March 1, 2010

March First Movement, or Sam-il Movement

hari ini 1 Mac 2010, genap 91 tahun gerakan kemerdekaan Korea dari pemerintahan Jepun yang menawan negara semenjak 1905. Rakyat Korea hingga sekarang masih menganggap hari ini bersejarah kerana pada hari inilah, 91 tahun lepas rakyat bangkit untuk menuntut kemerdekaan dari cengkaman penjajah Jepun.

Dan kini kemerdekaan itu diisi dengan kemajuan ekonomi, teknologi dan sains... di mana Korea 50 tahun lepas....kita pernah menjadi negara yang lebih baik dari Korea satu ketika dulu.. tapi kini kita menjadikan Korea negara yang perlu dicontohi....di mana salah kita...?? sejarah atau kealpaan kita?

Apapun budaya kerja dan sikap kerja orang Korea dan semangat cintakan negaranya amat baik dicontohi... kenapa kita tidak boleh melakukan benda yang sama...??bukankah kita juga ada segalanya...pelbagai sumber dikurniakan Ilahi kepada negara kita, tanah yang subur, bumi yang kaya raya dengan hasil bijih timah dan minyak... di mana kekayaan itu disalurkan...cukupkah apa yang dipulangkan kepada bumi untuk disuburkan demi generasi akan datang....????

kita sama-samalah mencari jawapannya dan cubalah mengisi erti kemerdekaan dan kemajuan demi masa depan kita semua... setiap generasi punya tugas dan tanggungjawab untuk kesuburan bumi Malaysia...janganlah kita persiakan....

melihat kembali malapetaka dan bencana yang melanda dunia kini, negara kita berada dalam keadaan selamat sejahtera....alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaan yang tidak terhingga ini...

  • bumi Chile dilanda gempa berukuran 8.9 skala Richter pada 27 Februari 2010 yang merupakan gempa terkuat dicatat dalam tempoh 50 tahun... (tahun 1960, gempa berukuran 9.0 skala richter melanda Chile). gempa ini turut mengakibatkan tsumani di Jepun, Hawaii dan Russia...walau tidak seteruk tsunami pada 2004, namun ianya memberi kesan mendalam kepada semua
  • 12 Januari 2010, Haiti, sebuah pulau kecil di Laut Caribbean dan North Atlantic Ocean dilanda gempa berukuran 7 skala richter yang mengakibatkan beribu-ribu orang terkorban. Kejadian sebelumnya adalah pada 250 tahun sebelum ini.
Marilah kita bersama-sama mensyukuri semua nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita semua.... dan semoga kita semua dilindungi dan dirahmati Allah swt senantiasa.....

No comments: