Kali ini Ramadhan ketiga kami sekeluarga di perantauan.... di bumi Seoul ini kami bersyukur kerana masih mampu dan diberi kesempatan untuk bersama-sama menjalani ibadah ini.... bermula dengan sahur seawal jam 4.05 pagi dan berbuka jam 7.31 malam kami meraikan bulan penuh berkat ini.
Seperti biasa juadah perlu disediakan sendiri, mana lah ada pasar ramadhan untuk dikunjungi..... kuih cara, roti jala dan kari ayam, buah melaka, chemeq dan pisang kukus antara juadah untuk keluarga
roti jala in the making....
menggulung roti jala dan kari ayam dgn kentang sebagai kuahnya
chemeq in the making.... ianya juadah mesti bulan puasa, nasib baik dah berguru dengan opah...
chemeeq sedia untuk dikukus
pisang kukus yang turut menjadi juadah berbuka.....
memang Ramadhan bukan sekadar diisi dengan makan dan makanan semasa berbuka, tapi semangat ibadah yang lebih penting..... tarawih di Embassy, sembahyang jemaah bersama dan bacaan al-Quran turut menjadi pengisian yang dilaksanakan... semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.....dan semoga Allah mengampuni, memberkati dan merahmati kita semua, insyaAllah......
Salam Ramadhan buat semua.....