March 3, 2010

Hujan batu di negeri sendiri........

tarikh 1 Mac 2010, jatuh pada hari Isnin. Ramalan cuaca di internet dan radio menyatakan bahawa Seoul akan mengalami hujan sepanjang hari mulai awal pagi.

Seperti biasa, anak-anak ke sekolah tapi dalam keadaan hujan yang renyai....hujan di sini memang renyai ajer, tak pernah hujan lebat. Agaknya camana lah orang Korea ni kalau tetiba hujan lebat turun macam kat Malaysia tu... kecoh satu negara!!!

Dalam pukul 8 pagi, rupanya hujan telah bertukar menjadi salji, mungkin suhu yang terlalu dingin menyebabkan ianya bertukar salji... seronoknya... lebat lak tu dan satu lagi salji turun beserta hujan atau dipanggil sleet. Makanya sampai ajer di bumi ianya terus cair dan tidak berkumpul....ianya berlarutan hingga hampir ke tengahari.

Itulah kejadian Allah swt, dalam waktu beredar ke musim bunga, salji masih turun dan di Gangwon Province, satu kawasan di utara Korea, salji amat lebat hingga mencecah 30 cm dan di pergunungan pula hingga hampir 60 cm.

Apapun, suhu kini kembali sejuk di bawah 10 °C, suhu biasa bagi musim bunga di Korea.... selalunya kini dah ada kudup bunga yang kelihatan, tapi kini masih belum lagi nampak... tak lama lagi kot...insyaAllah tahun ini dijangka musim bunga akan lebih cantik..... apa pun kejadian Allah swt memang indah.....





1 comment:

Anonymous said...

skrg kat korea musim aper n baper suhu skrg,ktowng nk dtg sana 14/4 nie...rombongan cik kiah..