October 25, 2009

Border - NK & SK

Kalau di Seoul ini jaraknya dengan border Korea Utara tidaklah jauh mana pun. Kalau berkerata cuma mengambil masa sejam saje untuk sampai di DMZ (Demilitarize Zone), kawasan yang digazet sebagai "buffer zone" antara Utara dan Selatan. Bayangkan kalau NK batuk pun leh dengar... apatah lagi kalau dia buat macam2 ujian... tu pasal SK selalu berhati2....

Pengalaman malawat 3rd Tunnel di DMZ dan JSA (Joint Security Area)semasa bersama rombongan Young Diplomats dari Malaysia May last year memang menarik, tapi tak der gambar pun. Lepas tu, Nov lepas kami sekeluarga ikut rombongan yang diketuai oleh DA di sini ke DMZ pun menarik, memang nak bawa anak2 melawat 3rd Tunnel tu... dan kami semua leh ler melawat siap ada tour guide lagi. Turun ke half-way tunnel tu pakai keretapi, so tak lah penat sangat nak menapak (yang dulu tu turun dan naik menapak... alahai semput gak lah, dah ler dalam tunnel yang muat2 berdiri ajer...) Lepas tu berjalan ke hujung tunnel (takat yang boleh ler, mana leh sampai ke north, nak kena tembak ker???). Budak2 leh merasa tensionnya perang.. tapi masa tu ajer kot, lepas tu tak der dah...

tapi perjalanan kami kali ni tak sampai ke sempadan pun, cuma ke satu tempat berhampiran dengan sempadan yang dipanggil Imjingak Park, di situ ada theme park dan juga Steam Locomotive Museum dan juga beberapa kesan dari Perang Korea.


bunker di tepi jalan dalam perjalanan ke Paju.. dalam bunker ini disimpan tanker. Terdapat beberapa bunker yang jelas kelihatan di tepi jalan menghadap ke arah NK.


selepas tu kami jumpa satu pemandangan yang menarik, sebuah kapal layar di atas bukit. Tak pernah dekat pun, cuma nampak dari jalan ajer... apakah tempat tu agaknya.


Seperti biasa, hentian pertama perjalanan ini adalah tempat makan, kami singgah di sebuah restoran ikan air tawar yang menghidang pelbagai jenis masakan ikan air tawar. Restoran ini terletak berhampiran dengan sawah padi yang sedang menguning.

Inilah rupa restoran nya.




banyaknya makanan yang dihidang dalam bekas kecil, kat Korea ni makanan sampingan ini boleh ditambah tanpa dikenakan bayaran. Bayangkan banyaknya mangkuk2 kecil tu, letih nak membasuhnya...

Lepas makan, kami bergambar di depan kedai bersama pokok gingko yang tengah kuning daunnya, tunggu masa sebelum gugur semuanya.... cuaca nyaman musim luruh memberi keselesaan






the classic version of it....

Dalam perjalanan ke Imjingak Park.



kalaulah rumah kecil ini boleh dipasang di kampung.. mesti bestkan... ini sebenarnya container-house yang dijual berhampiran bandar Munsan.


guard post di tepi Hangang yang dipagar untuk mengawal kemasukan pelarian dari NK


salah satu entrance ke kawasan sempadan yang dikawal ketat...



persimpangan ke pekan Munsan dan Panmunjeom, bandar sempadan di mana letaknya Third Tunnel.

PANMUNJEOM. Inside the DMZ, near the western coast of the peninsula, home of the Joint Security Area (JSA); it was originally the only place where North and South connected.



untuk masuk ke Panmunjeom, kita perlu melepasi satu tapisan keselamatan yang ketat




kami tiba di Imjingak Park, di tingkat atas observation tower.

di hadapan salah satu gate, dalam gate inilah letaknya replica bell of unification.




Replica of Bell of Unification.
The original Bell of Unification, which is approximately 2.9 meters tall and weighs approximately 8.6 tons, has been designed with a modern style based on the bronze bell at Sangwonsa Temple on Mt. Odaesan, believed to be the oldest and most elegant extant bronze bell in Korea. This bell rings out the Korean people's desire for peaceful unification.





di Freedom Bridge




riben ini ditulis pengharapan rakyat Korea yang inginkan unification of the two Korean, will it happen..???




ini pulak lokomotif yang ditemui di kawasan DMZ dan dilakukan kerja pemuliharaan untuk menjaga kesan perang ini. Tebukan2 adalah kesan tembakan semasa Perang Korea 1950



kertas2 ini juga merupakan pengharapan rakyat Korea untuk penggabungan dua negara ini.... budak kecil itupun mungkin mengharapkan yang terbaik untuk masa depannya



bukit dibelakang itu adalah kawasan DMZ bahagian North Korea


antara ribuan mata angin yang dipasang di park ini





perjalanan pulang setelah hari gelap tapi baru pukul 6.35 petang. Inilah keadaan musim luruh di Korea, malam awal melabuhkan tirainya......

No comments: