November 26, 2011

Maal Hijrah 1433

Salam Maal Hijrah kepada semua ahli keluarga dan juga sahabat handai di mana jua berada. Semoga kita akan lebih dirahmati dan diberkati Allah swt.



November 24, 2011

LETAKKAN GELAS ITU

LETAKKAN GELAS ITU

Seorang profesor memulakan kelas dengan memegang segelas air di tangannya. Dia mengangkat gelas tersebut dan bertanya pelajar-pelajarnya, “Agak-agak berapa berat gelas ini?”. “50 gram”... “100 gram”... “120 gram”, jawab antara mereka.

“Sebenarnya saya sendiri pun tak tahu, sehinggalah saya timbang gelas ini!”, jawab profesor. “Tapi persoalannya, apa yang akan berlaku sekiranya saya memegang gelas ini beberapa minit?”, tanya profesor. “Macam tak ada apa-apa berlaku, biasa aje...”, jawab seorang pelajar.

“Baiklah, sekarang apa akan berlaku kalau saya terus memegang gelas ini begini selama satu jam?”, tanya profesor lagi. “Mestilah lenguh, prof”, jawab pelajar.
“Betul tu! Kalau begitu, bagaimana jika saya terus memegang gelas ini begini selama satu hari?”, profesor terus bertanya. “Penat... penat. Tangan boleh kejang, prof...”, jawab seorang pelajar. “Teruk tu prof... Boleh jadi cacat... Kalau tidak pun, masuk hospital!”, seorang pelajar lain membuat lawak. Rakan-rakannya ketawa.

“Bagus..., bagus”, jawab profesor. “Tetapi, cuba perhatikan... Adakah berat gelas ini yang memberi kesan kepada kita? Tidak... Yang menyebabkan kita terasa lenguh dan sakit adalah kerana tempoh masa yang lama kita menanggung bebanan ini.” jelas profesor.

“Jadi bagaimana untuk mengatasinya?”, tanya profesor. “Letakkan gelas itu!”, jawab pelajar. “Betul, itulah jawapannya.” jawab profesor.

Masalah-masalah yang berlaku dalam kehidupan adalah seumpama ini. Kita mampu untuk memikirkan masalah dalam tempoh yang pendek. Sebaliknya, jika masalah atau tekanan berterusan tanpa penyelesaian, ia boleh memberi mudarat kepada diri kita. Sekiranya bertahan lebih lama, ia boleh merosakkan diri. Adalah penting bagi kita mencari penyelesaian bagi masalah yang dihadapi, atau setidak-tidaknya “letakkan dulu” sebelum anda masuk tidur.

November 5, 2011

Salam Aidil Adha

Ahad, 6 November 2011 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1432.

Kami sekeluarga mengucapkan selamat hari raya aidil adha kepada semua sanak saudara dan kaum keluarga serta sahabat handai dan taulan di mana jua berada. Tangan dihulur maaf dipinta, semoga kita sentiasa dirahmati Ilahi.

October 1, 2011

Sajer-sajer

apa yang ingin diupdate di blog ini.... entah mana satu ingin dipaparkan....

pagi ini (1 Oktober), kami dikunjungi oleh Mbah Anang dan Mbah Edok (bapa dan emak Pak Teh Mashudi).... walau sekadar singgah sekejap tapi amat dialu-alukan.... terima kasih kerana sudi datang ke rumah kami dan terima kasih juga kepada Mak Teh dan Pak Teh yang sudi membawa mereka ke sini.

Juadah ala kadar disediakan untuk mereka, bihun goreng dan roti jala.... ini yang senang dan sempat dibuat...

Kalau kini dah Oktober, maknanya hujung tahun dah terlalu hampir... apa pencapaian setakat ini...? Semoga Tuhan memurahkan rezeki dan memberkati kami semua....insyaAllah....




September 1, 2011

Minal aidil walfaizin

Salam Aidil Fitri buat semua... Ramadhan sudah berlalu pergi meninggalkan kita, semoga dapat bertemu lagi di tahun hadapan, insyaAllah.

Setelah tiga tahun beraya di perantauan, kini dapat beraya di kampung halaman....

Raya pertama di Kedah, sambutan ala kadar... ketiadaan emak bersama amat terasa... AlFatihah buat allahyarhamah, semoga beliau diampuni dan dirahmati Ilahi. Maklum last raya bersama adalah pada 2007...

Raya kedua di Kampung Gajah.... alhamdulillah kami sampai dengan selamatnya. Semua berkumpul di sini. Semoga aidil fitri ini memberi lebih makna kepada kita semua.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.

August 17, 2011

Ramadhan kali ini......

Ramadhan kali ini kami semua berpuasa di Malaysia...memang seronok, setelah tiga tahun berpuasa di perantauan dengan pelbagai pengalaman.

Minggu pertama kami pulang ke kampung perak untuk berbuka puasa bersama atok dan opah... sampai ngam-ngam waktu berbuka.... "Opah Atok kami dah sampai....dah masuk waktu berbuka!!!"

Lain-lain hari kami berbuka di rumah sahaja.... dah lebih separuh Ramadhan berkunjung, semoga selebihnya akan memberi lebih makna dan keberkatan kepada kami sekeluarga....

Juadah berbuka ala kadar ajer... kuih muih ada yang dibeli dan ada yang dimasak sendiri... mengikut waktu sampai di rumah....

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan marilah bersama mengejar malam Lailatulqadar....




July 27, 2011

tersurat dan tersirat.........

Seorang tukang mengangkut air (tukang air) mempunyai dua buah tempayan besar; yang kedua-dua tempayan itu dipikul pada pengandar secara bersilang pada bahunya. Satu daripada tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak.


Tempayan yang elok selalu dapat membawa air dengan penuh walaupun melewati perjalanan yang panjang dari mata air sehinggalah ke rumah majikannya; manakala tempayan yang retak pula hanya dapat membawa air separuh sahaja apabila sampai ke rumah majikannya.


Hal ini terjadi setiap hari selama dua tahun. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu sahaja si tempayan yang elok merasa bangga akan prestasinya; dapat membawa air yang banyak dan penuh setiap masa dan menunaikan tugas dengan sempurna. Di pihak yang lain, si tempayan retak merasa malu sekali kerana akibat ketidaksempurnaannya (keretakannya) ia hanya dapat memberikan setengah sahaja air setiap kali si tukang air mengangkut air.


Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalannya, maka tempayan yang retak pun berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu kepada diri saya sendiri dan saya memohon maaf yang sebesar-besarnya".


"Kenapa?" tanya si tukang air, "mengapa kamu berasa malu?"


"Selama dua tahun, setiap hari saya hanya mampu membawa separuh sahaja air ke rumah majikan kita. Adanya keretakan pada sisi saya menyebabkan air yang saya bawa bocor di sepanjang perjalanan menuju ke rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, telah membuatkan kamu rugi wahai si tukang air", jawab si tempayan retak.


Si tukang air berasa kasihan kepada tempayan retak. Dalam belas kasihannya itu dia menjawab; "Apakah kamu tidak memperhatikan adanya bunga-bunga yang cantik dan indah sekali di sepanjang perjalanmu menuju ke rumah majikan kita ini? Dan pada sebelah jalan tempayan yang elok itu perasankah kamu bahawa tidak ada pula bunga yang cantik-cantik? Itu kerana aku menyedari kecacatanmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang perjalanan di sisimu dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu telah mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini, aku telah dapat memetik bunga-bunga yang cantik dan indah untuk menghiasi meja majikan kita. Tanpa adanya kamu, majikan kita tidak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang ini".



Apakah ibrah dan pengajaran yang kita dapat daripada kisah ini?


Pertama, setiap orang mempunyai kelebihan dan setiap orang mempunyai kekurangannya masing-masing. Kita mungkin "lebih" dalam hal-hal tertentu, tetapi kita juga "kurang" dalam hal-hal yang tertentu. Kita mungkin pakar dan tahu dalam sesuatu perkara, tetapi dalam perkara yang lain pula mungkin kita tidak begitu pakar atau tidak begitu tahu.


Justeru, bergabung dan berkawanlah seramai mungkin untuk menjadikan kita lebih kuat, untuk menjadikan kita lebih tahu. Kerana, kita tidak lebih dan kuat sentiasa. Kerana kita juga tidak sentiasa tahu semua benda dan perkara. Apa yang kita tahu, orang lain mungkin tidak tahu. Apa yang kita tidak tahu pula, orang lain mungkin tahu dan boleh menolong kita. Maka kita sewajarnya saling melengkapi.


Kedua, walaupun kita kekurangan [kecacatan / bocor dalam konteks kisah tempayan retak ini] kekurangan itu sebenarnya juga boleh kita manfaatkan dalam bentuk yang lain. Tanpa disedari, tempayan yang retak itu sebenarnya secara tidak sedar telah menyirami benih-benih yang ditanam oleh si tukang air sehingga benih dan tanaman bunganya menjadi begitu subur kerana disiram setiap hari.


Ketiga, kita mungkin mempunyai satu kekurangan, tetapi harus diingat bahawa kita mungkin "kurang" dalam sesuatu hal, tetapi kita juga mungkin mempunyai kelebihan lain. Orang yang cacat penglihatan umpamanya, dia mungkin hanya tidak dapat melihat, tetapi dia juga mungkin lebih terang "mata hatinya", hatinya lebih jernih dan terang: mudah dapat apa yang dipelajari. Daya sentuhan atau daya merasanya mungkin lebih kuat daripada kita yang biasa.


Ada orang dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan, tetapi dia juga adalah pelukis yang hebat dan menghasilkan lukisan-lukisan yang agung yang [malah] mengatasi orang yang lebih sempurna pun: dia rupanya melukis dengan menggunakan kaki!



Justeru, ambillah iktibar dan ibrah daripada kisah tempayan retak ini.





tiap kurniaan Allah swt itu mesti ada sebab musabab dan hikmah di sebaliknya... bersyukurlah sentiasa, sesungguhnya Allah swt maha penyayang kepada semua hambaNya...


July 21, 2011

Kesan..........

The Fence

There was a little boy with a bad temper. His father gave him a bag of nails and told him that every time he lost his temper, to hammer a nail in the back fence.

The first day the boy had driven 37 nails into the fence. Then it gradually dwindled down. He discovered it was easier to hold his temper than to drive those nails into the fence. Finally the day came when the boy didn't lose his temper at all.

He told his father about it and the father suggested that the boy now pull out one nail for each day that he was able to hold his temper.

The days passed and the young boy was finally able to tell his father that all the nails were gone.

The father took his son and led him to the fence. He said, "You have done well, my son, but look at the holes in the fence. The fence will never be the same. When you say things in anger, they leave a scar just like this one. You can put a knife in a man and draw it out. It won't matter how many times you say "I'm sorry", the wound is still there. A verbal wound is as bad as a physical one... "


Jadi, ambillah iktibar.... jgn sampai ada yang terkesan....!!

July 8, 2011

Penawar Hati

Kita bertanya : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3-

Kita bertanya: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216-

Kita bertanya: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB:
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286-

Kita bertanya : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB:
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139-

Kita bertanya: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45-

Kita bertanya: APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..."
- Surah At-Taubah ayat 111-

Kita bertanya: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB:
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129-

Kita bertanya: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB:
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12 -



June 10, 2011

Penang di cuti sekolah.......

Kini cuti sekolah dah nak habis, Isnin ini bermulalah semula episod jem di jalan. Sekarang ni keluar rumah pukul 7.30 pagi pun masih sampai jam 8 pagi.... bestnya drive keta ke pejabat.... nampaknya lepas ni kena keluar jam 7 balik lah....

Dalam tak leh nak bercuti beria-ria, kami sekeluarga sempat ke Penang, pakej 3 hari dua malam di Hydro Hotel,Batu Feringhi menjadi pilihan. Agendanya santai..... cukup menarik....durian Balik Pulau turut menjadi juadah kami....fuhh penuh bergaya makan durian beli di dalam dusun di bawah pokok durian....

Lepas ni nak ke mana pulak lah... cuti sekolah international nanti nak kena atur satu trip lagi.... ke mana pulak yer?

May 16, 2011

Guru

Guru merupakan salah satu kerjaya yang amat rapat dengan kita semua... jika dibuat kajian agaknya sebahagian besar dari kita meletakkan "CIKGU" sebagai cita-cita kita semasa di bangku sekolah rendah lagi.... mungkin kerana itulah kerjaya yang terdekat dengan kita dan kita merasakan ianya amat baik dan mulia.... tapi generasi sekarang tak tahulah mungkin pendedahan memberi perspektif berbeza....

Rupanya dalam keluarga kami ramai yang menjadikan cikgu sebagai kerjaya:
  • Cikgu Madzlan Abu Bakar, seorang guru di Sekolah Menengah Syed Hassan, Kangar, Perlis
  • Cikgu Muhamad Azha Yunos, seorang guru di Kolej Mara Banting, Banting, Selangor
  • Cikgu Hayati Hussin, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, Banting, Selangor
  • Cikgu Alida Yunos, seorang guru di MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan
  • Cikgu Asiah Yunos, seorang pengajar di Politeknik Banting, Selangor
Selamat Hari Guru kepada semua yang menjadi cikgu dan sekelian cikgu di mana jua berada...


kalau ada sepuluh orang murid camni dalam kelas amacam cikgu...??? :)

Happy Birthday Ajan

Tahun ini kami meraikan birthday semua di Malaysia.... dalam bulan Mei kami raikan birthday Ajan pada 11 Mei. Kami meraikan dengan dinner bersama Amirul malam sebelumnya di Restaurant Thai Village. Pada harinya kami raikan dengan makan malam bersama di rumah dan dimeriahkan dengan cheese cake, kegemarannya....

Apapun semoga Ajan membesar sebagai anak yang soleh dan berjaya serta diberkati dan dirahmati Allah swt senantiasa...

May 9, 2011

8 Mei 2011

8 Mei 2011, kami sekeluarga di kampung... kebetulan hari ibu dan juga besday Atok Yunos...

kami beli sebiji kek blackforest dari sebauh bakeri di Kg Gajah dan meraikan bersama Opah dan Atok...



Opah dan Atok memotong kek bersama-sama....


April 28, 2011

1 April 2011

hari ni birthday Hajar... entry ni pun kira dah basi laaa... sebab dah hampir sebulan baru nak citer....


It was on Friday... pagi tu satu ucapan Happy birthday ajer utk dia sebelum pergi sekolah....


balik malam tu kami pergi dinner kat luar, balik dari dinner baru bawa keluar kek....hahaha surprise... ingat kami semua lupa kar? tak laa, saja nak tengok reaksi Angah... kek coklat dengan bunga mawar turut dikongsi bersama dengan kawan2 abah yang bersembang di luar pagar.... (huhuhu tapi sampai ari ni ada dua tiga keping piring belum dipulangkan lagii... )

Gambar akan diupload kemudian..... ada kar???

20 April 2011

20 April 2011, adalah tarikh lahir aku yang ke.....hahahaha tak nak cakap baper!

pagi tu terima ucapan Happy Birthday dr hubby...tq.

by lunch, ada surprise from kekawan di Admin Unit.... thank you Norimah dan semua di Admin.. it was a nice surprise. Gambar semua ada dalam kamera dan hp org lain...huhuhu... tak moden langsung aku ni....



petang tu aku tgk ada staf upload photo kat blog dia....

malam tu aku konon2 cam tak kisah laaa... hubby siap leh pi make-up keta lagi....alahai senyap ajer.... balik rumah pun tak der apa2 pun.... pastu kami keluar dinner sama-sama.

Masa pick-up hubby kat kedai accessory keta, dia terpecah lubang... "alaaa abah dah pecahkan surprise....." rupanya macam2 depa plan... tapi abahnya dah tertanya dulu... ingatkan dah buat katanya, rupa2nya depa nak tunggu semua ada kat rumah.... hihihi...gotcha.....!! dah tau dah... but still it was a nice thots and surprise from my kids and hubby.....

lepas dinner kat Tupai2, kami balik dan masa nak masuk rumah, Along ngan Fauzan kecoh semacam, rupanya Fauzan siap sedia ngan gitar.... petikan gitar solonya.. lagu Happy Birthday.... so nice... thank you very much... tapi sedeynya video yang diambil rupanya tak jadi... lagi sekali miss the touching occasion.. alahai!!


masuk rumah, kek birthday berwarna biru laut yang dideko oleh Fauzan dan Hajar.... thank you semua atas usaha dan ingatan ini... it was so wonderful.... tapi dah malam sangat dan perut pun kenyang, kami tangguh dulu makan kek tu.... rupanya kek tu memang rezeki ramai, esok malam kami bawa balik Kedah... leh makan ramai2 kat kampung....



Thank you jugak kat Pak Cik Padil yang duk layan budak2 tu buat persediaan... siap dengan ajar petik gitar & buat deko kek.....

Pada semua, terima kasih atas ingatan dan doa, semoga kita semua dirahmati dan diberkati Allah swt senantiasa....insyaAllah.

April 27, 2011

Cuti sekolah tapi tak cuti

alahai cerita cuti sekolah tahun ini memang pelik sikit... maklum cuti sekolah berlainan sesi jatuh pada masa yang berbeza... masa sekolah kebangsaan cuti, sekolah internatinal tak cuti, masa international school cuti plak, national school tak cuti... camana ni..???

Nampaknya tahun ni susah jugak nak buat program.... tapi tak apalah... demi masa depan anak2... so sekarang ni, cuti hujung minggu memang penting...sebab masa tu semua bercuti...!

Baru2 ni, cuti sekolah international, alamak camana nak biarkan budak dua org tu tinggal di rumah...macam tak percaya ajer... so kami import Faez ke rumah... thank you Faez kerana tolong temankan Hajar dan Fauzan minggu lepas.... thank you juga buat Mak Teh sekeluarga sebab izinkan Faez tinggal di rumah selama seminggu tu...

Rasanya Pak Cik Padil pun terlibat secara tidak langsung menjaga budak2 tu... hehehe terima kasih daun keladi semua.

Kini semua dah sekolah semula, rutin harian bermula semula....

Al-Fatihah

Tanggal 7 Mac 2011, jam 7 pagi, emak pergi buat selama-lamanya menyahut seruan Ilahi. Al-Fatihah..... semoga roh allahyarhamah dirahmati Allah swt dan ditempatkan bersama-sama golongan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah

Jenguk2 semula

Salam buat semua....

Alhamdulillah masih dikurniakan Ilahi keupayaan untuk aku menjenguk blog ini yang dah lama tidak dijengah... pelbagai peristiwa dan perkara berlaku yang membuatkan aku tidak upaya menjenguk blog ini....

rasanya pertama sekali nak kena tukar tajuk.... dari Msia ---> Korea kepada Msia--->Korea--->Msia.

hahaha bukannya apa, kini kami semua dah reside balik kat Malaysia... so kena letak proper location lah..... tapi biarlah... baru klasik gitu, kerna blog ini dibuat semasa kami semua di bumi Winter Sonata....chewah.

Catatan peristiwa akan dibuat dalam entry selepas ini.....

January 6, 2011

2010 ........ 2011

Tanggal 21 Disember 2010, kami sekeluarga pindah masuk ke hotel sebelum bertolak ke Malaysia selepas tiga tahun berhijrah ke Seoul, Korea Selatan kerana bertugas di MATRADE Seoul. The Fraser's Suite, berhampiran Insadong menjadi pilihan kerana menawarkan service apartment yang selesa dan berhampiran dengan kawasan bandar.


Malam acara makan malam di atas keretapi tajaan Amirul dan Nonie (Tourism Malaysia).



22 Disember 2010, kami ke rumah lama (802, Hyougwoo Best Ville III, 27-2 Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul) untuk kerja-kerja mengemas barang untuk dibawa pulang ke Malaysia. Dari pagi hingga ke petang baru selesai semuanya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.



Malamnya kami ke rumah Amirul dan Nonie untuk majlis makan malam perpisahan dan welcoming bersama HBS Embassy yang lain. Alhamdulillah boleh bertemu semua orang yang dikenali di Seoul ini.



Sebelum itu, malam 17 Disember yang lepas, Teh dan Madyani turut membuat jamuan di rumahnya.



23 Disember, rumah dibersihkan dan petangnya menyerahkan rumah kepada pengganti bersama agent yang menguruskan sewaan rumah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan baik. Malamnya, ke rumah Shukri (JPM) dan Aine untuk majlis makan malam.



24 Disember 2010, serah tugas secara rasmi dan tamatlah tugas sebagai Pesuruhjaya Perdagangan di Seoul. Malamnya ke rumah Zukepli dan Leha (MIDA) untuk majlis makan malam. Selepas makan malam, kembali ke apartment untuk mengemas barang untuk kembali ke Malaysia. Aine dan Nonie datang kemudiannya.



25 Disember 2010, kami bertolak ke Incheon International Airport (ICN) jam 7.30 pagi. Jam 8.30 pagi tiba di airport dan terus check-in penerbangan MH067 ke Kuala Lumpur. Suhu di pagi itu amat sejuk, minus 14 degree celcius mengiringi kepulangan kami ke Kuala Lumpur. 17 beg sebagai bagasi seberat 210 kg dibawa bersama.



Kepulangan diiringi sahabat handai, Amirul & Nonie sekeluarga, Shukri & Aine serta Nadhirah, Ted Kim, Kolonel Aziz & Aishah serta Aimy, Zukepli & Leha sekeluarga. Staff pejabat turut serta Lee Mi Sook dan Lee Sun Jin turut menghantar pulang kami sekeluarga selain dari David dan David (Tourism)



Sesampai di KLIA, kami disambut oleh Nyah, Zila, Ana, Tiqah, Husna dan Fareez serta Mas. Alhamdulillah kami selamat sampai ke Kuala Lumpur dan tiba di Concorde Shah Alam sebelum ke rumah Uji bertemu dengan mak dan ahli keluarga yang lain. Seronoknya bertemu sanak sedara dan kaum keluarga.



26 Disember, bertolak ke Kedah untuk menziarah Tok yang dimaklumkan uzur kerana serangan angin ahmar dengan Firefly. Keadaan Tok amat lemah, memang tidak sedarkan diri dan tidak boleh bergerak langsung, makan pun melalui tiub ajer. Malamnya kami kembali ke KL kerana esok perlu lapor diri di pejabat. Penerbangan AirAsia yang tertangguh membolehkan kami menonton perlawanan akhir bola Piala AFF di antara Malaysia Indonesia dengan kemenangan Malaysia 3-0.



27 Disember, melapor diri di HQ dan mengambil cuti seminggu. Aktiviti utama masa cuti adalah mengemas rumah, banyaknya barang yang tidak diperlukan dan perlu dibuang. Kini rumah dah kemas dan kosong.



28 Disember 2010, abah balik dari Surabaya dan kami berjumpa di rumah Uji.



29 Disember 2010, kami berpindah ke rumah walau masih boleh tinggal di hotel lagi, rasa lebih selesa di rumah walau serba kekurangan. Malamnya kami menonton perlawanan akhir Piala AFF second leg dengan kemenangan Malaysia.



30 Disember 2010, jam 1140 malam, kami terima telefon mengatakan Tok telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.30 malam. Innalillah.... Al-Fatihah. Terus berkemas untuk ke Kedah. Sampai di Kedah jam 6 pagi, 31 Disember 2010 (hari cuti umum kerana menang bola). Jenazah Tok dimandikan pada jam 10 pagi dan disembahyangkan pada jam 11 pagi sebelum terus dikebumikan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan cuaca yang agak mendung.



1 Januari 2011, selepas makan tengahari kami bertolak balik ke KL.



Layar 2010 ditutup dengan pelbagai peristiwa menarik dan sedih. Semoga tahun baru memberi lebih ruang serta diberi lebih banyak peluang dan rahmat serta restu Ilahi. InsyaAllah......