April 24, 2009

Seronoknya ............

30 Mac 2009: Pagi lagi kami dah kena bangun pagi Isnin ni... padahal ari ni ari cuti - spring break seminggu.... pukul 5.30 pagi dah bangun, kul 6.30 kami dah bertolak ke airport... sampai airport pukul 7.20 pagi. Mak ngan abah masuk ambik pas dan kami tunggu di luar dengan drebar ajer.... ooh nak ambik opah ngan atuk dr Malaysia datang bercuti ke Seoul....!!!

Pukul 8 pagi, opah ngan atuk dah sampai kat kami di luar dewan ketibaan, tapi mak ngan abah masih kat dalam airport lagi... ha ha ni mesti miss atau selisih tengah jalan. Opah ngan atuk lak menunggu mereka. Rupanya penerbangan opah ngan atuk sampai awal, jadi tak jumpa lah ngan mak abah kat dalam airport tu.

Depart Arrival Airline Flight Aircraft Via Duration
01:10 KUL08:35 ICN330
MH66
---06:25

Program opah dan atuk di Seoul:
  • bercuti di country side - Chungju. kami semua melawat kawasan pendalaman Korea yang menarik, sayang cherry blossoms belum kembang lagi. Cuma nampak kudup bunga yang masih belum kembang ajer.

Di Chungju Dam


Makan beradab - tapi ais krim - di tepi Chungju Dam




On the way dari Chungju - kawasan rehat
  • Jalan-jalan di Seoul - melawat tempat menarik di Seoul, Hangang Cruise, Cheonggyecheon, Namdaemun Market, Myeongdong dan Seoul di waktu malam.

Hangang Cruise - perjalanan selama sejam dalam cruise menyusuri Hangang, sungai yang terpanjang di Korea


Atuk ngan opah di samping Bae Yong Jun - hero winter sonata di Myeongdong
atuk ngan opah semasa bershopping di Myeongdong


Di cheonggyechun - a man made stream in the centre of Seoul City, built during Mr Lee Myung Bak, current President was the Seoul City Mayor.


Melawat Seoul Grand Park

  • Lepas bos mak balik KL, bawa opah ngan atuk jalan ke Gyeongbukgung (Palace), Cheong Wa Dae (Cheongwadae (translation: The House of the Blue Roof Tiles or the Blue House, Office of the President of the Republic of Korea) is the executive office and official residence of the South Korean head of state, the President of the Republic of Korea. Blue House) dan Bugak Skyway - sayang cuaca berkabus, jadi tak dapat lihat pemandangan bandar Seoul dari atas puncak bukit dan ronda-ronda bandar Seoul. Di Choeng Wa Dae nak memandu perlahan pun tak boleh apatah lagi nak berhenti ambik gambar, dapat tengok ajer lah.


Gyeongbukgung


Cheong Wa Dae - The Blue House


Di Bugak Skyway - sayang cuaca berkabus
  • Melawat National Assembly House (macam Dewan Parlimen kat Malaysia la), dengan kereta plet diplomatik, kami masuk ke kawasan National Assembly dan sempat ambil gambar dan melawat kawasan sekitar Yueido. Waahhh opah dan atuk sempat menikmati cherry blossom yang dah mula berkembang dan menghiasi sepanjang jalan di Yueido, pesta Musim Bunga (Buekgot Festival) akan bermula dari 8 April hingga 12 April 2009 di Yueido.

Cherry blossom di Yueido

Di hadapan bangunan National Assembly


Teringat masa muda bergambar di anak tangga - di belakang bangunan National Assembly

Cherry blossoms di Yueido


berdua di bawah pohon magnolia - sewangi bunga magnolia yang berkembang di musim bunga

Bila di rumah berbagai aktiviti dilakukan.

Opah mengajar mengaji

tengok TV ngan atuk

opah di dapur - dua kali buat chemeq dengan Hajar

sesi makan-makan

Sehari sebelum opah dan atuk balik, bershopping di Namdaemun Market lagi. Sehari suntuk, sampai letih opah dan atuk dibuatnya, nak beli souvenir, rupanya ramainya anak cucu yang nak dibekalkan barangan dan cenderahati. Nasib baik buat senarai, tak ada yang tercicir, itu pun rasa macam ada yang masih kurang lagi....

9 April 09, opah ngan atuk balik Malaysia.

Depart Arrival Airline Flight Aircraft Via Duration
11:00 ICN16:50 KUL330
MH67
---06:50


Kepada opah dan atuk, datang lah lagi ke sini, kami semua seronok sangat... kepada yang lain, tak teringin ker nak bercuti di sini...... All are welcome to our house in Seoul.




No comments: