akhirnya 12 Julai 2009 pukul 6.50 pagi kami semua sampai di Incheon International Airport, Seoul selepas bercuti di Malaysia selama 28 hari....
Alhamdulillah semua berjalan lancar, barang yang kami bawa pun sampai dengan selamatnya termasuklah burger, chicken fingers dsb.
Cuma perjalanan kami kali ni sedikit mencabar sebab ada air tubulent dan air pocket masa penerbangan kerana cuaca kurang baik, awan tebal dan hujan lebat serta angin kuat. Dua jam terakhir penerbangan mencabar dan menakutkan, nasib baik selepas makan, kalau tidak tak makan lah kami semua. Ajan yang becok pun diam dan sejuk tangannya semasa kejadian ini, tapi Hajar masa tu terlelap so tak lah rasa sangat.... Aan boleh control lagi lah sebab dah ada pengalaman, dah merasa sebelum tu masa orang ramai yang tidur....
Hari ni pergi sekolah untuk uruskan semua perkara termasuk yuran, uniform dan transportation. 18 Ogos 2009, sekolah akan bermula.
Bercuti kali ni memang seronok, semua benda yang diinginkan dapat dinikmati, alhamdulillah.
Tapi yang bestnya, bawa balik kamera punyalah besar, tapi gambar tak ambil pun.....so tak delah gambar nak dikongsi. Sesiapa yang ada gambar sharelah kat yahoo group... nantilah leh ler kami copy... tima kasih in advance.
Apa pun kepada semua ahli keluarga, terima kasih kerana bersama memberi makna kepada cuti kami kali ni... memang best.... insyaAllah kalau ada rezeki lagi, kami akan balik bercuti lagi sebelum balik terus dari Korea ni. sama-samalah kita doakan.
Rupanya setahun setengah tu banyak yang berubah dan berlaku, ahli keluarga yang baru semua baru jumpa tapi rasa mesra macam dah lama kenal, ahli kecik atuk Yunosnfatimah, pun dah besar-besar. Meriah nya keluarga di Malaysia...
Pelawaan untuk menziarah kami di Seoul masih terbuka luas dan jengah2lah website Malaysia airline untuk pakej menarik... kita buat gathering di sini pulak....!!!
Sampai jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment