Salam...
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin..
Agak sedih juga beraya tanpa bersama saudara di Malaysia... walau apa pun kami masih bergembira beraya dengan kawan2 M'sia di sini..
Hari raya di penuhi dengan ketupat,lemang,dan berberapa jenis kuih raya....Malam raya tu amat meriah.Ibu bapa sibuk menyediakan juadah hari raya, anak-anak sibuk main bunga api. Bunga api kat sini amat lah banyak dan murah. Kami semua main sampai letih tapi bunga api tak jugak habis habis.Ibu bapa amatlah sporting semua belikan bunga api yang banyak untuk anak-anak mereka.Bunga api kat sini semua cantik-cantik dan unique, tak pernah jumpa di M'sia pun..
Pagi raya tak ada ucapan seperti Andak dan Abah buat di M'sia. Kami terus makan je selepas sembahyang raya di masjid terdekat..Sebelum tu kaum ibu yang lain tolong sedia kan tempat makan..Lagu raya di mainkan untuk hiburan semua.. sedihhhh
Pada 11/10/08 kami adakan open house di rumah kami mulai pukul 7 malam (dah lepas maghrib,maghrib pukul 6.01 pm).. Semua keluarga Malaysia di sini dijemput termasuk beberapa student yang rapat.. Suasananya berbeza sebab kami buat garden party.. Cuacanya sejuk dan nyaman macam pasang airconditioner je..
Makanan?
Menu utama adalah BBQ lamb and chicken with black pepper sauce, salad and mashed potato. Ada juga ketupat palas bersama kari ayam, mee udang umm.. sedapnyer. Hajar pun tolong buat kek pagi tu.. selain tolong mak masak semua makanan tu.
Kami semua sibuk buat persiapan untuk malam tu dan layan tetamu...tak sempat nak amik gambar majlis tu.
(kacau pulut untuk ketupat)
(anyam ketupat)
(Isi daun pisang dalam buluh lemang)
(Isi pulut ke dalam buluh untuk buat lemang)
(Potong daging untuk buat rendang)
(Outdoor di pagi raya)
(sebahagian hidangan pagi raya - bihun goreng, rendang daging, kuah lodeh, ketupat, lemang, ketupat palas dan kari ayam..)
(Ketupat dan kari ayam utk open house)
persiapan utk garden party
garden party....
2 comments:
salam..
menarik jugak ler lemang tu hajar..
kira dah terre dr opah ler yer..ok la tu nnti blk m'sia take over untuk bakor lemang yer..dodol tak buat ker..kalau buat dodol lg gempak..br lg menarik..huhuu..
hajar upload la gambo2 lain..tak kan tu jer kot..
bukan takat lemang ajer yang menarik... orang yang makan lemang tu lagi menarik...
Gambor raya tak banyak, gambar raya kat kampung tu, upload ler...
Post a Comment