January 19, 2010
kenangan 2010 Korea Super Series di Seoul, Korea
Memang kemenangan Datuk LCW amat diharapkan dan menjadi kenyataan..... alhamdulillah, sekali lagi Malaysia diletakkan di peta dunia dalam arena badminton.
LCW sejurus selepas menang di final....
keratan akhbar Harian METRO, berita kemenangan LCW... lihatlah siapa penyokongnya.....!!!
Bermula dari peringkat suku akhir pada 15 Januari 2010 yang disaksikan oleh hanya empat penyokong Malaysia ~ Jufri, Mustafa, Siti Hajar dan Fauzan~ kemenangan LCW menjadikan kami sekeluarga excited untuk menyaksikan separuh akhir di stadium.. hari Sabtu, 16/1/2010 kami dan keluarga Amirul mengambil keputusan untuk menyaksikan perlawanan ini secara langsung di stadium. Dengan beberapa pass masuk yang ditinggalkan pemain dan tiket masuk ke stadium, kami beramai2 menyertai penuntut Malaysia yang telah sediada untuk menyokong LCW. Sorakan dan teriakan penyokong menjadikan perlawanan lebih bermakna dan kemenangan untuk ke final amat dinantikan.....
bergambar selepas semi-final....
Malamnya majlis sambutan hari jadi untuk Farhan (25 Dec), Niyaz (26 Dec), Mustafa (13 Jan), Nonie (16 Jan) dan Reen (17 Jan) serta Jufri (~ tak perasan tarikh besdaynya pada 6 Jan) menjadi lebih meriah.... dengan tema western, kami menjamu selera dengan lamb chop & beef steak lengkap dengan black pepper sauce, whipped potato, coleslaw & salad, fried chicken and spaghetti .... tiga biji kek turut menjadi hidangan.....
tiga biji kek utk besday's boys and gals....
besday boys and gals....
antara yang hadir
kekenyangan.....
gambar makanan tak der, pinggan kosong ada.....
Petang 17 Jan 2010, jam 1, kami sekeluarga, keluarga Amirul, Zul dan Said beramai2 ke Stadium... dua buah kereta disediakan untuk membawa Datuk Misbun dan rakan2 (mungkin Datuk LCW sekali) ke rumah untuk makan malam. (Pilihan rumah kami turut dipersetujui oleh Amirul dan Nonie). Di stadium, dapat panggilan mengesahkan kedatangan Datuk Misbun ke rumah bersama rakan2 lain kecuali Datuk LCW kerana ada appointment dengan Yonex.... alhamdulillah, menu utama dah disediakan awal lagi, sebelum ke stadium.
perlawanan akhir bermula.. LCW vs Peter Gade
Perlawanan bermula lebih kurang 5.20 petang... semua penyokong Malaysia dari sekecil Ain Amirul (setahun setengah) telah dikerahkan untuk memberi sokongan padu kepada LCW. Bendera Malaysia berkibar megah setiap mata dikumpulkan....sorakan Malaysia Boleh dan LCW bergema memenuhi stadium... termasuk teriakan "Lee Chong Wei, sarang hae yo....!!!!!" oleh Fauzan menggamatkan suasana stadium.
Dan hampir jam 5.55 petang, match point kemenangan kepada LCW yang hanya mengambil masa 34 minit untuk menundukkan Peter Gade 21-12, 21-11.... sorakan dan laungan bergema menggamatkan stadium. Kemenangan untuk LCW dan juga seluruh rakyat Malaysia... satu kebanggaan kerana dapat menonton acara ini secara langsung dari stadium dan merakamkan detik ini di sini
cheer leader penyokong Malaysia....
suasana di stadium semasa semi final dan final....
Farhan sempat bergambar dgn LCW selepas final....
penyokong bersedia menanti LCW semasa penyampaian hadiah......
Setelah majlis penyampaian hadiah, kami bergegas ke rumah untuk menyediakan makan malam bagi tetamu yang diundang, Datuk Misbun Sidek, jurulatih dan lagenda badminton dunia serta rakan2. Memang tak pernah bermimpi untuk mendapat peluang ini... apatah lagi sebaik sahaja kemenangan dikecapi oleh anak didik beliau... dan dalam kepenatan memimpin LCW, beliau masih sudi menerima pelawaan kami semua.... alhamdulillah...terlaksana jua harapan kami semua.
Dengan menu nasi putih, kurma ayam, udang goreng kunyit, daging merah, sayur campur, sambal belacan & ulam, bihun sup dan bubur kacang serta air bandung, kami menerima kunjungan Datuk Misbun bersama tiga rakan lain... walau tanpa Datuk LCW. Kunjungan beliau disambut oleh keluargaku, keluarga Amirul, keluarga Zul dan keluarga Said dengan berbesar hati sekali. Terima kasih kepada Jufri, HOC Embassy Malaysia di Seoul kerana turut membuka laluan perhubungan dengan pegawai dan pemain Malaysia.
menu makan malam
Hilang penat lelah kami meyediakan makanan bila tetamu makan dengan berselera sekali. Sambil minum kopi pelbagai topik dibincangkan dengan Datuk Misbun, pelbagai pengalaman turut dikongsi bersama, pelbagai tips boleh dijadikan panduan untuk menghadapi perjuangan hidup kerana kehidupan boleh diumpamakan bagai sebuah perlawanan di gelanggang badminton.
Sebelum bertolak ke hotel penginapan, kami mengambil kesempatan bergambar kenangan bersama-sama.
Aku turut gembira kerana anak2 turut kenal siapa Misbun Sidek walau lebih melalui siri Anak2 Sidek, sebagai seorang lagenda badminton dunia yang telah mengharumkan nama Malaysia dan meletakkan Malaysia di peta badminton dunia.
January 18, 2010
Manisnya kemenangan, manis lagi kenangan.... 2010 Korea Super Series, Olympic Fencing Stadium Seoul, South Korea, Sunday 17 Jan 2010.
Chong Wei unggul
mohdhilmie@hmetro.com.my
KONGSI...Chong Wei meraikan kejayaan bersama penyokong selepas menewaskan Peter Gade pada final Terbuka Korea, semalam.
“Ini adalah kelebihan psikologi buatnya. Selepas ini banyak lagi gelaran besar yang menjadi sasaran dia seperti Piala Thomas, Kejohanan Dunia dan Sukan Asia serta tidak terkecuali kejohanan terbuka seperti Seluruh England dan Terbuka China yang belum pernah dimenanginya,” kata Rashid.
“Walau apapun yang berlaku selepas ini, saya hanya harap dia (Chong Wei) mampu kekalkan prestasi ini tanpa mengira siapapun lawan yang dihadapi,” tambah Rashid ketika dihubungi.
Chong Wei menang 21-12, 21-11 dalam masa 34 minit sekali gus menebus kehampaan tewas di tangan pemain Denmark itu tahun lalu.
Dia mendahului sejak awal set pertama 18-12 sebelum menang 21-12. Dalam set kedua, Chong Wei yang ketinggalan 2-4 bangkit dengan permainan bergaya mendahului 11-4 sebelum menamatkan cabaran Gade 21-11 sebagai bekalan kelebihan psikologi pada Terbuka Malaysia bermula esok.
Tiga lagi gelaran menjadi milik pemain China. Wang Shixian muncul juara perseorangan wanita menewaskan pemain Korea Sung Ji Hyun 21-10, 25-23.
Cheng Shu/Zhao Yunlei menewaskan pasangan Jepun Mizuki Fujii/Reika Kakiiwa 21-16, 21-15 untuk muncul juara dalam beregu wanita manakala beregu campuran, He Hanbin/Yu Yang menewaskan rakan senegara, Tao Jiaming/Zhang Yawen 21-15, 21-16.
anak perempuan dirakam di sini....
Selepas kemenangan di stadium, di sinilah jurulatih Datuk Misbun Sidek (lagenda badminton dunia) menjamu selera dan bertemu peminatnya secara eksklusif. Datuk LCW tidak bersama kerana komitmen lain yang telah diatur terlebih dahulu.....
di ruang dapur rumah kami menjamu selera....
bergambar ramai2 di ruang tamu.....
inilah tukang sorak/penyokong dan juga chef untuk makan malam tadi....sempat bersorak di stadium dan memasak utk dinner right after the game....
sebaik sahaja Datuk LCW menang... di belakang pentas!!
Monday January 18, 2010
Chong Wei turns on the style in first Korean Open victory
By RAJES PAUL
KUALA LUMPUR: World No. 1 Lee Chong Wei celebrated in a grand fashion in Seoul yesterday after becoming the first Malaysian to win a Korean Open badminton title.
He was the master of the court in the men’s singles final against Peter-Gade Christensen, breaking the resolve of the top Dane for a clinical 21-12, 21-11 win in 34 minutes to get his season off to a roaring start. Chong Wei won the title without dropping a single game in five matches.
It was also sweet revenge for the 2008 Beijing Olympics silver medallist in the opening leg of the Super Series circuit. He was beaten by Christensen in three games in the final last year.
And after he succeeded in becoming the first Malaysian to get on the list of champions in the Korean Open since its inception in 1991, Chong Wei did a little jig and punched his fists into the air.
“It really feels great to be able to control the game from the start against a good player like Peter,” said Chong Wei in a telephone interview.
He bombarded the Dane at every opportunity with his smashes to make clear his intentions to nail the title.
“I did allow Peter to keep up with my pace. I was bent on winning my first Korean Open title and that was the motivation for me to keep at my game,” he said.
“It is nice to start the season with a title. It gives me the motivation to meet the challenges ahead with more confidence.”
Chong Wei also hoped that the win in South Korea would silence those who had been critical of him on his decision to skip the Laos SEA Games last month for fear of aggravating a knee injury.
“Honestly, the short break was a blessing in disguise. Some quarters questioned my motives when I skipped the Games. But the break allowed me to start the year without having to worry about aggravating the injury,” he said.
“I have a long journey this year. I have so many more important tournaments ahead for me and I have to set my priorities.”
Among his major assignments for the year are the Thomas Cup Finals, World Championships, Commonwealth Games and Asian Games.
Chong Wei’s next task is to reward his faithful fans with another good showing at the Malaysian Open, which begins on Wednesday at the Putra Stadium in Bukit Jalil.
“Being the favourite has its dangers. All the players will be out to scalp me. But I will be ready for tougher challenges,” said the defending champion, who will be out to claim the home Open title a sixth time.
In the men’s doubles, South Koreans Jung Jae-sung-Lee Yong-dae went the distance to defeat Cai Yun-Fu Haifeng of China 21-11, 14-21, 21-18 in a gruelling 68-minute final.
It was revenge of sorts for the Koreans, who suffered an agonisingly narrow defeat by the Chinese in the final of the world championships in India last year.
January 14, 2010
Selamat Ulang Tahun
Yang bestnya, seawal dulu semalam semua pakat berebut nak post kat facebook, ha ha memang lah penangan facebook ni kalau diikutkan boleh buat orang tak senang duduk. tapi itulah, semua dihujung jari ajer....
kalau tahun2 sudah, kami raikan bersama dengan Firdaus yang turut menyambut hari lahir pada tarikh yang sama, kali ni kami jauh di sini. Tahun lepas diraikan di Malaysia, mungkin lebih meriah lagi.
So kepada yang meraikan hari lahir tu, kami ucapkan selamat ulangtahun dan semoga Allah memberkati semua usaha dan diperkenankan segala permintaan. Kepada Farhan dan Faiz Fahmie, selamat ulangtahun juga, walau dah lambat, tapi doa dan ingatan sentiasa bersama.
We all love you very much... happy birthday!!!
January 13, 2010
baru sedar.....
tengah baca surakhabar, berita utama pasal kehilangan Indian tourist di Malaysia hampir 40,000 orang.....baru kini ku tahu semua akhbar rupanya seia sekata........
(The STAR Wednesday January 13, 2010) : Immigration Dept loses track of 39,000 Indian citizens with expired visa (The NST 13 January 2010) 07:46:43 AM 39,0...00 Indian tourists missing (UTUSAN Malaysia) PUTRAJAYA 12 Jan Salah guna visa ketibaan
Ini satu permulaan atau sekadar mengkaburkan pandangan dan perihal perkara lain yang lebih pokok.... tapi takkanlah ini ajer yang disedari... rasanya terlalu banyak kejadian serupa yang berlaku... tapi kenapa boleh berlaku? dan mengapa harus berlaku? bukankan kita ada sistem yang canggih manggih, tidak mampukan untuk memantau keadaan ini... ke mana mereka menghilang, tak kan boleh keluar dari bumi Malaysia tanpa melalui imigresen....
semoga negara ku selamat dan anak2 dan sedaramara ku dilindungi Allah swt senantiasa....
January 6, 2010
Gambar Snow Blast on 3&4 Jan 2010
breakfast sebelum ke Yangji Pine Resort, pizza....
pekerja resort membersihkan tempat letak kereta...
kereta kuning yang hampir tenggelam....
di hadapan pintu masuk ke kondominium Yangji
tengoklah tebalnya snow ni, hampir 12 inci
kena bersihkan kereta dulu...
dalam snow main ski lagi best
lihatlah tebalnya snow di atas daun2 ni...
dalam perjalanan pulang dari Yangji Pine Resort
snowman
satu lagi snowman, kali ni versi besar
bergambar dalam snow lebat.. kalau ujan dah lama lari berteduh
yang paling seronok adalah Ajan, siap baring2 lagi
pemandangan pokok di pembahagi jalan
pintu masuk ke Yangji Pine Resort
lori yang digunakan untuk membersihkan jalan
pokok di bahu jalan
pemandangan jalan di hadapan rumah
main snow di hadapan rumah
pemandangan jalan dari atas rumah