August 28, 2009

Ramadhan oh Ramadhan

hari ni dah lapan hari kita berpuasa, macam2 makanan yang telah diminta dan dimasak untuk semua.

Hari pertama, berbuka puasa beramai-ramai di Kedutaan, berbagai makanan dibawa masing-masing untuk sama-sama menjamu selera. Kami bawa cucur udang kuah kacang dengan ayam masak merah.

Antara makanan yang dimasak di rumah pula adalah buah melaka, cekodok pisang, cucur udang, pulut panggang dan kuih lopis. Mmm semuanya sedap dan menyelerakan. Chemek belum buat lagi... tak sempat!


Kuih lopis dengan gula merah



buah melaka

Ari tu sebelum puasa, kami sempat buat kuih samperit.. so bila berbuka boleh makan, tak payah tunggu raya.


Ari tu sempat kirim halwa kering dari Kg Gajah untuk kudapan... tak tau sempat ke tidak jadi juadah raya kalau dah hari-hari asyik makan ajer.... inilah rupanya. Terima kasih Opah kerana bersusah payah mendapatkan halwa ini.


Alhamdulillah walaupun tak der pasar Ramadhan di sini tapi kami dapat juga makan kuih muih dan lauk pauk selera Malaysia...

Hari ini hari kedua pot luck di Embassy... agaknya apakah lauk yang akan dibawa.... tunggulah sebab sampai sekarang masih berfikir lagi...


August 21, 2009

1 Ramadhan 1430


Esok, 22 Ogos 2009, kami di Korea akan mula berpuasa. Tarikh puasa di sini mengikut penetapan puasa di Malaysia, sebagai sebuah negara Islam yang terdekat denga ROK. Masjid Seoul memaklumkan bahawa tarikh puasa dan hari raya akan mengikut ketetapan Malaysia.

Maknanya puasa dan raya di sini akan sama dengan Malaysia dan yang bestnya kami akan puasa dan raya lebih awal sikit dari Malaysia... pasal kat sini awal sejam dari Malaysia.....

Kepada semua, selamat berpuasa.




August 20, 2009

Esok atau Lusa???

Alhamdulillah datang lagi Ramadhan.. walau masih kabur samada esok atau lusa tapi yang pasti seronok nak puasa semula.. bulan penuh berkat.

Tahun lepas kami semua puasa ikut Malaysia dan raya pun ikut Malaysia, tahun ni tak tau lah lagi...

Apapun insyaAllah semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya....

Kat sini imsak bermula dari pukul 4.20 am (on first puasa) sehingga 4.50 am (on last day). Waktu berbuka pulak mulai pukul 7.16 pm sampai pukul 6.35 pm. Maknanya kena makan sahur at least pukul 3.30 pagi.... haaaa awalnya... lepas tu nak ke sekolah lak... kalau winter waktu imsak pukul 6.15 pagi dan berbuka pukul 5.15 petang.. alahai bestnya kan....??? alaa tak apalah dugaan...

kat sini tak der pasar ramadhan, nampaknya kena buat kuih sendirilah... tapi kat Malaysia pun susah gak sekarang ni sebab wabak selesema yang teruk.. mana leh nak selalu kat tempat orang ramai.. so makan kat umah gak. hi hi samalah ngan kami kat sini....

Untuk semua, kami sekeluarga mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan semoga Ramadhan ini memberi penuh keberkatan dan kenikmatan kepada kita semua. Amin.

August 14, 2009

Round the World in 80 minutes.....

dalam cuti summer ni, kami sekali lagi sempat ke Aiins World di Seoul ni..... dulu kami pergi masa autumn, cuaca berbeza, kali ni tengah summer.. jadi pergi petang sikitlah, supaya tak panas sangat....

layan lah gambar ni....


memang kecilkan dunia ni.. WTC dan Empire Tower berhampiran dengan Menara PETRONAS, dibelakang Big Ben ajer....sapa kata NY dan London jauh dari KL...???



penatnya memanjat Mount Kilimanjaro ni....



Ajan sandar sampai senget Menara PISA tu.....


berhampiran Big Ben di Kota London


di pintu masuk Istana Raja Meiji di Tokyo...


alaa rendah ajer Menara Kembar ni....



tak caya Hajar pun leh pegang.. tengok ni!!!


macam dalam cerita Gulliver's Travel kan...????

August 3, 2009

apa aktiviti kami ... ???

Cuti summer dah tinggal tak sampai tiga minggu lagi... 18 Ogos 09 dah mula sekolah. Barang2 untuk sekolah semua dah beli...uniform kali ni baju baru... cantik... gambar tak der!!

Bila petang kami semua beriadah di Hangang Park, taman di tepi sungai Han, sungai terpanjang di Korea ni. Ada berpuluh taman disediakan oleh kerajaan Korea untuk rakyatnya beriadah... ramainya orang tiap2 hari. Kalau hujung minggu lagilah ramai... kalau kolam renang tu, penuh dengan orang... gambar tak der gak - censored!!!!!

Apa kami buat kat sana??? Layanlah gambar ni kalau nak tau....



kat situ jugak leh sewa basikal, murah ajer sejam Won3,000 ajer (jgn convert la... tak aci convert baru dapat perbezaan nyata....)


Gaya ngalahkan pro...


Ajan ngan roller blade nya, yang lain jogging tu....


Hajar control ayu lak .....


Kalau tak pergi Hangang Park, kami pi main boling...







August 2, 2009

Stok baru

Hari Jumaat 31 Julai 2009, terima panggilan telefon dri Sarjan Saffiah memaklumkan bahawa barang yang dikirim dari Malaysia melalui dia dah sampai kat sini. Waahh leganya sebab macam2 benda dikirim seperti milo dan susu pekat... dah lama stok milo habis. Minum teh-o ajer pagi2... ahhh boringnya.

tengoklah gambar stok kami yang baru sampai ni.. dah siap berkemas...nasib baik kabinet banyak kat rumah ni... he he he.... macam kedai runcit lak!!!


stok beras dan minyak masak


Milo, sardin dan biskuat Tiger...


susu pekat untu milo.... hmmpppphh


bahan2 untuk kuih ....dah nak raya tak lama lagi kan

sos dan seangkatan dengannya...

Inilah ragam orang yang berada di perantauan.. mesti ada simpanan bahan makanan dari Malaysia....selain dari susah nak dapat, kalau ada pun harganya melampau tinggi... kebetulan ada yang baru berpindah ke sini, so ambik peluang kirim barang... rasanya barang yang dikirim lebih banyak dari barang tuan punya kontena....