June 13, 2014

Rumah: Alhamdulillah dah siap

Alhamdulillah.....
Syukur aku kerana impian suami untuk membina rumah bg didiami oleh kedua mertuaku telah siap pembinaanya. Kedua2nya telah berpindah ke sana. Dah 3 minggu...

Bermula pada 28 hingga 31 Mei 2014, opah dan atok berpindah ke rumah baru secara rasminya.

Pembinaan yang memakan masa selama hampir sembilan bulan memberikan hasil yang diharapkan. Walau tak sempurna tapi alhamdulillah cukup untuk keselesaan mereka dan juga keluarga lainnya. 
Semoga rumah ini akan mengeratkan silatulrahim di antara semua ahli kelurga Hj Yunos dan Hajah Fatimah.

Mari kita layan gambar-gambar berkaitan.



Semasa masih dalam pembinaan 


Rumah lama yang masih kukuh 

towkey durian 









Masa ni pagar dah hampir siap 

Kerja-kerja landscape dimulakan. Rumput dan pokok diimport dr Sg Buluh

antara pokok yg akan ditanam 








longgokan rumput untuk ditanam


Rumput yang telah ditanam di luar pagar

Kawasan sedia untuk ditanam pokok




Penanaman rumput di dalam pagar

Pokok di tepi kolam ikan