan ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersama para sahabat radhiyallahu' anhum memenangi banyak pertempuran. Semua itu boleh berlaku kerana kewujudan faktor x yang bernama doa.

Buku: Adzakarul Jihad wad Du'a ' alal Kuffar ash Shahihah , karya Wa'il bin Ali as Saduqi

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber shoutussalam.com

August 26, 2013

Raya Kali Ini (3)......


............   sambungan...

ulang siaran....

Ahad pagi, awal2 lagi Atok dan Along ke kedai untuk membeli susu cair untuk ulang siaran nasi minyak....sementara itu, kari kambing dimasak beserta ayam kampung goreng. Manakala di dapur luar pula, Pak Teh menggoreng cempedak, at least boleh buat sarapan awal pagi tu sementara nasi masak.....siap dengan teh tarik lagi!

Setelah nasi minyak masak, maka jamuan pagi Ahad adalah nasi minyak, kari kambing, ayam kampung goreng, jelatah dan cempedak goreng.....alhamdulillah tertunai hasrat atok supaya anak cucunya makan nasi minyak.

Kemudian, ada yang mula bertolak balik ke KL untuk bekerja.

Mak Haza dan keluarga sampai di rumah Atuk Opah...

Kami pula, bergerak ke Pantai Remis untuk beraya di rumah Kak Chik Puzi....empat buah kereta semuanya. Sesampai di Pantai Remis, bau ikan bakar menusuk hidung...hmmm nasi putih, tomyam seafood dan ikan bakar menjadi juadah tengahari....


xtvt sihat sementara tunggu makanan dihidangkan...bukannya nak tolong masak...haihhhhh

siap sempat bakar mercun lagi......



Sambil beraya boleh tempah jubah lak tu.....

Malamnya....lepak sambil tengok badminton...DLCW lawan musuh tradisinya Lin Dan.....hmmmm



Isnin pagi, kami pula bertolak ke Shah Alam setelah puas beraya di kampung.... selepas ini sekolah dan kerja menjadi agenda utama.

Gambar-gambar akan diupload kemudian..............


Raya Kali Ini (2)

Ok... sambung semula catatan raya kali ini....

perjalanan dari Kedah ke Perak di pagi Jumaat, 9/8/2013 bermula seawal 9 pagi.....setelah barang-barang diisi dengan baiknya dalam kereta, kami memulakan perjalanan...

Alhamdulillah, perjalanan lancar dan kami selamat sampai di Perak lebih kurang jam 12 tengahari...bolehlah mereka berJumaat di Perak...

Seperti biasa, di Perak, barang2 kena letak dalam kereta... hmmm camana yer... wardrobe dlm kereta, jangan ada yg pergi berjalan bawa kunci kereta dah...tak salin baju nanti.

Buah cempedak kiriman Tok wan untuk besannya juga selamat semuanya, adalah dalam 20 biji semuanya... camana agaknya isinya nanti...tak lupa juga sebalang jeruk maman.....

Alhamdulillah...dapat berkumpul semua ahli keluarga Hj Yunos kali ini, kecuali keluarga Pak Ngah Ayub yang telah ke Johor pada Rabu, 7/8/13 dan berpuasa di Perak sebelumnya.... Mak Unggai Imah turut sampai petang tu....woww...KIA Optima K5 putih menjalar depan rumah...tahniah Mak Unggai. Fresh from kedai, baru 2 minggu.

Malamnya, kami semua berziarah ke rumah Opah Chik di Seberang Perak, Opah De dan rumah arwah Pak Chik Man....

ziarah Tok Aki....
 

...ziarah Opah Me'ah

..rumah Tok Chik & Opah Chik Darat
 

...di rumah Arwah Abang Man....

Sabtu, pagi selepas sarapan, usaha memasak nasi minyak, dalca sayur, ayam masak merah dan acar mentah berjaya dilaksanakan...4 kilo nasi minyak you...first attempt kot...! alhamdulillah

Selepas siap semua, kami semua berziarah raya, 7 buah kereta menyusuri kampung untuk mengeratkan silatulrahim. Rumah arwah Tok We, Opah Chik Sabariah (Opah Chik tak der di rumah....) dan rumah Chik Aeshah....



sengih dapat mercun dan bunga api di rumah Tok We.....
 

...ziarah rumah Chik Aeshah....



Kemudian, kami terus ke Teluk Intan untuk ke rumah Yop Pichi, Yang Khani dan Kak Yam.... apa panggilan untuk anak2 yer.... huhu kena cari ni...nanti update!!! Rupanya Opah Chik ada kat rumah Kak Yam....numpang lah dia balik ikut kereta Mak Teh ke Pasir Salak....

rumah Yop Pichi............


nasi dagang di rumah Kak Yam


Malam tu, atok request supaya ada ulang siaran nasi minyak sebab anak2 dan cucu2 tak makan tadi...dah habis dihidangkan kepada tetamu. Ok esok ulang siaran nasi minyak.....





Raya Kali Ini (1) : 1 Syawal 1434H / 8 Ogos 2013 (Khamis)

...... hmmmmm. kalau ni bukan takat sawang yang penuh, kalau ada air dah lama berlumut.

Ok...puasa Ramadhan dah berlalu... alhamdulillah...rasanya Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah

Sama2lah kita mendoakan agar amalan kita di bulan Ramadhan diterima Allah.

Al-Imam Al-Hafidz Ibnu Hajar Al-Asqalani ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ berkata: ” Saya meriwayatkan hadis ini dengan sanad yang hasan dari Jubair bin Nafir, dia berkata: 

ูƒَุงู†َ ุฃَุตْุญَุงุจُ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„ّู‰ ุงู„ู„ู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆุณَู„َّู… ุฅِุฐَุง ุงู„ْุชَู‚ُูˆْุง ูŠَูˆْู…َ ุงู„ْุนِูŠْุฏِ ูŠَู‚ُูˆْู„ُ ุจَุนْุถَู‡ُู…ْ ู„ِุจَุนْุถٍ:ุชَู‚َุจَّู„َ ุงู„ู„ู‡ُ ู…ِู†َّุง ูˆَู…ِู†ْูƒَ

“Para  sahabat Rasulullah ุตู„ูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…  apabila bertemu pada hari raya, mereka mengatakan kepada yang lain: TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKA (Moga ALLAH terima amalan kami dan amalan kamu)". (Fathul Bari, 2: 446)

Aidil Fitri tahun ini disambut pada Khamis, 8.8.13... cantik tarikhnya. Semoga amalan kita pun bertambah cantik...insyaAllah.

Raya kali ini kami di Kedah dulu... Isnin pagi bertolak ke Kedah dan sampai dalam pukul 2 ptg. Selepas berbuka, kemeriahan Tarawikh dan Qiamullail tetap terasa di Masjid al-Muttaqin di Tanah Merah...alhamdulillah.... kalau di Shah Alam, Masjid Negeri menjadi medan pesta di malam2 Ramadhan..... Surau atTaqwa di Bkt Bandaraya turut mengadakan majlis serupa tapi kemeriahan Masjid Negeri lebih menjadi tarikan utama.

Selasa pula, kami berziarah ke rumah2 saudara mara di Kedah....hmmm maklum nanti masa raya mesti tak sempat kan. Ditemani Pak Chak, kami sekeluarga berziarah bersama....buah tangan yang dibawa hanyalah sedikit, tapi yang diberi untuk dibawa pulang pulak, amatlah banyak...segala hasil kampung dikongsi bersama...mungkin tanda berbesar hati kerana kami sudi berziarah.....alhamdulillah. Rezeki di bulan mulia.


Pak Chak tunjuk skil mengambil buah dgn cara "tengalung"...
*tengalung: membaling sepotong kayu utk menjatuhkan buah 

Berbuka puasa di Kelab Tasik Putrajaya...ambil kesempatan sebab nak hantar Along balik KMB



Juadah masa berbuka puasa di Kg Gajah...untuk berempat ajer, sebab anak2 ada program, balik berdua ajer...

Membeli buah "kanto" - juadah menarik untuk berbuka puasa...

berapa gelas semuanya....macam tower cranes kat construction site!!
buka puasa di restoran sblm hantar Along ke KMB


Rabu pula, kami ke kubur arwah Mak...tahlil dibacakan dan kubur dibersihkan....alhamdulillah... cuaca cantik untuk aktiviti luar ini.... berpeluh jugaklah.

Di rumah, seperti biasa, sibuk menyediakan juadah untuk beraya dan berbuka.... rendang daging, kari ayam, rebus perut dan ketupat antara juadah yang dimasak....

Khamis, selepas bersarapan, kami bersembahyang sunat raya di Masjid al-Aqsa, Jitra, meriahnya masjid, penuh dengan jemaah....termasuk perantau yang pulang beraya....

Selepas itu, beraya dengan ayah dan keluarga.... keluarga Pak Chak datang sejurus kemudian....meriahnya...ceria ajer muka Tok Wan bila ramai2 dengan anak cucu ni.













petangnya ziarah rumah Tok Chik Man...hmm dia semakin uzur dengan penyakit asma yang semakin teruk, baru seminggu keluar hospital....

Malam, Pak Ngah sampai dari Rawang, dia beraya di Rawang dulu kali ini... petang raya baru balik ke Kedah.

Raya kedua, Jumaat, selepas sarapan, kami bertolak ke Perak......