January 1, 2012

2012...

Selamat Tahun Baru 2012, semoga diberikan kekuatan untuk menghadapi hari muka dengan lebih tabah lagi dan juga semoga Allah swt merestui dan memberkati aku dan juga keluarga ku. Syukurku atas rezeki Mu Ilahi dan semoga aku terus menjadi insan yang bersyukur.

Kini dah lebih setahun berada di tanahair, kiranya terlalu banyak dugaan dan cabaran ditempuhi di tahun 2011.... tapi aku tetap bersyukur atas nikmatMu kepada ku dan juga keluarga ku...

November 26, 2011

Maal Hijrah 1433

Salam Maal Hijrah kepada semua ahli keluarga dan juga sahabat handai di mana jua berada. Semoga kita akan lebih dirahmati dan diberkati Allah swt.



November 24, 2011

LETAKKAN GELAS ITU

LETAKKAN GELAS ITU

Seorang profesor memulakan kelas dengan memegang segelas air di tangannya. Dia mengangkat gelas tersebut dan bertanya pelajar-pelajarnya, “Agak-agak berapa berat gelas ini?”. “50 gram”... “100 gram”... “120 gram”, jawab antara mereka.

“Sebenarnya saya sendiri pun tak tahu, sehinggalah saya timbang gelas ini!”, jawab profesor. “Tapi persoalannya, apa yang akan berlaku sekiranya saya memegang gelas ini beberapa minit?”, tanya profesor. “Macam tak ada apa-apa berlaku, biasa aje...”, jawab seorang pelajar.

“Baiklah, sekarang apa akan berlaku kalau saya terus memegang gelas ini begini selama satu jam?”, tanya profesor lagi. “Mestilah lenguh, prof”, jawab pelajar.
“Betul tu! Kalau begitu, bagaimana jika saya terus memegang gelas ini begini selama satu hari?”, profesor terus bertanya. “Penat... penat. Tangan boleh kejang, prof...”, jawab seorang pelajar. “Teruk tu prof... Boleh jadi cacat... Kalau tidak pun, masuk hospital!”, seorang pelajar lain membuat lawak. Rakan-rakannya ketawa.

“Bagus..., bagus”, jawab profesor. “Tetapi, cuba perhatikan... Adakah berat gelas ini yang memberi kesan kepada kita? Tidak... Yang menyebabkan kita terasa lenguh dan sakit adalah kerana tempoh masa yang lama kita menanggung bebanan ini.” jelas profesor.

“Jadi bagaimana untuk mengatasinya?”, tanya profesor. “Letakkan gelas itu!”, jawab pelajar. “Betul, itulah jawapannya.” jawab profesor.

Masalah-masalah yang berlaku dalam kehidupan adalah seumpama ini. Kita mampu untuk memikirkan masalah dalam tempoh yang pendek. Sebaliknya, jika masalah atau tekanan berterusan tanpa penyelesaian, ia boleh memberi mudarat kepada diri kita. Sekiranya bertahan lebih lama, ia boleh merosakkan diri. Adalah penting bagi kita mencari penyelesaian bagi masalah yang dihadapi, atau setidak-tidaknya “letakkan dulu” sebelum anda masuk tidur.

November 5, 2011

Salam Aidil Adha

Ahad, 6 November 2011 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1432.

Kami sekeluarga mengucapkan selamat hari raya aidil adha kepada semua sanak saudara dan kaum keluarga serta sahabat handai dan taulan di mana jua berada. Tangan dihulur maaf dipinta, semoga kita sentiasa dirahmati Ilahi.

October 1, 2011

Sajer-sajer

apa yang ingin diupdate di blog ini.... entah mana satu ingin dipaparkan....

pagi ini (1 Oktober), kami dikunjungi oleh Mbah Anang dan Mbah Edok (bapa dan emak Pak Teh Mashudi).... walau sekadar singgah sekejap tapi amat dialu-alukan.... terima kasih kerana sudi datang ke rumah kami dan terima kasih juga kepada Mak Teh dan Pak Teh yang sudi membawa mereka ke sini.

Juadah ala kadar disediakan untuk mereka, bihun goreng dan roti jala.... ini yang senang dan sempat dibuat...

Kalau kini dah Oktober, maknanya hujung tahun dah terlalu hampir... apa pencapaian setakat ini...? Semoga Tuhan memurahkan rezeki dan memberkati kami semua....insyaAllah....




September 1, 2011

Minal aidil walfaizin

Salam Aidil Fitri buat semua... Ramadhan sudah berlalu pergi meninggalkan kita, semoga dapat bertemu lagi di tahun hadapan, insyaAllah.

Setelah tiga tahun beraya di perantauan, kini dapat beraya di kampung halaman....

Raya pertama di Kedah, sambutan ala kadar... ketiadaan emak bersama amat terasa... AlFatihah buat allahyarhamah, semoga beliau diampuni dan dirahmati Ilahi. Maklum last raya bersama adalah pada 2007...

Raya kedua di Kampung Gajah.... alhamdulillah kami sampai dengan selamatnya. Semua berkumpul di sini. Semoga aidil fitri ini memberi lebih makna kepada kita semua.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.