October 18, 2009

Jalan2 lagi....

Hari Ahad, 18 Oktober 2009, kali ni kami ke Wolmido sekeluarga dan juga keluarga Amirul, pengarah Tourism di sini. Sampai di sana pukul 2.30 pm terus makan dan jalan2. Tempat ni macam water front lah.. tapi menarik dengan deretan kedai makan, tempat permainan dan kawasan rekreasi yang santai untuk semua lapisan masyarakat....

kalau lah projek sebegini boleh diadakan di Penang atau Danga Bay mesti cantik, sebab pantai dan laut kita lagi menarik.... boleh ker????

apa pun layan ajer gambar2 ni.....

gambar acara pertama tak der, sebab semua lapar, jadi sibuk makan..... wakakawakaka


Fauzan dan kereta idaman... kalau nak cakap ngan drebar kena pakai telepon, sebab jauh sangat tu... ni baru boleh kata kereta menjalar...





laa abahnya pulak dengan motor besar.... jangan marah haaa.... kecik2 tak main laaa....



dua orang emak yang seronok leh jalan2.....
kat belakang tu salah satu cruise, perjalanan selama satu setengah jam hingga ke tengah2 Incheondaegye (jambatan Incheon) yang baru tu...


bergambar bersama replika Haeichi, imaginary animal that protect Korea kononnya.... yang kini dijadikan simbol bandaraya Seoul....


ni acara menghabiskan duit... dart utk pecahkan belon... ni anak2 En Amirul...


ni pulak Hajar dan Fauzan tengah aim nak tuju dart.... dapat ker?


alamak abah yang dapat.... seekor anak beruang... he he


ni pulak hasil semua balingan, yang kecik tu namanya Atirah, berjaya dia dapatkan small bear for herself.... the love is from Farhan....

ini pulak salah satu cara orang korea menarik minat orang untuk membeli cenderamata, ada kusyen, mug, t-shirt dan juga tile-frame. Harga: kusyen tu W27,000, t-shirt W17,000, tile-frame W13,000, Mug tak engat.. he he


inilah rombongan cik kiahnya.....

Fauzan nak ukur dia dan sauh sapa lebih besar...


akhirnya beramai2 bergambar atas sauh....


kalau dengan Farhan pun lebih besar sauh lagi....


ini pulak tarikan menarik ~ electric tri-wheel..... apalagi dapat ajer budak2 ni bodek untuk sewa. Setengah jam W5,000 untuk yang solo dan W15,000 untuk yang ada carrier tu...

tengoklah mereka bersukaria dengan electric-tri-wheel ini....

yang paling seronok sekali lah...





nak bergaya gak.. layannnn


yang ini pulak siap ada carrier lagi....


jgn wheely dah ler .....




sebab kecik, so Farhan kena co-pilot dengan Adriana...

Hajar lak co-pilot ngan Atirah....






seronoknya Tirah ngan Ain dalam carrier...


berehat sambil minum... leh jadi model iklan la...


di suatu senja di tepi pantai..



indahnya kejadian alam ciptaan Allah... alhamdulillah kerana memberi peluang kepada kami untuk menikmatinya...

bergaya dengan shawl di tepi pantai...








sapa kata kat Korea tak der ayer serbet... tengok ni?!



tengoklah Ajushi (panggilan utk pakcik kat Korea) ni buat keropok jagung bentuk tongkat... sedap jugak... itulah kreatifnya orang Korea ni pasai makanan...

1 comment:

Anonymous said...

kak yang ditepi pantai, ditiup angin..ala ala Kajol pulak hihihi