April 1, 2010

Seoul Trip 24 March - 4 April 2010

tarikh 25 March 2010 dengan penerbangan MH 66, mak, abah, G, Fadil, Ana, Husna dan Ammar selamat sampai ke Incheon International Airport pada jam 0618 hrs untuk bercuti sehingga 4 April 2010.

Catatan program percutian di Seoul:

hari pertama, 25 Mac 2010, Khamis
0618 hrs - tiba di Incheon International Airport, MH 66, terus ke rumah penginapan di 802, Hyoungwoo Best Ville III, Hannam-dong untuk rehat dan sarapan pagi
1430 hrs - ke E-Mart, I-Park Yongsan dan Namdaemun Market untuk bershopping (cari baju sejuk - cuaca memang sejuk, walau dah melangkah ke penghujung bulan Mac, suhu masih dalam lingkungan -1 hingga 4°C sahaja)


bergambar sewaktu tiba di Incheon Airport, Husna berposing ngan abahnya di belakang...


hari kedua, 26 Mac 2010, Jumaat
pagi - shopping di Namdamun Market lagi (brooch dan barang-barang lain)
tengahari - sembahyang Jumaat di Masjid Seoul, Itaewon
petang - shopping di Itaewon


hujan pun tak kisah sebab nak shopping.... Ana tengah mengendong brooch


buah strawberi dan "chamwae" yang dijual digerai2. Harga sekotak starwberi adalah W5000 dan chamwae ( 5 biji) W3000

Malamnya kami ke rumah En Amirul, pengarah Tourism Malaysia untuk jamuan makan malam dan sesi berkenalan. Keluarga mereka akan turut serta bercuti ke Jeju Island.



hari ketiga , 27 Mac 2010, Sabtu
pagi - bertolak ke High-1 Ski Resort, Taebaek-si, Gangwon
~ dalam misi mencari salji , perjalanan dalam 250 km dari bandaraya Seoul. Taebaek merupakan sebuah bandar di kawasan tanah tinggi di Korea dengan ketinggian melebihi 1500 kaki dari aras laut. Taebaek juga merupakan kawasan yang pertama mendapat salji di Korea. Tahun ini, Taebaek menerima taburan salji paling tebal dan paling lama di Korea.

Perjalanan selama hampir empat jam menjadi lebih berbaloi apabila di pertengahan jalan kami dihujani salji yang agak lebat. Berhenti di kawasan rehat untuk menikmati salji dan bergambar. Alhamdulillah...dapat mak abah merasa salji yang turun dan memutihkan kawasan sekitar....indahnya pemandangan!!! Syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan ini.







awal petang kami sampai di Mountain Condominium, High-1 Ski Resort, bilik 2423








hari keempat, 28 Mac 2010, Ahad
lepas bersarapan kami semua menaiki gondola menuju ke Top of Top di High-1 Ski Resort untuk menikmati pemandangan yang menarik dari puncak bukit.



pemandangan dari kereta kabel...bukit memutih dilimpahi salji yang turun semalaman...indahnya ciptaan Allah swt



memeterai janji di atas buaian yang diseliputi salji yang dingin ...romantisnya


bergambar from the rop of the hill



selepas makan tengahari kami bertolak balik ke Seoul dan berehat serta berkemas untuk ke Jeju Island esoknya.

hari kelima, 29 Mac 2010, Isnin
1230 hrs - bertolak ke Gimpo Airport untuk penerbangan ke Jeju Island dengan JinAir
1320 hrs - penerbangan bermula dengan mengambil masa 55 minit


budak2 bermain sementara menanti utk check-in di Gimpo Airport




all aboard....Jeju here we come!!!!

1420 hrs - tiba di Jeju International Airport dan terus mengambil kenderaan yang telah disewa dan bertolak ke rumah penginapan. Sebuah rumah yang selesa dengan tiga bilik dan dua bilik air untuk dihuni selama dua malam.


rumah tumpangan sementara berada di Jeju Island




tempat tumpuan di rumah ini, meja makan.....

hari keenam, 30 Mac 2010, Selasa
jalan-jalan menyusuri pulau Jeju yang penuh dengan keindahan musim bunga.
Satu lagi kurniaan Allah swt kepada kami semua kerana mendapat peluang bergambar dengan yuchae-khot, bunga2 kuning yang kembang memenuhi padang (macam filem Dilwale..) dan juga cherry blossom yang kembang indah menghiasi jalan dan taman.















macam filem dilwale kan....















hari ketujuh, 31 Mac 2010, Rabu
lepas sarapan pagi kami keluar untuk ke airport. Namun hujan renyai2 hanya membolehkan kami berjalan2 dalam kereta ajer sambil menikmati bunga2 yang berkembangan.
Pukul 2.25 ptg, kami bertolak ke Seoul dari Jeju Island.





hari kelapan, 1 April 2010, Khamis
pagi, lawatan ke Lotte World, satu theme park yang terkenal di Seoul. Mak abah tak ikut. Petang kami berjalan2 di bandaraya Seoul dan melawat kawasan menjual barangan berkaitan dengan kek.





Malamnya, berjalan2 di Myeongdong, satu kawasan shopping yang menarik di Seoul terutama di waktu malam.



hari kesembilan, 2 April 2010, Jumaat
pagi sekali lawatan ke Namdaemun Market untuk membeli apa yang masih kurang untuk dibawa pulang.


Ana nak cuba hanbok...tapi tu saiz Husna laa. Kalau itu harga mungkin W80,000 - 100,000


sedang menanti kebab di Namdaemun market


ini memang tempat yang mesti dilawati apabila ke Korea....

Lepas sembahyang Jumaat, bershopping lagi di Insa-dong dan Itaewon.


Ana di Insa-dong

malamnya, kami membuat sedikit jamuan sambutan hari jadi Hajar yang ke12. Diraikan dengan kek yang dibuat khas oleh Pak Cik Padil dan menu pizza, bihun sup dan nasi ayam (dibawa oleh Leha yang asalnya menjemput semua ke rumahnya untuk berkenalan dengan mak abah...)

hari kesepuluh, 3 April 2010, Sabtu
pagi semua ke Nami Island, lokasi penggambaran drama Winter Sonata yang terkenal. Mak abah tak ikut.







Malamnya berkemas untuk balik ke Malaysia esoknya.....


Noni sekeluarga singgah di rumah selepas majlis tahlil di rumah Kolonel untuk berjumpa mak abah sebelum balik ke Malaysia

hari kesebelas, 4 April 2010, Ahad
jam 8 pagi, kami bertolak ke Incheon International Airport untuk menghantar semua pulang ke Malaysia dengan penerbangan MH67 jam 11 pagi. Nak jadi rezeki, penerbangan kali ini terlebih tempahan, maka mak dan abah di'upgrade' seatnya ke business class...alhamdulillah...sekali lagi nikmat yang tidak disangka diberikan oleh Allah swt.....






tiket mak abah yang diupgrade ke business class...


lambaian Husna sebelum di balai berlepas

keletihan atau memang nak try setting seat untuk tidur dalam karnival