June 19, 2010

Piala Dunia 2010

piala dunia 2010 telah bermula dari 11 Jun 2010 hingga 12 Julai 2010 di South Africa....untuk pertama kali diadakan dibenua Afrika setelah sekian lama ianya berlangsung

Bagi kami yang tinggal di Korea ini turut merasa kehangatan pertandingan ini kerana pasukan Korea Selatan layak memasuki pertandingan ini. Tapi yang bestnya lagi, Korea Utara pun layak jugak...jangan ada perang udah dua-dua pasukan ni.

Korea Selatan dalam kumpulan B bersama-sama Argentina, Greece dan Nigeria.....

perlawanan pembukaan pada 12 Jun, Korea Selatan mengalahkan Greece 2-1.... perghhhh, riuh rendah penyokong Korea meraikan kemenangan ni....kitaorang pun turut sama memeriahkan suasana dengan berbaju merah..... tapi perlawanan kedua (17 Jun 2010), Argentina telah mengalahkan Korea Selatan 4-1..... alaahaaaiii kesiannya penyokong Korea....

Walau piala dunia di South Afrika, tapi di Seoul sahaja setiap kali perlawanan melibatkan pasukan Korea, pelbagai persiapan dibuat seperti menayangkan perlawanan di layar besar (big screen) di beberapa tempat awam seperti Seoul Plaza, World Cup Stadium, Hangang Park (several spots) dan lain-lain lagi.... usaha ini dilakukan oleh kerajaan tempatan dan syarikat.

Di sini boleh dilihat betapa bersemangat dan bersatu rakyat Korea menyokong pasukan mereka. Baju penyokong berwarna merah tu dipakai setiap kali perlawanan, bayangkan perhimpunan ribuan penyokong berbaju merah di merata tempat pasti menimbulkan semangat yang lebih kental....

Baju ini turut dipakai oleh kakitangan kaunter bank-bank, outlet fast food (seperti Lotteria) dan lain2 sebagai pakaian seragam harian.....hmmmm bolehkah kita laksanakan semua ni?? Selain dari itu semangat ini turut diterap oleh syarikat2 swasta, contohnya Lotteria (Korean outlet for fast food like McD) menawarkan "buy-one-free-one" for burgers on the match day...... semua mengambil bahagian...... semangat ini patut dicontohi oleh rakyat Malaysia..

Kalau nak tulis semuanya tak tertulis ni... so kita layan gambar-gambar semasa perlawanan ni lah....


ni sesi makan malam sebelum perlawanan bermula....semua dah pakai baju merah....


masing-masing dah ambik port untuk tgk TV... ada yang ngadap komputer, nak update facebook lah tu.....:)


masa lagu dinyanyikan.....


Ain terpaksa pinjam baju abahnya sebab baju dia kat umah.... tapi tak per semangat tu yang penting......leleh airmata orang Korea tengok lagak si Ain ni....


ni masa meraikan kejayaan gol pertama Korea.....


the girls are flying high..... nasib baik jiran tingkat bawah org Korea gak.....

ni masa dah confirm menang 2-0..

Taeguk Warrior perlawanan Korea vs Greece malam tu ialah Lee Chung Soo (minit 7) dan Park Ji Sung (minit 52).


...DAEHANMINGUG!!!! 대한민국!!!!!!

No comments: