June 14, 2016

Cerita Lama....

Cerita Lama……

Haiiihh… entah berapa lama dah tak menjengah blog ini.
Sayangnya sebab terbiar… entah kenapa?! Sampaikan boleh lupa lah nak masuk camana..hehehe

Catatan terakhir adalah pada Disember 2014 dengan penuh meriah bercucuk tanam di kawasan rumah. Pastinya selepas setahun setengah mesti meriah kan kawasan rumah dengan pokok2 merimbum dan menghijau….

Namun penghujung Disember 2014 jugalah, kampong mengalami banjir yang besar dan lama. Rumah baru selamat tidak ditenggelami namun rumah lama dimasuki air. Lebih dari 20 hari kampong ditenggelami air… mak abah juga turut dipindahkan ke KL.

Banjir berlarutan hingga ke Januari 2015. Habis semua pokok2 yang ditanam ditenggelami air dan mati. Hanya beberapa pokok yang besar aje selamat. Rezeki dan dugaan Tuhan itu tiada siapa sangka dan duga.

Jadi mungkin itu juga sebabnya mengapa blog ini diam dan tak disentuh untuk lebih setahun setengah….hehehe saja nak cari alasan!


Jom share gambar untuk kenangan. 
Perjalanan meredah air utk sampai ke kampung



barang terpaksa dipindahkan ke dalam Hilux utk bawa ke rumah

keadaan air di jalan masuk ke kampung




beginilah keadaan rumah yang dilanda banjir

pasukan bantuan selamat tiba di rumah. Barang2 dipunggah utk dibawa ke rumah



air banyak...apa lagi main banjir lah...!





keadaan rumah lama yang turut dimasuki air


dalam rumah...



anak2 main air

perpindahan mangsa banjir...




kerja-kerja mencuci rumah apabila air semakin surut








pembakaran dilakukan...

opah dan atok melawat kesan banjir sementara kerja-kerja pencucian dan pembakaran dijalankan







mandi manda selepas penat mencuci...




December 29, 2014

Koleksi: Rumah di Kampung Gajah

Koleksi gambar rumah di Kampung Gajah sekadar untuk kenangan.




Ikan koi berenang di kolam ikan







Pak Chaq menanam pokok cempedak sempena ziarah Atok Opah pada 1 Dis 2014

Ada macam YB tak?



Pada 13 Disember 2014, kami balik kg lagi. Aktiviti kali ini adalah mencantikkan laman.


Tengok apa yang dibeli? Mesin potong rumput elektrik.
 

Kawan2 zaman sekolah menziarah rumah.


Sarapan pagi sebelum memotong rumput.

 


Bunga-bunga jeliti berkembangan di tepian pagar

 Kedondong yang telah mengeluarkan hasil. 

Buah sulung Jambu batu.

Kerjasama memotong rumput di laman. Satu eksersais yang cukup memeluhkan.