June 16, 2016

Hari Raya di 2015

Aifil Fitri 2015 di sambut di Kedah baru di Perak. Jom layan gambar ajelah…

Iftar keluarga di rumah Mak G

Aktiviti membuat mee...lamanya tak buat mee kuning ni. 
Dulu inilah aktiviti kami sekeluarga di Korea. Mesin tu pun beli di sana untuk memudahkan kerja. 


Yang ini memang best...gotong royong persediaan juadah raya di Kedah

Angah memotong bawang halia, Pak Ngah membalut ketupat pulut. Ni memang kepakaran dia



selfie dgn Tok Wan


Tok Wan dan cucunya

hmmmm....meriahnya raya utk dia


perjalanan ke Perak di raya kedua

juadah raya di Perak.

June 14, 2016

Pasca banjir 2014/2015

Aktiviti Pasca Banjir

Update kali ini adalah untuk throwback peristiwa tahun 2015.

Pasca banjir, kami sekeluarga ada juga buat trip hantar bantuan ke Temerloh bersama-sama beberapa keluarga lain pada cuti Tahun baru 2015, untuk memberi pengalaman dan membuka hati anak-anak untuk sensitive dan bersimpati dengan keadaan orang sekeliling. Gambar kat Temerloh….


sarapan di Restoran Bukit Bangi

lepas makan beli barang untuk dibawa




sampai di Temerloh, barang di bawa ke tempat pengumpulan bantuan






keadaan banjir di Temerloh



barang2 dikumpul sebelum diagih kepada yang memerlukan




balik dari Temerloh, singgah dinner dulu


Pada 5 Jan 2015, bersama satu keluarga lain, kami buat trip bantuan banjir ke Kelantan . Hanya yang lelaki aje yang ikut…. gambar tak tau kat mana..nanti update gambar.
Dari percutian ke Kuala Lumpur yang dirancang sempena cuti Krismas 2014 telah bertukar menjadi misi balik kampung membantu Atok dan Opah menghadapi banjir yang telah naik tinggi sejak 24 Disember 2014 lagi.


Breakfast di sekitar Jalan Ampang sebelum terpaksa balik ke Kg Gajah

Sungai yang telah melimpah

Jalan yang telah ditenggelami air. Hanya kenderaan 4WD sahaja yang mampu lalu.

Dua buah kenderaan pacuan 4 roda meredah air banjir untuk sampai ke kampung. Semoga dipermudahkan urusan.

Air berarus laju melintasi jalan



...bila jumlahnya besar, ban yang dibina turut tumbang dirempuh







Memindah barangan ke Hilux untuk dibawa ke rumah. 
Laluan dari pintu gerbang kompleks sejarah Pasir Salak. jalan telah dinaiki air dan hanya kenderaan pacuan emapt roda aje yang boleh masuk. 



Air di jalan separas dengan air sungai yang melimpah

Squad Rescue 26 Dec 2014 

Siap ada guide...










Pagar rumah pada 26 Dis 2014 around 3 pm

MasyaAllah....takat air yang hampir mencecah lantai rumah


Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah bersama barangan yang dibeli untuk kegunaan harian




Laman yang telah dinaiki air



Let's enjoy the water










Biar gambar berbicara...... 27 Disember 2014.

Masih ditakuk lama airnya, masih sama level.





Disebabkan air yang mengalir bersih di jalan depan rumah, jom main air bah.....











 



Sikecil Habiib turut bermain air bah.

Akhirnya 28 Dis 2014, berjaya memujuk opah dan atok untuk ke Shah Alam demi keselamatan. Bermula episod berpindah.



Kereta dimuat ke dalam loader untuk dibawa keluar merentasi air yang tinggi. Alhamdulillah masih diberi upaya untuk mengatasi masalah ini.
 

 

Akhirnya kami semua selamat sampai ke Shah Alam pada jam 4 petang. Alhamdulillah. Lesu opah atok menghadapi situasi ini.

Sama-samalah berdoa agar ujian ini diharungi dengan baik dan dilimpahi rahmat Ilahi.