August 18, 2008
Trip with friends to Chungju
Pagi tu, selepas semayang subuh (kul 5.30 pagi), Hajar tak tidur langsung sebab takut bangun lambat biasalah dah lama cuti. Pada pukul 6.40 pagi hajar terus mandi dan bersiap sedia. Kami kena siap dulu sebab kami ni organizer. Lebih kurang pukul 7.30 pagi kami bertolak untuk ke Kedutaan Besar Malaysia. Kami berkumpul di situ. Lebih -kurang pukul 8.15 pagi, kami semua memulakan perjalanan kami. Tujuh buah kereta semuanya, ada tujuh keluarga dan dua orang bujang, seorang tu kawan abah, orang Korea, dia lah yang akan jadi Tourist Guide kami utk trip ni.
Dalam kereta Hajar amat excited dan amat mengantuk pasal tak tidur selepas subuh dan selepas seketika berjalan Hajar pun zzzzzzz...... Lebih kurang 9.20, kami berhenti seketika untuk breakfast. Semua makanan yang dibawa amat sedap, yang paling sedap nasi lemak...yang di buat oleh salah seorang yang hadir. Setiap keluarga bawa makanan masing2 dan kami berkongsi dengan semua orang.. potluck breakfast... best boleh merasa macam2 makanan
Kami memulakan perjalanan semula selepas makan dan burrpppp..... Cuaca mendung dan hujan renyai2, kadang2 lebat sikit, tapi seronok sebab sejuk, tak ler panas sangat...
Kami menuju ke sebuah gua yang amat cantik di Danyang. Kami sampai di gua itu pada pukul 12.29 tgh hari. Hajar masuk awal sangat, ibu bapa semua kat belakang. Cuma Hajar dan kawan kawan yang lain sahaja. Kat dalam tu kena banyak tunduk, kecik sangat laluannya! Kesian orang dewasa semua, mesti susah nak jalan itik untuk lepasi laluan sempit tu... he he nasib baik kami budak2 lagi, senang sikit!!! Semua suruh cepat sebab kat dalam tu gelap sangat tapi bila dah nak keluar kami punyerlah takut sebab tangga tu sangat curam! Akhirnya kami tiba dia hujung gua... phew lega rasanya....
Alamak, hujan lagi ler, agak lebat. Selepas berehat mengumpul semula tenaga, kami bertolak dan kemudian berhenti di sebuah jeti di tepi tasik untuk menaiki feri. Selamat kami sampai semasa feri itu dekat, tak payah kena hujan.... Masa di atas feri itu kami pergi ke roof walau pun basah. Kami berada kat atas feri tu untuk waktu yang lama… lebih kurang 40 minit.
Selepas menaiki feri kami terus menuju ke rumah pernginapan kami. Dalam perjalanan kami terjumpa camping spot, di situ ada sebuah sungai. Ianya amat cantik. Kami ada juga terjumpa berberapa pokok dengan buah apple yang merah.
Apabila kami tiba di rumah penginapan kami, kami terus makan tengah hari pada pukul 5.30..selepas sembahyang magrib kami turun untuk makan BBQ ummm yummy....hajar tak makan banyak makan 1 ketul ayam dengan 1 ketul kambing.
Sekarang tiba masa untuk tidur! tetapi kami(budak2 perempuan) menghadapi masalah kami tak habis2 gelak sampai nak tidur pun susah sampai pukul 1.30 pagi! Tapi kami bangun awal pagi tu dan kami pergi mandi dan terus turun bawah untuk breakfast....
Selepas kami makan kami terus pergi ke kebun peach..Kami dapat memilih satu peach seorang dan Hajar dapat yang terbesar! Banyak lagi yang besar dan merah...Kemudian kami pergi ke kedai peach (kedai pemilik kebun peach yang kami petik)
Selepas membeli peach dan epal, kami bertolak ke pekan untuk makan..... hmmm perut dah bunyi.....restoran yang dituju ditutup sebab summer vacation.... alamak melepas kami nak makan cekumi, sejenis makanan laut yang dimasak dengan cili giling.. pedas tapi sedap....
Akhirnya kami makan di restoran mackeral...ada ikan bakar dan sup ikan.. alaa macam ikan masak asam pedas....
Lepas makan, kami bertolak untuk balik ke Seoul, perjalanan selama dua jam setengah terasa memenatkan... sebab kami semua dan letih dan kekenyangan...
Pengalaman ini menarik sangat, sebab dapat merasa memetik buah peach dan ke kebun epal....kat Malaysia, boleh tengok opah kutip deroyan dan Tok Che Om ambik cempedak...
August 13, 2008
Dive Into Summer
Pada 11 hb yang lalu kami sekeluarga bercadang untuk pergi ke sebuah pesta yang bernama Dive In Summer. Kami amat gembira ketika hendak pergi ke situ..Tetapi kami ade sedikit masalah membaca bahasa Korea di G.P.S yang kami baru sahaja beli. Jadi kami menanya along(farhan) untuk membantu sebab bahasa Korea ni macam bahasa dia je hihihihi.. Setelah sampai ke situ kami memilih tempat untuk duduk dan menonton persembahan yang ada di situ. Kami sempat menonton Jazz In The Sun hanya seketika kerana ketika itu hampir pukul 7 yang mana Jazz In The Sun sudah hampir tamat. Tetapi kami sempat menonton Hanggang Parade, ianya amat menarik dan ada satu wanita yang tergantung di atas satu tali dan dia terpusing2-pusing^-^. Dia tergantung pada sebuah belon besar. Lepas tu kami menonton sebuah band yang membuat music instrument mengunakan barangan terbuang, muzik mereka amat menarik, pakaian mereka pun menarik.
Kami sempat juga menonton dua lagi persembahan seperti Hangang Fantasy Show dan Monster Ballet..... Hanggang Fantasy Show adalah persembahan sebuah band yang memainkan violin dan 2 gitar..mereka juga terbang(dengan tali) dan mereka amat berbakat.. Mereka ada juga mempersembahkan aksi acrobatic..Pelbagai aksi yang amat menarik yang dipersembahkan...
Selepas itu kami menonton persembahan Monster Ballet. Monster Ballet adalah dramatari yang menceritakan pasal robot dan mesin menguasai dunia dan menghapuskan semua manusia tetapi roh gadis yang jelita berjaya menenangkan raja mesin dan ini menyebabkan mesin2 itu marah.... namun gadis itu berjaya menenangkan hati mereka.... akhirnya mereka menari mengikut rentak tarian gadis2 jelita yang lain. THE END
Semasa di sana kami menerima banyak cenderamata seperti belon(8), air(2), kipas(5) dan topi(4) semuanya kalau di totalkan adalah 19!...orang nyer 5 je..
Kami pulang pada pukul 10 lebih dan kami berhenti di McDonald atas special request by me^-^.. selepas kami makan kami terus pulang.. Itu sahaja kali ini jumpa lain kali...
August 11, 2008
A Visit To Gangwha
Selepas melawat ke kubu kami pergi makan di kedai yg kami pernah makan sebelum ini.Kami susah nak order makan tapi kami cuba cari jalan dan kami punya penyelesaian adelah call orang yang reti cakap korea yang juga boleh berhubung bahasa Ingeris.Setelah selesai pasal order kami makan..Makanannyer amat sedap hingga menjilat jari...nyamnyamnyam..Kedai itu siap memberi kami aiskrim.sedap nyer!!!
Selepas makan kami mencari pantai yang terdekat..selepas bersiar-siar kami terjumpa pantai..tetapi malangnya air ketika itu sedang surut..Surut disini amat lama.Tapi orang
Kami juga menaiki sebuah feri untuk ke pulau yang kecil...Banyak burung laut yang mengekori kami..kitaorang memberi burung itu berberapa keping roti..Kami semua seronok melihat burung2 itu..
Setelah sampai kepulau itu kami bersiar-siar dan kami terjumpa tempat makan yang amat sedah kami still hadapi masalah yang sama susah nak order..tapi dengan pertolongan orang yang ada criteria yang sama seperti yang sebelum ini dan meminta mereka untuk membantu kami..Makanan itu mat sedap ade ketam masak dengan labu,ummmm sedap...
Nak balik rumah dah arggh! Walau pon penat kami amat gembira dan tak akan lupakan..
A trip to Namsan Tower
menarik
Aik along tengah tengok ape tu?..ooo rupenyer along tengok pemandangan Seoul dari menara Namsan
Selepas melihat kekunci itu kami memandang ke satu benda yang menarik iaitu smoke signal station tempat itu di gunakan untuk alert semua penduduk pasal berita penting atau emergency. Kalau nak tengok macam mana benda tu tengok di sebelah..Ianya amat besar dan kuat ianya sudah di guna untuk bertahun-tahun..Kebanyakkan info boleh di jumpa di gambar bawah
Dan di situ kami terjumpa arca manusia terbang.. arca tu amat cantik..Ni gambar2 arca itu:
Itu saja untuk kali ini jumpa lain kali..Selamat tinggal
August 4, 2008
berdebarnya
rrrrrrrrrriiiiiiiiiiiiiinnnnnnnnnnnngggggggggggggggg.....school bell is ringing....!!!!!!!!
oh yeah, we are going to school.... after long summer break.
hhhhmmm....... seronok summer ni, tapi sekarang seronok gak nak pi sekolah, jumpa kekawan.
DRIVING
Kami semua pergi driving .......
tapi kami pergi memukul.....
ala ni semua abah punya idea lah.... dia kan suka main golf..... jadi dari dia pergi sorang, kami semua ikut..... adik siap bodek abah belikan club utk dia lagi... dapat lak tu. Set kat Shah Alam ada, tapi tak bawa sini pun dulu...
Kat sini, driving range dia siap ada sistem lagi, pakai net kat celah2 bangunan atau kat atas bumbung.... memang ler, kat sini harga tanah mahal.. jadi macam ni tak payah tanah luas..... boleh buat tiga empat tingkat... jimat sikit.., kat bawah leh buat tempat parking keta, bola pun tak payah orang kutip, dia bergerak masuk tempat kutip sendiri pasal net tu dibuat menyondong, jadi bola tu golek masuk sendiri.... jimat kan... bola tak kotor, tak payah upah orang kutip bola, cuma bayar elektrik ajer....
Kami semua dah macam pro.... tengok gambar2 ni.....
PERCAYA TAK......?????
Nak tahu apa kah dia....? Tungggguuuu........
PERTAMA
kami masak pizza sendiri kat umah.... tengoklah pizza ni........ terror kan....?
KEDUA
Walaaaa.....inilah hasilnya....
macam kat Restoran Kelana Seafood kan....???
satu hari tu pergi kedai jual makanan halal tu, terjumpa ikan sepat, mak masak lemak cili api dan ikan sepat goreng.... semua orang kata sedap..... kelakar kan kat sini pun ada ikan sepat, tapi frozen laa....