October 3, 2010

Aidil Fitri ketiga di bumi Korea

1 Syawal 1431 bersamaan 10 Sept 2010 disambut buat kali ketiga di bumi Korea ini.... kali ini pagi raya dimulai dengan sembahyang sunat aidilfitri di Kedutaan Malaysia di Rep Korea. Selepas itu beramah mesra dengan kakitangan HBS lain serta keluarga dan penuntut Malaysia.


Kali ini beraya dalam hujan lebat. Suasana mendung dan hujan yang meliputi hari membawa syahdu ke jiwa....insyaAllah tahun depan dapat beraya di kampung bersama sanak saudara kaum keluarga.



Selepas bergambar lebih kurang kami bergerak ke rumah Amirul, pengarah Tourism Malaysia. Selesai sembahyang Jumaat dan menjamu selera dengan lontong dan nasi impit, kami bergerak pula ke rumah En Shukri, pegawai JPM. Penuh dengan student yang datang beraya, kami merasa nasi dagang hasil tangan Aine. Petangnya kami beramai2 menziarah rumah terbuka Dato' Ramlan, Duta Besar di sini untuk bersama-sama HBS, LRS, penuntut dan rakyat Malaysia di sini.



Kalau ingin dicatat semua aktiviti raya memang tak terdaya semuanya. Tapi apa yang terjadi dalam merencana aktiviti sambutan raya menyembunyi seribu cerita yang tersurat dan tersirat. Hanya Allah yang maha mengetahui. Kita cuma merancang tapi perancangan Allah lebih baik buat semua, mungkin kita belum nampak pada masa itu.....



August 14, 2010

Ramadhan kali ini

Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi kali ni dan kita bertemu lagi untuk mengutip keberkatan, keampunan dan rahmat Ilahi di bulan yang mulia ini....

Kali ini Ramadhan ketiga kami sekeluarga di perantauan.... di bumi Seoul ini kami bersyukur kerana masih mampu dan diberi kesempatan untuk bersama-sama menjalani ibadah ini.... bermula dengan sahur seawal jam 4.05 pagi dan berbuka jam 7.31 malam kami meraikan bulan penuh berkat ini.

Seperti biasa juadah perlu disediakan sendiri, mana lah ada pasar ramadhan untuk dikunjungi..... kuih cara, roti jala dan kari ayam, buah melaka, chemeq dan pisang kukus antara juadah untuk keluarga


roti jala in the making....


menggulung roti jala dan kari ayam dgn kentang sebagai kuahnya




chemeq in the making.... ianya juadah mesti bulan puasa, nasib baik dah berguru dengan opah...




chemeeq sedia untuk dikukus


pisang kukus yang turut menjadi juadah berbuka.....

memang Ramadhan bukan sekadar diisi dengan makan dan makanan semasa berbuka, tapi semangat ibadah yang lebih penting..... tarawih di Embassy, sembahyang jemaah bersama dan bacaan al-Quran turut menjadi pengisian yang dilaksanakan... semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.....dan semoga Allah mengampuni, memberkati dan merahmati kita semua, insyaAllah......

Salam Ramadhan buat semua.....






June 29, 2010

boleh bila terpaksa.....

kali ni nak posting pasal makanan pulak.....cerita bola dah tamat bila Korea kalah malam Sabtu (26 Jun 2010) lepas di kaki Uruguay...huhuhu

sejak duduk sini, dah lebih dua tahun setengah nampaknya telah memaksa aku untuk menggilap bakat memasak.... rupanya ada gak bakat memasak ni bila terpaksa.....:)

tempat rujukan selain dari mak di kampung dan kaum keluarga adalah internet. Bila teringat nak masak apa-apa makanan, mulalah menggagau internet untuk mencari resepi....tapi nasib baik gaklah yang dicari tu bukan susah, so bila sesekali telefon kampung, mulalah mengendeng resepi....

so marilah kita layan gambar-gambar makanan hasil masakan di perantauan......



kuih lompang yang masih dalam loyang kukus, acuan kaca yang dibawa dari Malaysia


kuih lompang yang siap dihidang untuk dimakan.....


mee rebus....




nasi lemak daun pisang.... masih boleh dihidang dengan daun pisang walau di Seoul.... :)


pulut kuning yang dimakan bersama rendang hati dan kari daging untuk sarapan pagi....... raya lepas pulun masak pulut kuning sepuluh kilo utk majlis jamuan raya... kali ni cuma untuk makan-makan family ajer....



asam pedas ikan tenggiri....tak leh nak merah sangat sebab cili yang ada cili yang pedas ajer... mau berasap telinga pedasnya.....:)


pau kaya, permintaan Ajan sementara tunggu lunch siap di suatu hari cuti .....


udang masak sweet sour, ni masa ajar anak dara memasak sempena cuti sekolah ni......


biskut samperit - juadah mesti masa raya.....semua suka makan, so kita pun suka buatlah.....


kek coklat - resepi Padil , kalau kat Shah Alam main telepon ajer, kat sini terpaksa buat sendiri....alhamdulillah menjadi


walau susah nak cari daun pisang tapi masih mampu buat lopis siap dengan air gula merah..... memang favorite ni


buah melaka - hidangan bulan puasa lepas....


udang tempura..... ini pun permintaan Fauzan.......


air bandung hidangan berbuka puasa....


cucur udang dengan kuah kacang ....


masa berbuka juadah masih meriah




ketupat daun palas untuk hari raya lepas..... raya masih meriah jugak laaaa....


ni aktiviti mak kat Kg Gajah ni.... di sini anak dan menantu mak mengambil alih......


waaalaaaa... lemang sedang dibakar....


June 22, 2010

Sejarah berulang.....

Perlawanan Piala Dunia Korea Selatan menentang Argentina pada 17 Jun 2010, umpama menyaksikan perlawanan ulangan antara jurulatih Korea, Huh Jung Moo vs jurulatih Argentina, Diego Maradona yang berlangsung 24 tahun lalu. Pada 1986, South Korea menentang Argentina dalam perlawanan Piala Dunia di Mexico yang mana Maradona telah membantu Argentina menjulang Piala Dunia.

Keputusan perlawanan, Korea dikalahkan Argentina 4-1.

Artikel dibawah dipetik dari The Hankyoreh, an independent newspaper in Korea menarik untuk menerangkan keadaan ini.


Coaches prepare for match up in S.Korea-Argentina game

This marks the first time in 24 years that Huh Jung-moo and Diego Maradona have met on the pitch


» Huh Jeong-moo

South Korea coach Huh Jung-moo, 55, and Argentina coach Diego Maradona, 50, will have the opportunity to meet on the pitch for the first time in 24 years. Their memories of one another are not especially picturesque.

In a Group A match during the 1986 Mexico World Cup, Huh, then a player, let fly a “low kick” at Maradona, also then a player. When Maradona, then the world’s top attacker, whipped up the Korean camp, midfielder Huh kicked Maradon’s legs above the knee rather than the ball. Maradona rolled around on the pitch several times after Huh’s tough tackles, and Huh’s game gained the unwelcome nickname of “taekwondo football” from the foreign press.

During the match, Argentina secured a convincing 3-1 win. Moreover, Huh’s South Korean team tasted the bitterness of an early trip home with a draw and two losses, while Maradona gave Argentina a World Cup victory with a goal on a 60-meter run, the longest in the history of football.

This time, the two meet in a match of “resourcefulness” in their second matches of the South Africa World Cup. The two coaches, both coaching World Cup teams for the first time, earned victories in their first game matches against Greece and Nigeria, respectively. The team that wins is assured a spot in the Round of 16.

Both coaches prefer a 4-4-2 formation, but it appears former midfield Huh will go with counterattacks against the favorite Argentina based on a strong midfield, including Manchester United’s Park Ji-sung. Maradona has shown a fearful attack lead by the world’s most aggressive forward Lionel Messi, 23, Barcelona.


» Diego Maradona

Huh, a model student, acknowledges his team’s disadvantage in terms of objective strength, but based on the high spirits following the first World Cup victory as a South Korean coach, he is not prepared to back down easily. After leading his team to victory against Greece, Huh said he expects a challenging match against Argentina, as it is a strong team composed of good players and considered a tournament favorite. Huh also said his team would not be daunted and that they would play their kind of game.

Maradona, still known as a “bad boy” even at 50 years of age, has not said a great deal in particular about the match against South Korea. After his victory against Nigeria, he said the win would have a good impact in the next match (against Korea). Already looking forward to the championship game, he said for his side to play a full seven matches (to the title match), many things needed to improve.

Please direct questions or comments to [englishhani@hani.co.kr]


June 19, 2010

Piala Dunia 2010

piala dunia 2010 telah bermula dari 11 Jun 2010 hingga 12 Julai 2010 di South Africa....untuk pertama kali diadakan dibenua Afrika setelah sekian lama ianya berlangsung

Bagi kami yang tinggal di Korea ini turut merasa kehangatan pertandingan ini kerana pasukan Korea Selatan layak memasuki pertandingan ini. Tapi yang bestnya lagi, Korea Utara pun layak jugak...jangan ada perang udah dua-dua pasukan ni.

Korea Selatan dalam kumpulan B bersama-sama Argentina, Greece dan Nigeria.....

perlawanan pembukaan pada 12 Jun, Korea Selatan mengalahkan Greece 2-1.... perghhhh, riuh rendah penyokong Korea meraikan kemenangan ni....kitaorang pun turut sama memeriahkan suasana dengan berbaju merah..... tapi perlawanan kedua (17 Jun 2010), Argentina telah mengalahkan Korea Selatan 4-1..... alaahaaaiii kesiannya penyokong Korea....

Walau piala dunia di South Afrika, tapi di Seoul sahaja setiap kali perlawanan melibatkan pasukan Korea, pelbagai persiapan dibuat seperti menayangkan perlawanan di layar besar (big screen) di beberapa tempat awam seperti Seoul Plaza, World Cup Stadium, Hangang Park (several spots) dan lain-lain lagi.... usaha ini dilakukan oleh kerajaan tempatan dan syarikat.

Di sini boleh dilihat betapa bersemangat dan bersatu rakyat Korea menyokong pasukan mereka. Baju penyokong berwarna merah tu dipakai setiap kali perlawanan, bayangkan perhimpunan ribuan penyokong berbaju merah di merata tempat pasti menimbulkan semangat yang lebih kental....

Baju ini turut dipakai oleh kakitangan kaunter bank-bank, outlet fast food (seperti Lotteria) dan lain2 sebagai pakaian seragam harian.....hmmmm bolehkah kita laksanakan semua ni?? Selain dari itu semangat ini turut diterap oleh syarikat2 swasta, contohnya Lotteria (Korean outlet for fast food like McD) menawarkan "buy-one-free-one" for burgers on the match day...... semua mengambil bahagian...... semangat ini patut dicontohi oleh rakyat Malaysia..

Kalau nak tulis semuanya tak tertulis ni... so kita layan gambar-gambar semasa perlawanan ni lah....


ni sesi makan malam sebelum perlawanan bermula....semua dah pakai baju merah....


masing-masing dah ambik port untuk tgk TV... ada yang ngadap komputer, nak update facebook lah tu.....:)


masa lagu dinyanyikan.....


Ain terpaksa pinjam baju abahnya sebab baju dia kat umah.... tapi tak per semangat tu yang penting......leleh airmata orang Korea tengok lagak si Ain ni....


ni masa meraikan kejayaan gol pertama Korea.....


the girls are flying high..... nasib baik jiran tingkat bawah org Korea gak.....

ni masa dah confirm menang 2-0..

Taeguk Warrior perlawanan Korea vs Greece malam tu ialah Lee Chung Soo (minit 7) dan Park Ji Sung (minit 52).


...DAEHANMINGUG!!!! 대한민국!!!!!!

New page

alahaai lamanya tak sign in kat blog ni... bila sign in dah ada feature baru....new design template.....try punya try...terubah face yang dulu....rasa cam tak best lak, sebab nak kekalkan yang lama tu, nostalgik gitu.....

tapi nak buat camana kan, perkembangan dan perubahan merupakan sebahagian dari kehidupan kita yang perlu kita hadapi dan lalui....

semoga kita semua berkembang dan berubah ke arah kebaikan dan mengikut landasan al-Quran dan sunnah.....

April 1, 2010

Seoul Trip 24 March - 4 April 2010

tarikh 25 March 2010 dengan penerbangan MH 66, mak, abah, G, Fadil, Ana, Husna dan Ammar selamat sampai ke Incheon International Airport pada jam 0618 hrs untuk bercuti sehingga 4 April 2010.

Catatan program percutian di Seoul:

hari pertama, 25 Mac 2010, Khamis
0618 hrs - tiba di Incheon International Airport, MH 66, terus ke rumah penginapan di 802, Hyoungwoo Best Ville III, Hannam-dong untuk rehat dan sarapan pagi
1430 hrs - ke E-Mart, I-Park Yongsan dan Namdaemun Market untuk bershopping (cari baju sejuk - cuaca memang sejuk, walau dah melangkah ke penghujung bulan Mac, suhu masih dalam lingkungan -1 hingga 4°C sahaja)


bergambar sewaktu tiba di Incheon Airport, Husna berposing ngan abahnya di belakang...


hari kedua, 26 Mac 2010, Jumaat
pagi - shopping di Namdamun Market lagi (brooch dan barang-barang lain)
tengahari - sembahyang Jumaat di Masjid Seoul, Itaewon
petang - shopping di Itaewon


hujan pun tak kisah sebab nak shopping.... Ana tengah mengendong brooch


buah strawberi dan "chamwae" yang dijual digerai2. Harga sekotak starwberi adalah W5000 dan chamwae ( 5 biji) W3000

Malamnya kami ke rumah En Amirul, pengarah Tourism Malaysia untuk jamuan makan malam dan sesi berkenalan. Keluarga mereka akan turut serta bercuti ke Jeju Island.



hari ketiga , 27 Mac 2010, Sabtu
pagi - bertolak ke High-1 Ski Resort, Taebaek-si, Gangwon
~ dalam misi mencari salji , perjalanan dalam 250 km dari bandaraya Seoul. Taebaek merupakan sebuah bandar di kawasan tanah tinggi di Korea dengan ketinggian melebihi 1500 kaki dari aras laut. Taebaek juga merupakan kawasan yang pertama mendapat salji di Korea. Tahun ini, Taebaek menerima taburan salji paling tebal dan paling lama di Korea.

Perjalanan selama hampir empat jam menjadi lebih berbaloi apabila di pertengahan jalan kami dihujani salji yang agak lebat. Berhenti di kawasan rehat untuk menikmati salji dan bergambar. Alhamdulillah...dapat mak abah merasa salji yang turun dan memutihkan kawasan sekitar....indahnya pemandangan!!! Syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan ini.







awal petang kami sampai di Mountain Condominium, High-1 Ski Resort, bilik 2423








hari keempat, 28 Mac 2010, Ahad
lepas bersarapan kami semua menaiki gondola menuju ke Top of Top di High-1 Ski Resort untuk menikmati pemandangan yang menarik dari puncak bukit.



pemandangan dari kereta kabel...bukit memutih dilimpahi salji yang turun semalaman...indahnya ciptaan Allah swt



memeterai janji di atas buaian yang diseliputi salji yang dingin ...romantisnya


bergambar from the rop of the hill



selepas makan tengahari kami bertolak balik ke Seoul dan berehat serta berkemas untuk ke Jeju Island esoknya.

hari kelima, 29 Mac 2010, Isnin
1230 hrs - bertolak ke Gimpo Airport untuk penerbangan ke Jeju Island dengan JinAir
1320 hrs - penerbangan bermula dengan mengambil masa 55 minit


budak2 bermain sementara menanti utk check-in di Gimpo Airport




all aboard....Jeju here we come!!!!

1420 hrs - tiba di Jeju International Airport dan terus mengambil kenderaan yang telah disewa dan bertolak ke rumah penginapan. Sebuah rumah yang selesa dengan tiga bilik dan dua bilik air untuk dihuni selama dua malam.


rumah tumpangan sementara berada di Jeju Island




tempat tumpuan di rumah ini, meja makan.....

hari keenam, 30 Mac 2010, Selasa
jalan-jalan menyusuri pulau Jeju yang penuh dengan keindahan musim bunga.
Satu lagi kurniaan Allah swt kepada kami semua kerana mendapat peluang bergambar dengan yuchae-khot, bunga2 kuning yang kembang memenuhi padang (macam filem Dilwale..) dan juga cherry blossom yang kembang indah menghiasi jalan dan taman.















macam filem dilwale kan....















hari ketujuh, 31 Mac 2010, Rabu
lepas sarapan pagi kami keluar untuk ke airport. Namun hujan renyai2 hanya membolehkan kami berjalan2 dalam kereta ajer sambil menikmati bunga2 yang berkembangan.
Pukul 2.25 ptg, kami bertolak ke Seoul dari Jeju Island.





hari kelapan, 1 April 2010, Khamis
pagi, lawatan ke Lotte World, satu theme park yang terkenal di Seoul. Mak abah tak ikut. Petang kami berjalan2 di bandaraya Seoul dan melawat kawasan menjual barangan berkaitan dengan kek.





Malamnya, berjalan2 di Myeongdong, satu kawasan shopping yang menarik di Seoul terutama di waktu malam.



hari kesembilan, 2 April 2010, Jumaat
pagi sekali lawatan ke Namdaemun Market untuk membeli apa yang masih kurang untuk dibawa pulang.


Ana nak cuba hanbok...tapi tu saiz Husna laa. Kalau itu harga mungkin W80,000 - 100,000


sedang menanti kebab di Namdaemun market


ini memang tempat yang mesti dilawati apabila ke Korea....

Lepas sembahyang Jumaat, bershopping lagi di Insa-dong dan Itaewon.


Ana di Insa-dong

malamnya, kami membuat sedikit jamuan sambutan hari jadi Hajar yang ke12. Diraikan dengan kek yang dibuat khas oleh Pak Cik Padil dan menu pizza, bihun sup dan nasi ayam (dibawa oleh Leha yang asalnya menjemput semua ke rumahnya untuk berkenalan dengan mak abah...)

hari kesepuluh, 3 April 2010, Sabtu
pagi semua ke Nami Island, lokasi penggambaran drama Winter Sonata yang terkenal. Mak abah tak ikut.







Malamnya berkemas untuk balik ke Malaysia esoknya.....


Noni sekeluarga singgah di rumah selepas majlis tahlil di rumah Kolonel untuk berjumpa mak abah sebelum balik ke Malaysia

hari kesebelas, 4 April 2010, Ahad
jam 8 pagi, kami bertolak ke Incheon International Airport untuk menghantar semua pulang ke Malaysia dengan penerbangan MH67 jam 11 pagi. Nak jadi rezeki, penerbangan kali ini terlebih tempahan, maka mak dan abah di'upgrade' seatnya ke business class...alhamdulillah...sekali lagi nikmat yang tidak disangka diberikan oleh Allah swt.....






tiket mak abah yang diupgrade ke business class...


lambaian Husna sebelum di balai berlepas

keletihan atau memang nak try setting seat untuk tidur dalam karnival