Tarikh ini jatuh pada hari Sabtu, maknanya tak kerja lah dan sekolah pun cuti. Tapi hari ni sibuk sikit sebab pindah rumah. Dari 1-124 Hannam-dong, rumah sebuah-sebuah (single house la) ke 802, Hyoungwoo Ville III, Hannam-dong, sebuah apartment, jaraknya tak jauh pun dalam 1 km ajer…
Kata orang Korea, weekend ni merupakan waktu yang bagus untuk berpindah mengikut calendar Korea kerana bermula tahun baru … tak kisahlah janji kami memang nak pindah hari ni.
Mover datang jam 8.30 pagi dan mula kemas barang, semua barang packer yang buat, kami tengok ajer… lepas tu depa pi makan, kami pun keluar pi makan gak, balik makan kai terus ke rumah baru tunggu barang sampai. Jam 2 pm, barang2 semua sampai dan packer unpack barang2 dan pack to new house…. Kami tak buat apa2 gak, cuma bagitau nak letak kat mana ajer…
tengah sibuk kemas barang…. Ni suasana ruang tamu..
barang-barang dapur sedang dikemaskan, semua dimasukkan dalam bakul plastic supaya tak pecah semasa mengangkut.
Family hall di tingkat atas, tempat PC, kotak biru untuk masuk baju…
Farhan, Hajar dan Fauzan sibuk mengemas semasa berpindah….di ruang tamu tingkat bawah.
Penat agaknya…..
Sebahagian barang telah dimasukan ke dalam lori… bersedia untuk pergi lunch
Barang sebelum dimasukkan ke dalam lori.
Rumah baru dipilih selepas beberapa rumah dilawati untuk dinilai. Semua perabut dipilih oleh ejen rumah selepas kami semua bersetuju dengan pilihannya. Basically kami picked the furniture, all brand new furniture including curtain.
Ruang makan rumah baru.. packer tengah mengemas, TV dah dipasang sebab SKYLIFE pun dipindahkan hari ni gak sebab TV antara perkara penting di rumah….
Farhan basuh cawan di ruang dapur rumah baru… semua dah sedia termasuk periuk nasi dan cerek air baru…maklum rumah baru, semua perkakas pun baru.
Barang hiasan sebelum digantung di ruang tamu rumah baru… perabut pun semua baru.
Lepas penat mengemas buat apa lagi.… makan….!!!
Pada hari yang sama kami pastikan internet dipasang dan TV diaktifkan… jadi sibuk jugak lah rumah masa tu sebab packer tengah pack barang, orang KT tengah pindahkan line telefon dan internet manakala orang SKYLIFE memasang sateliter TV. By 4.30 pm semua siap…. bolehlah kami berehat lak..
Haa… hari Ahad kami semua touch-up apa yang tertinggal dan siapkan semua… tak ke mana pun hari ni.
Hari Isnin jam 1 thari, orang datang pasang frame dan gantung jam dan hiasan lain dan juga orang LG datang untuk pasang TV on the wall …. Petang tu sibuk masak untuk majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan selepas Maghrib, majlis bermula jam 7 pm. Program:
7.00 pm ketibaan tetamu
7.10 pm Bacaan Yassin dan Doa Selamat
7.40 pm Sembahyang Isyak berjemaah
8.00 pm Makan malam (menu: nasi putih, kari daging dan kentang, ayam masak merah, acar timun dan karot, sayur campur, sambal belacan dan ulam, buah-buahan limau manis dan strawberry. Pelbagai juadah pencuci mulut dibawa oleh tetamu yang hadir.. terima kasih bebanyak)
Selesai majlis, kami berehat dan bersyukur kerana semua urusan berpindah berjalan lancar seperti diharapkan.
No comments:
Post a Comment