February 20, 2010

apa aktiviti.....main ais lagi.......!!

main sledge atas ais beku memang best.... permainannya senang, peralatan amat mudah...cuma perlukan sebuah kerusi dan kayu pengayuh... dan sebuah sungai atau tasik yang airnya beku untuk dijadikan gelanggang.......

Peralatannya.......

inilah tasik beku tu... tapi dah stop operation sebab salji dah mencair....


bangku yang diperlukan untuk duduk dan kayu pengayuh


bertempat di Ganghwa Island, kami menghabiskan cuti Lunar New Year beramai2 pada 14 Feb 2010. Tempat tujuan utama, tasik yang beku di pulau ini....tapi bila sampai ajer, sledge dah tak beroperasi sebab ais dan mula mencair, maklum dah bulan Februari...... alahai frustnya.... kemudian kami ke lokasi kedua, sebuah anak sungai yang diempang masih menjadi lokasi sledge.....

seronoknya anak2 bermain sledge beramai2...








February 4, 2010

First day of Spring.....Ipchun

hari ini 4 Februari 2010.... merupakan hari pertama musim bunga atau "ipchun" dalam bahasa Korea. Tarikh ini dikira mengikut kalendar lunar yang diperkenalkan oleh masyarakat China dan Korea sekitar tahun 604, hampir 1400 tahun dahulu. Masyarakat Korea menggunakan kalendar ini sebagai panduan untuk kerja-kerja penanaman dan penuaian hasiltani.

Tapi mengikut kalender Gregorian, tarikh musim bunga akan bermula pada 20 Mac 2010.

Nampaknya, kali ini musim bunga masih lagi sejuk dengan suhu masih dibawah paras beku... pagi tadi snow masih turun walau tak selebat mana tapi cukup untuk memutihkan atap. Hari ini mengikut ramalan cuaca, suhu antara -9° C (paling rendah) dan 0°C (paling tinggi)....hmmm masih sejuk, suhu sekarang (lebih kurang pukul 4 petang) adalah 0°C ~ masih belum menginjak darjah positif lagi....