May 15, 2013

May 2013

sekarang ni telah hampir reda cerita pilihanraya umum ke-13.

Ok, for the record, penamaan calon ditetapkan pada 20 April 2013....yahooo on my birthday!!!



Apa celebrate birthday? Macam biasa....cuma kali ni aku dapat handphone baru NOTE 2. Agaknya all in one gift kot.....ok tutup citer besday.

Pilihanraya ditetapkan pada 5 Mei 2013, hari Ahad. Haa...esok tu kerja wehhhh....dan kami mengundi di Kedah dan Perak kot....camana ni? Selangor dan Penang dah istihar cuti...Kedah & Kelantan cuti Ahad...lain2 camana?

1 Mei 2013, kami bertolak balik ke Kedah sebab ayah akan buat cataract procedure on 4 Mei 2013 di Hospital Sultanah Bahyah, Alor Star. So cuti2 dulu bagi semangat kat dia.....

3 Mei. Ayah masuk wad utk persiapan bg procedure lepas Jumaat.
4 Mei. Jam 11.20 pg, ayah dibawa ke Dewan Bedah untuk procedure. Aku ikut dgn Farhan. Pukul 3 petang baru keluar dr OT....awatlah lama sangat ni? Terus ke wad utk makan dan rehat. Bila disemak dengan kaunter, rupanya procedure tu cuma ambik masa 33 minit aje dr 12.05 ke 12.35 pm. Alhamdulillah dia sihat ajer lepas tu.

5 Mei. Balik dr hospital seawal 7.30 pagi. terus ke pusat mengundi di SMK Jitra. Sekolah ku.... kali terakhir ke sana pada pilihanraya tahun 2004.


Lepas mengundi terus cabut ke Perak untuk mengundi di sana pula.

malam tu orang sibuk tunggu keputusan pilihanraya, aku tertidur sebab letih semalam berjaga di hospital.

Keputusan dah ada...banyak cerita yang pelbgai....lain kali citer, tu pun kalau rajin.




No comments: