Pagi tu, selepas semayang subuh (kul 5.30 pagi), Hajar tak tidur langsung sebab takut bangun lambat biasalah dah lama cuti. Pada pukul 6.40 pagi hajar terus mandi dan bersiap sedia. Kami kena siap dulu sebab kami ni organizer. Lebih kurang pukul 7.30 pagi kami bertolak untuk ke Kedutaan Besar Malaysia. Kami berkumpul di situ. Lebih -kurang pukul 8.15 pagi, kami semua memulakan perjalanan kami. Tujuh buah kereta semuanya, ada tujuh keluarga dan dua orang bujang, seorang tu kawan abah, orang Korea, dia lah yang akan jadi Tourist Guide kami utk trip ni.

Dalam kereta Hajar amat excited dan amat mengantuk pasal tak tidur selepas subuh dan selepas seketika berjalan Hajar pun zzzzzzz...... Lebih kurang 9.20, kami berhenti seketika untuk breakfast. Semua makanan yang dibawa amat sedap, yang paling sedap nasi lemak...yang di buat oleh salah seorang yang hadir. Setiap keluarga bawa makanan masing2 dan kami berkongsi dengan semua orang.. potluck breakfast... best boleh merasa macam2 makanan

Kami memulakan perjalanan semula selepas makan dan burrpppp..... Cuaca mendung dan hujan renyai2, kadang2 lebat sikit, tapi seronok sebab sejuk, tak ler panas sangat...
Alamak, hujan lagi ler, agak lebat. Selepas berehat mengumpul semula tenaga, kami bertolak
Selepas menaiki feri kami terus menuju ke rumah pernginapan kami. Dalam perjalanan kami terjumpa camping spot, di situ ada sebuah sungai. Ianya amat cantik. Kami ada juga terjumpa berberapa pokok dengan buah apple yang merah.
Apabila kami tiba di rumah penginapan kami, kami terus makan tengah hari pada pukul 5.30..selepas sembahyang magrib kami turun untuk makan BBQ ummm yummy....hajar tak makan banyak makan 1 ketul ayam dengan 1 ketul kambing.

Sekarang tiba masa untuk tidur! tetapi kami(budak2 perempuan) menghadapi masalah kami tak habis2 gelak sampai nak tidur pun susah sampai pukul 1.30 pagi! Tapi kami bangun awal pagi tu dan kami pergi mandi dan terus turun bawah untuk breakfast....

Selepas membeli peach dan epal, kami bertolak ke pekan untuk makan..... hmmm perut dah bunyi.....restoran yang dituju ditutup sebab summer vacation.... alamak melepas kami nak makan cekumi, sejenis makanan laut yang dimasak dengan cili giling.. pedas tapi sedap....
Akhirnya kami makan di restoran mackeral...ada ikan bakar dan sup ikan.. alaa macam ikan masak asam pedas....
Lepas makan, kami bertolak untuk balik ke Seoul, perjalanan selama dua jam setengah terasa memenatkan... sebab kami semua dan letih dan kekenyangan...
Pengalaman ini menarik sangat, sebab dapat merasa memetik buah peach dan ke kebun epal....kat Malaysia, boleh tengok opah kutip deroyan dan Tok Che Om ambik cempedak...
No comments:
Post a Comment