May 15, 2013

SPM 2012

Tarikh 21 Mac 2013, Khamis merupakan tarikh yang amat bermakna kerana hari inilah keputusan SPM 2012 diumumkan. Farhan kan ambik SPM tahun lepas.

Hari itu aku sambung lagi MC semenjak semalam. Disebabkan itu, pagi lagi aku dah bersiap dan keluar breakfast dgn Farhan dan Fauzan. Pilihan Restoran Pelita di Plaza Masalam dgn alasan dekat dgn sekolah. Lepas breakfast, Farhan nak tunaikan hajat di rumah kerana selesa katanya. Kami balik ke BBSA.

Selepas itu, dia minta supaya aku tak ikut ke sekolah untuk mengambil keputusan. OOohhhhh inilah sebenarnya akal dia...tak nak aku ikut ke dewan. Aku akur dan berdoa semoga semuanya berjalan lancar....

Dalam pukul 11.30 dia baru call maklumkan keputusannya...alhamdulillah!!! bersyukur teramatlah sangat aku dengan kejayaan dia....



Maka bermulalah aktiviti mengisi borang...sekarang ni semuanya online, bukan macam time kami belajar dulu, semua perlu diisi borang dan fotostat sijil bagai...hai anak2 zaman sekarang semuanya di hujung jari.

Semoga dia akan beroleh tempat menyambung belajar seperti yang diharapkan, insyaAllah.

Mak Ana bertunang dah......17 Feb 2013

ni post untuk tujuan rekod ajer. Majlis ditetapkan seperti berikut:

Majlis Pertunangan Zuriana bt Yunos
Tarikh:  17 Februari 2013 (Ahad)
Masa:    12.00 - 3.00 pm
Tempat: No 47, Jalan Gunung Nuang U11/5, Bukit Bandaraya, Shah Alam
 a.k.a rumah ku!!!!

Menu:
Nasi putih
Masak lemak ikan masin dan nenas
Asam pedas daging
ayam goreng berempah
sayur campur
sambal belacan dan ulam-ulaman
buah-buahan
teh tarikh dan kuih muih

Hantaran: 5 dulang dibalas 7 dulang (tepak, mini kek, baulu ikan besar, kain, pulut kuning, coklat dan agar2 kering)

Gambar-gambar sekitar majlis:

bekas hantaran


tempat sarung cincin

hantaran







Ana disamping hantaran dari kedua belah pihak

majlis kenduri untuk jiran dan saudara-mara


May 2013

sekarang ni telah hampir reda cerita pilihanraya umum ke-13.

Ok, for the record, penamaan calon ditetapkan pada 20 April 2013....yahooo on my birthday!!!



Apa celebrate birthday? Macam biasa....cuma kali ni aku dapat handphone baru NOTE 2. Agaknya all in one gift kot.....ok tutup citer besday.

Pilihanraya ditetapkan pada 5 Mei 2013, hari Ahad. Haa...esok tu kerja wehhhh....dan kami mengundi di Kedah dan Perak kot....camana ni? Selangor dan Penang dah istihar cuti...Kedah & Kelantan cuti Ahad...lain2 camana?

1 Mei 2013, kami bertolak balik ke Kedah sebab ayah akan buat cataract procedure on 4 Mei 2013 di Hospital Sultanah Bahyah, Alor Star. So cuti2 dulu bagi semangat kat dia.....

3 Mei. Ayah masuk wad utk persiapan bg procedure lepas Jumaat.
4 Mei. Jam 11.20 pg, ayah dibawa ke Dewan Bedah untuk procedure. Aku ikut dgn Farhan. Pukul 3 petang baru keluar dr OT....awatlah lama sangat ni? Terus ke wad utk makan dan rehat. Bila disemak dengan kaunter, rupanya procedure tu cuma ambik masa 33 minit aje dr 12.05 ke 12.35 pm. Alhamdulillah dia sihat ajer lepas tu.

5 Mei. Balik dr hospital seawal 7.30 pagi. terus ke pusat mengundi di SMK Jitra. Sekolah ku.... kali terakhir ke sana pada pilihanraya tahun 2004.


Lepas mengundi terus cabut ke Perak untuk mengundi di sana pula.

malam tu orang sibuk tunggu keputusan pilihanraya, aku tertidur sebab letih semalam berjaga di hospital.

Keputusan dah ada...banyak cerita yang pelbgai....lain kali citer, tu pun kalau rajin.




Jom sapu sawang....

Assalamualaikum wbt....

masyaAllah lama betul tak jenguk blog ni....rasa sayang sangat sebab tak digunakan sepenuhnya untuk mengupdate cerita....

mungkin sibuk atau rasa macam banyak sangat sampai tak tercerita....

last entry was birthdays tahun lepas...dah lebih setahun tuuu....huhuhu

InsyaAllah lepas ni nak update lah blog ni.... sekali sekala pun ok dari takder langsung....

kalau cerita cacamerba biarkan lah yer...janji idup blog ni.....