October 18, 2008

......raya lagi

dah 19 hari kita semua beraya.... memang lain beraya di tempat orang...tapi macam biasa kita kena meriahkan suasana supaya kurang rasa rindu dan syahdu ingatkan ibubapa, adik beradik dan sanak saudara di Malaysia... nak cover lah tu....

Hari Raya Eidul Fitri di Seoul... Semua keluarga Malaysia di kedutaan sepakat untuk berkumpul pada pagi raya dan membuat persiapan bersama untuk itu. Menu utama yang dicadangkan adalah lemang, ketupat palas dan ketupat daun kelapa....

Kalau hendak seribu daya... memang betul sebenarnya... kami berjaya membawa buluh lemang, daun kelapa dan daun pisang ke Seoul melalui seorang kenalan yang kebetulan datang ke sini seminggu sebelum raya kerana tugasan rasmi... alamak.. daun palas tak ader...!!!! camana ni... Kalau niat kita baik dan ikhlas, Allah mudahkan jalan... daun palas berjaya diposkan dari KL ke sini... lima hari sebelum raya.....alhamdulillah....

Kalau sepakat membawa berkat... itulah yang terjadi apabila bekalan beras pulut tiada di pasaran.... kami semua pakat membekalkan beras pulut sekadar yang ada dalam simpanan untuk majlis ini.... alhamdulillah.. cukup semuanya... dapatlah kami berlemang... 20 batang lemang, ketupat pulut 10 kilo... naik letih membalutnya...maklum tak ramai yang pandai membalut... tapi tak per, janji raya.... penat belakang kira.

Sehari sebelum raya, kami beramai2 membuat persiapan... membakar lemang, menganyam dan merebus ketupat, memasak rendang....bukan sedikit kuantitinya..

Paling suka, anak-anak.... meriah dengan bunga api dan mercun.... bekalan terlalu banyak.. rasanya belum pernah diaorang main semeriah itu.... main sampai letih dan masih berlebih lagi.. haaa main sampai jenuh.

Pagi raya, sembahyang sunat Eidul Fitri di Kedutaan Indonesia.... lepas sembahyang, kami beramai2 bekumpul di Dewan Kedutaan Malaysia di Korea Selatan untuk sama-sama meraikan Eidul Fitri....

Memang meriah, tapi lebih meriah lagi kalau kat kampung.... kerinduan dan rasa pilu di perantauan diredakan dengan sibuk melayan anak2 dan tetamu yang terdiri dari student yang belajar di sini...

Satu pengalaman menarik bagi kami semua... maklum ini raya pertama di perantauan... anak-anak terpaksa memohon cuti dari sekolah untuk raya...kat Malaysia, sekolah cuti seminggu, kat sini dia orang cuti dua hari ajer... nasib baik lepas tu disambung dengan cuti umum Korea, dapatlah bercuti lama...

Bulan puasa di sini.....??? kami meriahkan dengan majlis berbuka puasa beramai-ramai setiap hujung minggu... jadi kurang sikit rasa rindukan kampung dan suasana beraya di Malaysia.. dapatlah merasa perbagai makanan Malaysia, walau tiada pasar Ramadhan sebab majlis dibuat secara pot-luck.

Rasanya pengalaman memang susah nak digambarkan... lagi best, gambar suasana raya dan puasa di sini memang tak banyak, sebab tak rajin ambik gambar... atau lebihnya tak sempat...

Suasana raya masih terasa lagi di sini kerana masih ada majlis rumah terbuka yang dibuat setiap hujung minggu oleh keluarga di sini...

Apa pun.. hujan emas di negara orang.....

No comments: