June 14, 2016

Dari percutian ke Kuala Lumpur yang dirancang sempena cuti Krismas 2014 telah bertukar menjadi misi balik kampung membantu Atok dan Opah menghadapi banjir yang telah naik tinggi sejak 24 Disember 2014 lagi.


Breakfast di sekitar Jalan Ampang sebelum terpaksa balik ke Kg Gajah

Sungai yang telah melimpah

Jalan yang telah ditenggelami air. Hanya kenderaan 4WD sahaja yang mampu lalu.

Dua buah kenderaan pacuan 4 roda meredah air banjir untuk sampai ke kampung. Semoga dipermudahkan urusan.

Air berarus laju melintasi jalan



...bila jumlahnya besar, ban yang dibina turut tumbang dirempuh







Memindah barangan ke Hilux untuk dibawa ke rumah. 
Laluan dari pintu gerbang kompleks sejarah Pasir Salak. jalan telah dinaiki air dan hanya kenderaan pacuan emapt roda aje yang boleh masuk. 



Air di jalan separas dengan air sungai yang melimpah

Squad Rescue 26 Dec 2014 

Siap ada guide...










Pagar rumah pada 26 Dis 2014 around 3 pm

MasyaAllah....takat air yang hampir mencecah lantai rumah


Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah bersama barangan yang dibeli untuk kegunaan harian




Laman yang telah dinaiki air



Let's enjoy the water










Biar gambar berbicara...... 27 Disember 2014.

Masih ditakuk lama airnya, masih sama level.





Disebabkan air yang mengalir bersih di jalan depan rumah, jom main air bah.....











 



Sikecil Habiib turut bermain air bah.

Akhirnya 28 Dis 2014, berjaya memujuk opah dan atok untuk ke Shah Alam demi keselamatan. Bermula episod berpindah.



Kereta dimuat ke dalam loader untuk dibawa keluar merentasi air yang tinggi. Alhamdulillah masih diberi upaya untuk mengatasi masalah ini.
 

 

Akhirnya kami semua selamat sampai ke Shah Alam pada jam 4 petang. Alhamdulillah. Lesu opah atok menghadapi situasi ini.

Sama-samalah berdoa agar ujian ini diharungi dengan baik dan dilimpahi rahmat Ilahi.


No comments: