August 26, 2013

Raya Kali Ini (3)......


............   sambungan...

ulang siaran....

Ahad pagi, awal2 lagi Atok dan Along ke kedai untuk membeli susu cair untuk ulang siaran nasi minyak....sementara itu, kari kambing dimasak beserta ayam kampung goreng. Manakala di dapur luar pula, Pak Teh menggoreng cempedak, at least boleh buat sarapan awal pagi tu sementara nasi masak.....siap dengan teh tarik lagi!

Setelah nasi minyak masak, maka jamuan pagi Ahad adalah nasi minyak, kari kambing, ayam kampung goreng, jelatah dan cempedak goreng.....alhamdulillah tertunai hasrat atok supaya anak cucunya makan nasi minyak.

Kemudian, ada yang mula bertolak balik ke KL untuk bekerja.

Mak Haza dan keluarga sampai di rumah Atuk Opah...

Kami pula, bergerak ke Pantai Remis untuk beraya di rumah Kak Chik Puzi....empat buah kereta semuanya. Sesampai di Pantai Remis, bau ikan bakar menusuk hidung...hmmm nasi putih, tomyam seafood dan ikan bakar menjadi juadah tengahari....


xtvt sihat sementara tunggu makanan dihidangkan...bukannya nak tolong masak...haihhhhh

siap sempat bakar mercun lagi......



Sambil beraya boleh tempah jubah lak tu.....

Malamnya....lepak sambil tengok badminton...DLCW lawan musuh tradisinya Lin Dan.....hmmmm



Isnin pagi, kami pula bertolak ke Shah Alam setelah puas beraya di kampung.... selepas ini sekolah dan kerja menjadi agenda utama.

Gambar-gambar akan diupload kemudian..............


Raya Kali Ini (2)

Ok... sambung semula catatan raya kali ini....

perjalanan dari Kedah ke Perak di pagi Jumaat, 9/8/2013 bermula seawal 9 pagi.....setelah barang-barang diisi dengan baiknya dalam kereta, kami memulakan perjalanan...

Alhamdulillah, perjalanan lancar dan kami selamat sampai di Perak lebih kurang jam 12 tengahari...bolehlah mereka berJumaat di Perak...

Seperti biasa, di Perak, barang2 kena letak dalam kereta... hmmm camana yer... wardrobe dlm kereta, jangan ada yg pergi berjalan bawa kunci kereta dah...tak salin baju nanti.

Buah cempedak kiriman Tok wan untuk besannya juga selamat semuanya, adalah dalam 20 biji semuanya... camana agaknya isinya nanti...tak lupa juga sebalang jeruk maman.....

Alhamdulillah...dapat berkumpul semua ahli keluarga Hj Yunos kali ini, kecuali keluarga Pak Ngah Ayub yang telah ke Johor pada Rabu, 7/8/13 dan berpuasa di Perak sebelumnya.... Mak Unggai Imah turut sampai petang tu....woww...KIA Optima K5 putih menjalar depan rumah...tahniah Mak Unggai. Fresh from kedai, baru 2 minggu.

Malamnya, kami semua berziarah ke rumah Opah Chik di Seberang Perak, Opah De dan rumah arwah Pak Chik Man....

ziarah Tok Aki....
 

...ziarah Opah Me'ah

..rumah Tok Chik & Opah Chik Darat
 

...di rumah Arwah Abang Man....

Sabtu, pagi selepas sarapan, usaha memasak nasi minyak, dalca sayur, ayam masak merah dan acar mentah berjaya dilaksanakan...4 kilo nasi minyak you...first attempt kot...! alhamdulillah

Selepas siap semua, kami semua berziarah raya, 7 buah kereta menyusuri kampung untuk mengeratkan silatulrahim. Rumah arwah Tok We, Opah Chik Sabariah (Opah Chik tak der di rumah....) dan rumah Chik Aeshah....



sengih dapat mercun dan bunga api di rumah Tok We.....
 

...ziarah rumah Chik Aeshah....



Kemudian, kami terus ke Teluk Intan untuk ke rumah Yop Pichi, Yang Khani dan Kak Yam.... apa panggilan untuk anak2 yer.... huhu kena cari ni...nanti update!!! Rupanya Opah Chik ada kat rumah Kak Yam....numpang lah dia balik ikut kereta Mak Teh ke Pasir Salak....

rumah Yop Pichi............


nasi dagang di rumah Kak Yam


Malam tu, atok request supaya ada ulang siaran nasi minyak sebab anak2 dan cucu2 tak makan tadi...dah habis dihidangkan kepada tetamu. Ok esok ulang siaran nasi minyak.....





Raya Kali Ini (1) : 1 Syawal 1434H / 8 Ogos 2013 (Khamis)

...... hmmmmm. kalau ni bukan takat sawang yang penuh, kalau ada air dah lama berlumut.

Ok...puasa Ramadhan dah berlalu... alhamdulillah...rasanya Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah

Sama2lah kita mendoakan agar amalan kita di bulan Ramadhan diterima Allah.

Al-Imam Al-Hafidz Ibnu Hajar Al-Asqalani رحمه الله berkata: ” Saya meriwayatkan hadis ini dengan sanad yang hasan dari Jubair bin Nafir, dia berkata: 

كَانَ أَصْحَابُ رَسُولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم إِذَا الْتَقُوْا يَوْمَ الْعِيْدِ يَقُوْلُ بَعْضَهُمْ لِبَعْضٍ:تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَ

“Para  sahabat Rasulullah صلي الله عليه وسلم  apabila bertemu pada hari raya, mereka mengatakan kepada yang lain: TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKA (Moga ALLAH terima amalan kami dan amalan kamu)". (Fathul Bari, 2: 446)

Aidil Fitri tahun ini disambut pada Khamis, 8.8.13... cantik tarikhnya. Semoga amalan kita pun bertambah cantik...insyaAllah.

Raya kali ini kami di Kedah dulu... Isnin pagi bertolak ke Kedah dan sampai dalam pukul 2 ptg. Selepas berbuka, kemeriahan Tarawikh dan Qiamullail tetap terasa di Masjid al-Muttaqin di Tanah Merah...alhamdulillah.... kalau di Shah Alam, Masjid Negeri menjadi medan pesta di malam2 Ramadhan..... Surau atTaqwa di Bkt Bandaraya turut mengadakan majlis serupa tapi kemeriahan Masjid Negeri lebih menjadi tarikan utama.

Selasa pula, kami berziarah ke rumah2 saudara mara di Kedah....hmmm maklum nanti masa raya mesti tak sempat kan. Ditemani Pak Chak, kami sekeluarga berziarah bersama....buah tangan yang dibawa hanyalah sedikit, tapi yang diberi untuk dibawa pulang pulak, amatlah banyak...segala hasil kampung dikongsi bersama...mungkin tanda berbesar hati kerana kami sudi berziarah.....alhamdulillah. Rezeki di bulan mulia.


Pak Chak tunjuk skil mengambil buah dgn cara "tengalung"...
*tengalung: membaling sepotong kayu utk menjatuhkan buah 

Berbuka puasa di Kelab Tasik Putrajaya...ambil kesempatan sebab nak hantar Along balik KMB



Juadah masa berbuka puasa di Kg Gajah...untuk berempat ajer, sebab anak2 ada program, balik berdua ajer...

Membeli buah "kanto" - juadah menarik untuk berbuka puasa...

berapa gelas semuanya....macam tower cranes kat construction site!!
buka puasa di restoran sblm hantar Along ke KMB


Rabu pula, kami ke kubur arwah Mak...tahlil dibacakan dan kubur dibersihkan....alhamdulillah... cuaca cantik untuk aktiviti luar ini.... berpeluh jugaklah.

Di rumah, seperti biasa, sibuk menyediakan juadah untuk beraya dan berbuka.... rendang daging, kari ayam, rebus perut dan ketupat antara juadah yang dimasak....

Khamis, selepas bersarapan, kami bersembahyang sunat raya di Masjid al-Aqsa, Jitra, meriahnya masjid, penuh dengan jemaah....termasuk perantau yang pulang beraya....

Selepas itu, beraya dengan ayah dan keluarga.... keluarga Pak Chak datang sejurus kemudian....meriahnya...ceria ajer muka Tok Wan bila ramai2 dengan anak cucu ni.













petangnya ziarah rumah Tok Chik Man...hmm dia semakin uzur dengan penyakit asma yang semakin teruk, baru seminggu keluar hospital....

Malam, Pak Ngah sampai dari Rawang, dia beraya di Rawang dulu kali ini... petang raya baru balik ke Kedah.

Raya kedua, Jumaat, selepas sarapan, kami bertolak ke Perak......
















August 16, 2013

Lapor Diri KMB

2 Julai 2013, Selasa.

Pagi tu kami sampai di Shah Alam jam 3 pagi setelah bertolak dari kampung seusai majlis tahlil untuk arwah Nyah.

Farhan dan Fauzan telah sampai awai lagi kerana pulang petang lagi untuk buat persediaan bagi melapor diri ke KMB. Sebahagian barang-barang keperluan dibeli di Teluk Intan ajer....

Jam 10.30 pagi kami sampai ke KMB...dia antara pelajar akhir yang melapor diri...waktu pendataran adalah dari 8.30 hingga 11.00pagi. Bagusnya, cepat ajer proses lapor diri... tak bagusnya, subjek option yang boleh dipilih amatlah terhad, ataupun dengan kata lain tiada pilihan....setelah pendataran siap, kami ke Dewan untuk taklimat program IB ini.

Biliknya berdua siap dengan katil, almari pakain dan meja study....hmmm first time masuk asrama. Alamak, bantal dan selimut terlupa bawak....naseb baik Andak dekat dan mengajar di KMB jugak, so dialah yang sediakan bantal dan selimut untuk Along. Bak kata Kak Long Anis "untunglah ada bapak sedara kerja kat kolej yang sama....!!!"

Meriah suasana pendaftaran di KMB ini, perbagai ragam dan rupa pelajar dan keluarga boleh diperhatikan....rata-rata semua parents berbangga dengan kejayaan anak2nya.....

Fauzan pun ikut sama, tak sekolah la dia hari ini....semoga menjadi inspirasi kepadanya untuk belajar rajin2.....

All the best Along with the program... semoga berjaya dengan cemerlang!!!









Semasa sesi taklimat program....

....syukur

Alhamdulillah... kami sekeluarga memanjat syukur atas kurniaan Allah swt kepada Farhan untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Mara Banting bagi IB Diploma dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke universiti di New Zealand dalam bidang engineering.

Lapor diri di KMB pada 2 Julai 2013, Selasa.


Kehilangan - 1 Julai 2013, Isnin

Untuk rekod, post ini sepatutnya dimasukkan awal .....

tarikh 1 Julai 2013, Isnin pagi, kami dikejutkan dengan berita sedih... NYAH Rusni telah kembali ke rahmatullah di Hospital Teluk Intan pada jam 6.35 am.

Arwah dimasukkan ke hospital pada petang Sabtu jam 6 petang setelah dia menunjukkan tanda-tanda sakit yang semakin teruk....Mak Teh, Andak dan Alang menghantar arwah ke hospital. Walau mulanya kami ingin membawa arwah balik ke KL.

Malamnya semua adik beradik telah sampai dari KL... arwah ditempatkan di Wad Kecemasan untuk rawatan lanjut dan kami semua bergilir-gilir melawat dan menjaganya.

Ahad tengahari, arwah dipindahkan ke wad HDU dan rawatan dilanjutkan. Semua adik beradik dan anak saudara menziarahi arwah semasa di wad ini....

Jenazah selamat dikebumikan lebih kurang jam 11 pagi di kampung...

alFatihah untuk Nyah...semoga allahyarhamah ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman dan dirahmati Allah swt....