December 13, 2008

Autumn In Korea


Hi! dah lama tak post selama ni mak yg update kan hihihihi...Sekarang ni terasa macam ada waktu lapang jadi Boleh lah post...So read on to find out...
Masa Autumn ni kami pergi ke banyak tempat...Macam hobi baru pulak dah hehehehe. Tiap2 weekend gi keluar kalo tak tido kat sana atleast kena jln2 sampai ptg pnt...
Mana pergi?Ahh kalo nak tahu kena lah baca...

Sebelum ni dah pergi Seoraksan sekarang ni pergi Namsan Tower plk...Banyak gambar di ambil...


















Oren tak? Macam MOHABBATEIN tak? Romantik kan?


















Ada gambar untuk 4 season photos... Sekarang ni tak cukup lagi so it will stay as a secret..






Esoknya pulak kitaorg pergi ke tembat bernama Yangju

Aktiviti: Perjalanan Ke Yangu
Lokasi:Yangju
Tarikh: 9 November 2008
Jumlah peserta: 3 buah keluarga dengan 13 (+ 1 baby) orang ahli

Tempat tu mmg best banyak daun yg merah...Kami pergi hari Ahad 9.11.2008
Tapi masa Jumaat 7.9.2008 kami sudah pergi jln2 kat situ dan makan
Kali ni kami bwk org sebelum ni org bawak....
Banyak trajedi belaku teng teng teng.. Ada kereta rosak ntah lah serious ke tak...
Tgk lah gambar ni..














Kira Lah berapa banyak tu....










Pada hari yang sama kami pergi ke Aiins World

Aiins World is an outdoor museum-style theme park in the city of Bucheon next to Seoul, which has miniature replicas of famous structures and UNESCO sites found around the world.

Kalau Hollywood buat filem Round the World in 80 Days, kami pulak buat round the world in 80 minutes.... lagi hebat kan...!!!!

Di sini Petronas Twin Tower terletak di sebelah WTC yang masih berdiri tegak....seolah-olah September 11 tak berlaku pun....


























November 10, 2008

PANJAT GUNUNG SEORAK (SEORAKSAN in Korean)

Aktiviti: Percutian Ke Seoraksan (Gunung Seorak)
Lokasi: Seoraksan
Tarikh: 1 - 2 November 2008
Jumlah peserta: 6 buah keluarga dengan 27 orang ahli


Maklumat Seoraksan:

Ask a Korean to name the most beautiful place in Korea and that person will no doubt say Mt. Seoraksan. It is arguably the area most beloved by Koreans. With its high craggy peaks, boulder-strewn streams of crystal clear water, large waterfalls, unusual rock formations, and forests of pine and hardwood, it is certainly one of the most beautiful places Korea has to offer, any time of year.

Daecheongbong, Great Green Peak, is Mt. Seoraksan's main peak. It rises to 1,708 meters (5,603 feet) above sea level. It is the highest peak in the Taebaeksan range. The Taebaek mountain chain is often considered the backbone of the Korean peninsula. It is located in a national park near the city of Sokcho in the Gangwon province in eastern South Korea. And the third highest in South Korea after Mt. Hallasan, a 1,950-meter-high volcanic mountain on the island of Jeju-do, and the 1,915-meter-high Mt. Jirisan straddling the border of the three provinces of Jeollanam-do, Jeollabuk-do and Gyeongsangnam-do.

Because of the mountain's scenic beauty and rare flora and fauna, a 163.4-square-kilometer area around Daecheongbong was designated a natural monument in 1965. The area was expanded and made a national park in 1970. The park now encompasses 354.6 square kilometers of land and has 28 peaks, 58 valleys, 9 hills, 2 hot springs, 2 mineral springs and 15 grandiose rock formations as well as 12 Buddhist temples and hermitages.

The mountain has gone by many names including Mt. Seolbongsan, Snow Peak Mountain, and Mt. Seolsan, Snow Mountain, but modern Koreans call it Mt. Seoraksan, Snow Rock Mountain. Contrary to these appellations, the mountain is not snow-capped year-round. It got its name because of the outstanding beauty of its winter landscapes and because of the outcroppings of white rocks that give it a snowy appearance when there is no snow. According to an ancient record, the mountain got its name because snow begins to fall there at the time of the harvest moon festival and does not melt completely until the summer solstice. Another record says that it was named for the snow-white boulders that form its peaks.


Gambar - gambar berkaitan:




Santai selepas mendaki.....


menunggu cable car......


autumn in my heart....


mohabbatein........


tengok ajuma kat belakang mendaki gunung.... letih kan?


jom naik cable car....









...breakfast OTW ke Seoraksan... nasi lemak, bihun goreng, keropok, sardin rolls dll. Nyammmmm sedaapp.....



.............dalam perjalanan.......



October 18, 2008

......raya lagi

dah 19 hari kita semua beraya.... memang lain beraya di tempat orang...tapi macam biasa kita kena meriahkan suasana supaya kurang rasa rindu dan syahdu ingatkan ibubapa, adik beradik dan sanak saudara di Malaysia... nak cover lah tu....

Hari Raya Eidul Fitri di Seoul... Semua keluarga Malaysia di kedutaan sepakat untuk berkumpul pada pagi raya dan membuat persiapan bersama untuk itu. Menu utama yang dicadangkan adalah lemang, ketupat palas dan ketupat daun kelapa....

Kalau hendak seribu daya... memang betul sebenarnya... kami berjaya membawa buluh lemang, daun kelapa dan daun pisang ke Seoul melalui seorang kenalan yang kebetulan datang ke sini seminggu sebelum raya kerana tugasan rasmi... alamak.. daun palas tak ader...!!!! camana ni... Kalau niat kita baik dan ikhlas, Allah mudahkan jalan... daun palas berjaya diposkan dari KL ke sini... lima hari sebelum raya.....alhamdulillah....

Kalau sepakat membawa berkat... itulah yang terjadi apabila bekalan beras pulut tiada di pasaran.... kami semua pakat membekalkan beras pulut sekadar yang ada dalam simpanan untuk majlis ini.... alhamdulillah.. cukup semuanya... dapatlah kami berlemang... 20 batang lemang, ketupat pulut 10 kilo... naik letih membalutnya...maklum tak ramai yang pandai membalut... tapi tak per, janji raya.... penat belakang kira.

Sehari sebelum raya, kami beramai2 membuat persiapan... membakar lemang, menganyam dan merebus ketupat, memasak rendang....bukan sedikit kuantitinya..

Paling suka, anak-anak.... meriah dengan bunga api dan mercun.... bekalan terlalu banyak.. rasanya belum pernah diaorang main semeriah itu.... main sampai letih dan masih berlebih lagi.. haaa main sampai jenuh.

Pagi raya, sembahyang sunat Eidul Fitri di Kedutaan Indonesia.... lepas sembahyang, kami beramai2 bekumpul di Dewan Kedutaan Malaysia di Korea Selatan untuk sama-sama meraikan Eidul Fitri....

Memang meriah, tapi lebih meriah lagi kalau kat kampung.... kerinduan dan rasa pilu di perantauan diredakan dengan sibuk melayan anak2 dan tetamu yang terdiri dari student yang belajar di sini...

Satu pengalaman menarik bagi kami semua... maklum ini raya pertama di perantauan... anak-anak terpaksa memohon cuti dari sekolah untuk raya...kat Malaysia, sekolah cuti seminggu, kat sini dia orang cuti dua hari ajer... nasib baik lepas tu disambung dengan cuti umum Korea, dapatlah bercuti lama...

Bulan puasa di sini.....??? kami meriahkan dengan majlis berbuka puasa beramai-ramai setiap hujung minggu... jadi kurang sikit rasa rindukan kampung dan suasana beraya di Malaysia.. dapatlah merasa perbagai makanan Malaysia, walau tiada pasar Ramadhan sebab majlis dibuat secara pot-luck.

Rasanya pengalaman memang susah nak digambarkan... lagi best, gambar suasana raya dan puasa di sini memang tak banyak, sebab tak rajin ambik gambar... atau lebihnya tak sempat...

Suasana raya masih terasa lagi di sini kerana masih ada majlis rumah terbuka yang dibuat setiap hujung minggu oleh keluarga di sini...

Apa pun.. hujan emas di negara orang.....

Hari Raya Di Seoul 2008

Salam...
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin..

Agak sedih juga beraya tanpa bersama saudara di Malaysia... walau apa pun kami masih bergembira beraya dengan kawan2 M'sia di sini..


Hari raya di penuhi dengan ketupat,lemang,dan berberapa jenis kuih raya....Malam raya tu amat meriah.Ibu bapa sibuk menyediakan juadah hari raya, anak-anak sibuk main bunga api. Bunga api kat sini amat lah banyak dan murah. Kami semua main sampai letih tapi bunga api tak jugak habis habis.Ibu bapa amatlah sporting semua belikan bunga api yang banyak untuk anak-anak mereka.Bunga api kat sini semua cantik-cantik dan unique, tak pernah jumpa di M'sia pun..


Pagi raya tak ada ucapan seperti Andak dan Abah buat di M'sia. Kami terus makan je selepas sembahyang raya di masjid terdekat..Sebelum tu kaum ibu yang lain tolong sedia kan tempat makan..Lagu raya di mainkan untuk hiburan semua.. sedihhhh


Pada 11/10/08 kami adakan open house di rumah kami mulai pukul 7 malam (dah lepas maghrib,maghrib pukul 6.01 pm).. Semua keluarga Malaysia di sini dijemput termasuk beberapa student yang rapat.. Suasananya berbeza sebab kami buat garden party.. Cuacanya sejuk dan nyaman macam pasang airconditioner je..

Makanan?

Menu utama adalah BBQ lamb and chicken with black pepper sauce, salad and mashed potato. Ada juga ketupat palas bersama kari ayam, mee udang umm.. sedapnyer. Hajar pun tolong buat kek pagi tu.. selain tolong mak masak semua makanan tu.

Kami semua sibuk buat persiapan untuk malam tu dan layan tetamu...tak sempat nak amik gambar majlis tu.







(kacau pulut untuk ketupat)












(anyam ketupat)











(Isi daun pisang dalam buluh lemang)














(Isi pulut ke dalam buluh untuk buat lemang)













(Potong daging untuk buat rendang)









(Outdoor di pagi raya)




(sebahagian hidangan pagi raya - bihun goreng, rendang daging, kuah lodeh, ketupat, lemang, ketupat palas dan kari ayam..)











(Ketupat dan kari ayam utk open house)













persiapan utk garden party














garden party....

September 14, 2008

Chuseok Holiday

Sekolah akan bercuti pada 15 & 16 September 2008 sebab perayaan Chuseok. Public holiday kat Korea ni selama tiga hari bermula 13 sampai 15 September, tapi sekolah ambik extra days....

Kat Korea kalau cuti perayaan macam ni jalan2 mesti jem giler.... sebab semua orang akan balik ke kampung masing2 untuk menziarah keluarga.... sama macam Malaysia juga, kalau ada cuti panjang kan selalu hiway jam...

Apa itu Chuseok....?

Chuseok, also known as Hangawee, falls on the 15th day of the 8th lunar month and is one of the four main festive holidays of Korea. In ancient society, people used to worship and hold festivals under the full moon. It is said that Chuseok is derived from the full moon, which was on the 15th day of the 8th lunar month.
Customs
Bulcho and Sungmyo
Bulcho is the tradition of cutting the weeds around one's ancestral graves during Chuseok. Paying a visit to one's ancestral graves is considered as a duty towards one's ancestors.

Chare (Memorial rites)
During the morning of Chuseok, families gather around the head family house where the household shrines are placed to pay respects to their ancestors. Their memorial rites are offered up to their great-great grandfather. The only thing different from the memorial rites held during new years and that held in Chuseok, is that during Chuseok people eat rice instead of rice cake soup.

G
anggangsulle
Ganggangsulle is a traditional circle dance, where women gather at a specified place and go around in circles chanting "Gan
g-gang-sul-le." If a woman with a strong voice stands in the middle chanting gang-gang-sul-le, the rest of the people in the circle follow.




Gama
Fight

This game is played by two teams, each with a four wheeled sedan chair, that try to either snatch or destroy each others' sedan chairs. Since long ago, winners of this game were believed to easily pass the civil service examination and are said to have celebrated their victory by going around the town singing.

Gama Fight Gama Fight Gama Fight

Dietary Customs
Songpyeon Chuseok is a period where wheat and fruits thrive. Yet during Chuseok, people mainly eat a rice cake called Songpyeon. Songpyeon consists of beans, adzuki, chestnuts, jujube and other grains, all picked from new crops.

Puasa

Hari ni dah 14 hb Ramadhan, maknanya dah 14 hari juga kita semua berpuasa. Puasa di sini sama ajer, cuma di Seoul ni tak der lah Pasar Ramadhan... jadi tiap hari ada ajer kuih yang perlu dibuat untuk juadah berbuka puasa.

Macam2 jenis kuih telah dibuat untuk berbuka puasa... bemula dengan chemeq, buah melaka, karipap, keria dan cucuq udang kuah kacang.... nasib baik ada juga tepung pulut di sini walau harganya mahal, tapi sekurang2nya bolehlah dibuat kuih kegemaran semua. Kelapa pakai kelapa parut ajer... sedap juga.....

Minggu lepas semua warga Embassy berbuka puasa ramai2 di Embassy... macam2 jenis kuih yang ada, pot luck lah katakan....meriah jugak. Lepas sembahyang Tarawih ramai2, budak2 sibuk main bunga api dan mercun... kat sini tak der masalah nak main mercun, cuma kadang2 Ajushi Guard tu bising takut jiran bising....

Sahur di sini lebih awal berbanding di Malaysia, bangun untuk makan pukul 4 pagi, maknanya untuk masak awal lagi lah...pukul 4.30 dah start puasa. Berbuka pulak pukul 7 petang masa awal2 puasa tu, tapi sekarang ni dah jadi pukul 6.45 pm dan sahur habis pukul 4.45am....

Raya di sini... tak tau lagi camana keadaannya, tapi rasanya sama ajer kot..... ketupat...?entahlah boleh buat atau tidak...tak aper lah.... janji raya....tapi mungkin masa raya nanti dah sejuk lagi dari sekarang sebab dah musim luruh....

Sekolah masa puasa sama ajer, cuma boleh dapat excuse tidak P.E sebab puasa, cikgu2 pun faham pasal Ramadhan... Along kelas dia 100% puasa penuh, pasal dia sorang ajer Muslim at kelas dia... he he he

Sampai jumpa lagi...