May 18, 2017

apa nak ditajukkan?!

Entah berapa lama dah tak menulis di sini. Hampir terlupa password pun. hmmm entah apa yang disibukkan...

kini hanya untuk mencatat beberapa peristiwa yang besar aje.

Feb 2016, Farhan telah berangkat ke Auckland, New Zealand untuk sambung belajar. Alhamdulillah kini dah masuk tahun kedua pengajian dia di sana. Raya tahun lepas, dia bercuti beraya bersama kami di sini. Hujung tahun lepas, masa cuti summer, dia balik bercuti tiga bulan di Malaysia. Kini telah kembali ke sana sejak Feb baru ni. Semoga Allah swt senantiasa melindunginya agar berjaya dunia dan akhirat serta dipelihara Allah senantiasa.

20 Julai 2016, Hajar pula sambung belajar ke Kolej Mara Seremban untuk dua tahun setelah dapat result SPM in May. Hmm... ke Seromban den pulok. Sekarang tengah sebuk periksa untuk tahun pertama. Semoga beroleh kejayaan cemerlang dan berjaya dalam kehidupan. Maka jadilah dia pengguna utama KTM komuter.

November 2016, Fauzan mengambil SPM. Mac 2017, dia joined PLKN di Kem Princess Haliza. Kini Fauzan di UniKL MSI jauh nun di Kulim mulai 1 Mei 2017. Semoga dia dilindungi Allah swt serta diberkati dan beroleh kejayaan yang cemerlang dunia dan akhirat. Alhamdulillah, sampai kini dia survive happily kat sana...siap join rugby game lagi.

Kini Ramadhan akan kembali. Alhamdulillah. Semoga Allah mengurniakan kami sekeluarga dengan hidayah dan pengampunannya serta rahmat untuk terus menjalani kehidupan di dunia ini.

Siapa yang akan beraya di sini dan sampai bila tidak tahu. Along tak balik beraya kali ini sebab bukan masa bercuti. So dia beraya di NZ ajelah kali ni. Angah dan Ajan akan bercuti... tapi belum tahun sampai bila. Hmmmm.....

No comments: